Wednesday, September 10, 2008

beRitA

Ada beberapa berita berkaitan rakan-rakan budiMaN yang ingin saya sampaikan di sini untuk tatapan kengkawan semua.

1. Nur Aqeela Shafryza
Apamz ada menghantar email kepada saya memberitahu bahawa baby baru beliau Nur Aqeela Shafryza kini berada di Kampung Luit, Maran bersama-sama isterinya Miza di rumah bapa mertuanya. Apamz ada mengirimkan gambar terbaharu baby girl tersebut semasa seorang rakan budiMaN iaitu Wan Azhar diA bertandang ke Kg Luit baru-baru ini.


2. Salam Ramadhan dari Jakarta
Man Troq diA yang baru-baru ini telah berhijrah ke Jakarta untuk bertugas di sana juga ada mengirimkan email kepada saya. Di bawah ini saya siarkan email beliau untuk tatapan rakan-rakan budiMaN semua :

Salam Ramadhan,
Minggu ni telah masuk minggu ke 3 saya berada di Jakarta..Sekarang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dan tugas di sini. Keadaan yang sibuk di Jakarta tidak pernah saya bayangkan. Keadaan jalanraya hanya tenang bila waktu tengah malam tiba dan juga pada hujung minggu. Sekarang saya tinggal sementara di rumah yang pernah di duduki oleh pegawai sebelum saya sehingga kontraknya tamat pada Nov 08. Selepas itu saya akan berpindah ke rumah lain. Cadangan kontrak rumahnya sedang dalam proses. Sewa USD 2500/sebulan untuk tempoh 2 tahun. TQ.

Disertakan no tel untuk dihubungi:

Kantor (Pejabat) : 021-5224947 Ext 3307
No HP : 0813 1886 0868
No Tel Rumah : 021-5227202 (sementara)

Kepada kengkawan budiMaN yang berhajat ke Jakarta, saya rasa eloklah singgah-singgah dan menjengok Man Troq di sana. Semasa farewell untuk beliau tempohari di Kuala Lumpur, beliau ada menyatakan beliau mungkin berada di sana lebih dari 2 tahun, insyaallah.

3. Kudin Mekanik
Saya ada menelefon Kudin Mekanik semalam untuk bertanyakan khabar beliau dan menghantar contoh baju kurung anak saya yang ditempah dengan isteri beliau. Rupa-rupanya beliau kini berada di Hospital Jerantut kerana ayah beliau telah diserang sakit jantung. Beliau memberitahu keadaan ayah beliau kini stabil tetapi masih lagi di tempatkan di wad di bawah pengawasan yang rapi. Mudah-mudahan keadaan ayah Kudin Mekanik kembali pulih dan sihat sediakala.

2 comments:

Anonymous said...

Nur Aqeela Shafryza @ Baby Budiman....sbb Budiman yg pilih nama

Anonymous said...

salam.
tahniah sklai lagi apamz...
buat kudin...
semuga ayahnada tercinta cepat sembuh..insyALLAH.