Monday, September 01, 2008

raMadhAN

Kini Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah, kita semua di budiMaN sempat merasai kehadiran Ramadhan sekali lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang perlu dipenuhi dengan memperbanyakkan amalan dan kebaikan, bulan yang dijanjikan balasan yang berlipatkali ganda untuk kita semua. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua budiMaN semoga kehadiran Ramadhan akan memperbaiki amalan, cara pemikiran dan kehidupan kita, insyaallah.

Apamz ada mengirimkan e-mail kepada saya beserta gambar anak perempuan beliau yang baru dilahirkan. Miza isteri beliau telah dibenarkan pulang semalam tetapi anak beliau masih diletakkan dibawah penjagaan HTAA dan masih tidak tahu lagi bila akan dibenarkan pulang. Beberapa kengkawan budiMaN seperti Ummi, Kitang, Bob MG, Lan Kentei dan Bilal ada menziarahi Apamz di HTAA. Di bawah ini saya siarkan e-mail Apamz untuk tatapan kengkawan budiMaN semua.

Alhamdulillah seperti kebanyakan sudah tahu, Miza telah selamat melahirkan baby girl di HTAA Kuantan pada 30/8/2008 pada jam 02.21pm. Nama tak tau lagi (open for suggestion), berat cuma 2.30kg. Sekarang ditempatkan berasingan dgn wad Miza iaitu di NICU (observation ward) sebab lahir tak cukup bulan, duduk dlam incubator. tak tau bila boleh keluar. Syukur kedua duanya sihat. Dan inilah pertama kalinya aku melihat proses kelahiran secara live. Ramai yg dtg hari ini, Ummi & anak anak, Bilal & family, Lan Kentei & his big family (termasuk kedua org tuanya), Bob MG & wife selain daripada sdara mara sebelah miza & sebelah aku juga. Terima kasih atas segala sumbangan sama ada dlm bentuk barangan maupun wang tunai (aritu dah bagi dah, Ni.... hulur lagi) Tima kasih la bnyak2, Allah sahajalah yng dapat membalasnya.
Attached: gambor baby girl aku yang diambil curi ketika dalam perjalanan dari labour room ke wad NICU (baru berumur 1/2 jam)

Skali lg,
TERIMA KASIH

16 comments:

apamz said...

Skg nie pagi petang Siang Malam terpaksalah kwn berulang alik ke HTAA utk melihat keadaan baby dan menghantar susu badan. tapi mlm ni keadaan dah berlainan sikit, sesampai je tengok baby dah kena pakai "spek Sudirman" dan terpaksa duk dibawah sinaran UV, baby kena kuning, tapi dr kata sikit saja.. sedih jugak melihatnya.. tolonglah doa2kan agar baby cepat sembuh dan cepat keluar dari spital.... Ibunya pun dah rindu sgt kat baby.

Ttg nama baby pulak, setelah puas brdebat sesama sendiri anak branak skg dh masuk quarter final dah dan 4 nama terakhir disenarai pendekkan ialah 1. NUR AQEELA IFTITAH 2. NUR AQEELA IBTISAM 3. AQEELA NUR SHAFRYZA (Shafryza ni combination nama kami smua SHam+AFiq+amRY+miZA) 4. AQEELA RAJMAHANI (yang ni sempena nama moyang dia Rajmah). Tolong le vote yang mana satu he..he..
salammm (APAMZ)

Anonymous said...

SALAM APAMZ

Alhamdullillah. Semoga semua famili apam dan rakan2 berada dlm keadaan sihat dan dilindungi ALLAH s.w.t senantiasa. Didoakan agar baby apamz yg comel itu senantiasa sihat dan cepat keluar dr hospital.Tumpang gumbira.

Nama : No 3

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan2

Pyan

Zula said...

Salam...alaaa...comelnya baby...mulala terasa nak beradik kecik gak!!! Tahniah Apamz..Ai pilih nama No. 3, tapi kalo buleh, pastikan ada makna yang baik-baik ek?!

Bilal said...

Salam..
Moga kembali ceria dan bahagia mengahrungi cabaran demi cabaran dan moga kehadiran putri bakal membuka lembaran baru dengan lebih bermakna dalam kehidupan..
Koi pun ingin mencadangkan no 3. Cuma sekadar sedikit input, mgkin lebih semprna jika Nur itu di tambah menjadi Nurul dalam ertikata AQEELA NURUL SHAFRYZA ataupun nurul aqeela shafryza.. JUST pandangan je.. Bilal

Kitang said...

Salam....Allah Maha Pencipta,Maha Agong...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...tahniah buat Apamz,moga hari2 yg mendatang disinari cahaya yg terang,janji jgn lupa kat Dia...
Bab nama tu...Nurul Aqeela Shafryza Binti Noorhisham,ok gak...

apamz said...

Ada berita baik sikit, smlm semasa mengunjungi baby pada sebelah malam. kwn dapati tiada lagi sinaran UV i.e: kuning dia dah baik, malah semua wayar2 dan juga salur jarum di tangan termasuk tubing yang dimasukkan melalui mulut semua telah ditanggalkan, Baby pun nampak tidur dgn tenang tanpa wayar2 yg berselirat. mungkin ini petanda baik yg baby akan keluar tak lama lagi... by the way vote la lagi nama baby setakat ni dapat 4 vote semua pilih no 3..... salam dari kwn (Apamz)

apamz said...

Oooya satu lagi .... semasa mengunjungi baby malam smlm, kwn terlihat seseorang yang sangat familiar, kwn ni memang jenis susah nak cam orang, kwn perati betul2 memang sah member kita jugak... Jefri @ jeff DIB rupanya. Rupa2nya ibu beliau sedang sakit dan dimasukkan ke wad malam sebelumnya, ibumya jatuh pengsan setelah berpuasa satu hari & diberitakan semakin beransur pulih... mudah mudahan. (Apamz)

ummi said...

