Sunday, August 26, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Jumaat lepas lebih kurang pukol 7-00 pagi saya mendapat sms dari Apamz. Sebenarnya pada Isnin lepas saya ada menghantar sms kepadanya bertanyakan khabar tetapi beliau tiada kredit pada masa tu dan terlupa hendak membalas sms saya kemudiannya. Beliau memberitahu dalam smsnya bahawa keadaan Miza tiada perubahan. Apamz pula agak sibuk dan kadangkala beliau rasa macam tidak terurus dengan keadaan begitu sehinggakan ada terfikir untuk meminta anaknya Along duduk dirumah sahaja dari duduk di asrama bagi membantunya. Saya minta beliau supaya bersabar dan saya terus call Ummi untuk meminta tolong beliau tengokkan keadaan Apamz di Kuantan. Saya rasakan Apamz perlukan sokongan moral dari kawan-kawan semua kerana mungkin beliau tiada tempat untuk bercerita. Baru-baru ini dengarnya Zailan Abu ada datang ke Kuantan menziarahi Apamz. Harap-harap kawan-kawan di Kuantan dapat tolong tengok-tengokkan keadaan Apamz dengan lebih kerap lagi dan berjumpa dengannya ajak sembang-sembang moga-moga dapat diringankan sedikit beban berat yang digalasnya supaya beliau ada tempat untuk bercerita. Janganlah hanya apabila berita Apamz disiarkan disini baru kita hendak bertemu dengannya dan selepas itu kita lupakan beliau begitu sahaja. Kawan-kawan di KL atau di tempat-tempat lain juga harap dapat selalu-selalukanlah menelefon dan bertanyakan khabar kepadanya agar beliau tahu bahawa kita sebagai kawan-kawan beliau sentiasa berada di sisinya dalam kedaaan kehidupannya yang sukar itu. Apamz sememangnya seorang yang penyegan dan pemalu dan kalau kita tidak approach beliau dahulu sememangnya beliau tidak akan bercerita tentang kesusahan yang dihadapinya.

6 comments:

Anonymous said...

Salam...
Memangpun Apamz ni segan dah kot nk cite kedukaan dia. Ya lah, baru minggu lepas ummi sms dia tnya psl biasiswa Yay Phg anak dia. Alhamdulillah, duit dah masuk katanya. Pastu bila tanya pasal Miza, dia jwb Miza macam biasa lah. Tu yang terkejut bila Kida bgtau ummi pagi Jumaat tu. Bila ummi call dia lepas tu, dia cam serba salah and sebut2 jangan susah2 lah..(*itu memang ayat Apamz lah tu..padahal, dia mmg dalam kesusahan). Tapi ummi cuti nak balik Kg Awah pagi tu. Kul 1.30 ptg Ahad tiba di Kuantan semula. Kul 4 ptg lak anta abang long ke Kolej Matrikulasi Gambang semula. Tiba rumah semula dah petang sgt. Belum sempat lagi nak jengok Miza. (*Kitaorang penat lps kenduri kelmarin). InsyaAllah dah janji dgn Abg Nu, akan cuba jengok dalam waktu yg terdekat. Kalu ada geng di Ktn ni nak pergi, jom kita konvoi...

Anonymous said...

salam.

Apamz mmg camtu perangai dia. tak yah susah2 laaaaaa...tulah word dia slalu.walhal dia mmg dlm kepayahan mentaliti dan material.
smeuga kita warga BUDIMAN dpt memberi moral support dan semangat setiakawan kpd beliau.

p/s walid pun kekdg lupa nak call dia.

Anonymous said...

walid,
sedar tak pe ahaks! hehehehe...

Anonymous said...

walid,
sedar tak pe ahaks! hehehehe...

Anonymous said...

amboi sk.......2 kali smash tuu.badminton pun sekali jer smash diaa.....tuuuuuu diaaaaaaaa....

p/s manusia...cam walid..ada masa ingatan tu kuat...ada masa ingatan tu meleset..tima kasih duniaaaa

Anonymous said...

walid.. masa tu line internet sewel kot.. ngeeee...