Salam..Tahniah buat Apamz dan Miza sekeluarga dengan kehadiran baby girl ni. Semoga rezeki bertambah dan kehidupan lebih bahagia.

Pilihan nama sume sedap dan cantik2, maknanya je juga penting kan..suka jugak nombor 3 tu..aah, better letak Nur or Nurul Aqeela Shafryza, tp kalu panggil jangan la panggil Shafryza (gabungan nama) pulak..dah mcm bukan panggil nama dia sebenarnya pulak..Boleh panggil Nur/Nurul or Aqeela..

Alhamdulillah baby semakin sihat..harap2 boleh le keluar cepat berdakap dengan ibunya..emm terkilan x sempat cium baby ari tu..

waleed said...

salam.
Keriangan n kegembiraan di Rmaadhan disambut dgn ceria oleh semua BUDIMAN..especially APAMZ. Dgn ketibaan Ramadhan , muncul kelahiran baby girl dlm keluarganya.Inila kegembiraan yg teramat bahagia buat dia.Rmadhan, baby girl, miza pun sihat..nak sambut raya dgn ahli terbaru. Syukur semuga perjalanan hisup apamz sekeluarga bertambah makmur dan bahagia disamping rezeki yg terbaik dpt dinikmati dan semuga perniagaan lebih bertambah.InsyaALLAH.

p/s..koi suka nama no.3 gak...mcm saranan rakan BUDIMAn yg lain...ada pindaan la skit..NUR or NURUL seems much better n meaningful.

lan kida said...

Salam Apamz,
Aku ingat nak vote 5 kali, boleh tak.... aku vote sama macam dia orang jugaklah... no 3 sebab nama tu je yang aku berkenan sikit... no 1 tu pun ok jugak tapi aku vote 5 kali untuk no 3.

Ok Walid...janji World!

apamz said...

Dah cakap dah berita baik, menjelang tengahari smlm baby telahpun dipindahkan ke wad baby yg biasa (wad SCN)untuk pemerhatian luaran dan dr cakap kalau tiada apa masalah mungkin sehari dua ni bolehlah keluar, Alhamdulillah, tak terhingga gembiranya kami sekeluarga terutamanya ibunya.... Aii tak sabo betui nak nunggu saat2 tu. Nanti kwn akan update perkembangan terbaru... tak pun kwn sms je.
La...la..la..la...lallaaaaa....

apamz said...

Nama oh Nama
Nampak gayanya dari segi voting nama tu 99.99% confirm nama baby ialah nama no 3. Kwn pun tak sangka ramai yg berkenan kat nama tu, mungkin ada ubah sikit spt letak nur / nurul kat depan instead kat tengah2. Atuk dia kat temerloh tak berapa suka nama tu. Serupa laa masa shafiq dulu, sebenarnya kwn nak letak nama MUHD.SHARMIN, ini pun gabungan nama kami ktorang dgn nama org tua (SH tu kwn laa SHam, AR=Ainun&Ramli, MIN=Miza+mat JaMIN+aMINah)tapi atuk dia tak suka, katanya mcm nama artis (charmaine augustine)Kali ni pun nampak gayanya atuknya tak berapa suka jugak, tapi kwn tak kisah dah, janji atuk2 dan wan2 dia kat budiman suka...he..he..he..
Tapi nama anak kwn yg kedua (MUHD AMRY)takde gabungan apa2, cuma sempena dr yang menyambut kelahiran dia, Dr Amry, baik sangat dr tu, tak tau kat mana dah dia skg.

Bilal said...

Salam Ramadhan Buat semua..
Seronok mengikuti perkembangan Putri Apamz dari masa ke semasa malah kalau lihat pada bait-bait terakhir.. apamz semakin ceria. Apa pun tetang nama sebenarnya..telah pun tertulis di Luh Mahfuz.. Kita hanya diberi hidayat dan terdorong untuk memikirkannya. yg penting setiap nama tidak mempunyai maksud yang tidak baik .. Moga Aqeela cepat keluar dan dapat bersama dengan ibunya segera..

waleed said...

Salam @ sala(sebut loghat pahang tau!!).
So nmpk gaya nya no.3 menjadi pilihan ramai.Mmg kena'alter' skit nama tu(mcm alter suar jeans la puloq..Joe!..Joe!..tolong skit suar jeans aku ni..hehee)
So Apamz..no 3 la tu.vote da 99.99%

p/s Kida.....WORLDDDDDD.....

Anonymous said...

Salam Apamz,
Tahniah diatas kelahiran orang baru, semoga cekal hadapi dugaan & semestinya ingat kan Allah selalu.
Kalau ada keperluan segera / kecemasan (transport, jaga anak,RM etc) sila contact aku
(019-9876763) sbb rumah ko tu aku lalu tiap2 hari ulang alik kerja

Salam...Samrael (not syamril)

lan kida said...

Salam Samrael,
Maaflah saya tidak tahu ejaan nama anda yang tepat dahulu...itupun saya dapat tahu melalui Apamz dan Aapmz pun tak sure nama saudara yang tepat.

Terima kasih atas keperihatinan saudara dan batch saudara terhadap Aapmz sekeluarga. Syukur alhamdulillah kerana kini bertambah rakan budiMaN yang dapat menjengok Apamz di Kuantan selain dari rakan-rakan sedia ada seperti Ummi, Bilal, Bob dan lain-lain.

Harap Samrael dapat berkomunikasi dengan blog ini apabila membantu Apamz agar kami di sini dapat mengetahui perkembangan Apamz melalui saudara. Harap juga saudara dapat bersama-sama kami dalam aktiviti-aktiviti amal budiMaN yang lain.