Wednesday, January 23, 2008

saBtU ni baNyAk gAtheRiNG

Selain dari eM2bP yang bakal berlangsung pada 26hb Januari 2008, Sabtu ini yang akan dihadiri oleh warga budiMaN bersama Jabatan Belia Daerah Temerloh bersama-sama orang kampung, ada 2 lagi gathering yang khabarnya akan berlangsung pada Sabtu ini juga. Jadi, insyaallah akan ada 3 gathering yang akan di hadiri oleh budiMaN di 3 lokasi yang berlainan dengan acara masing-masing. Gathering tersebut ialah :

1. eM2bP
Gathering budiMaN dalam program kerja amal mengecat, membaiki, menggantikan carpet serta memasak bersama penduduk kampung ini akan berlangsung di Surau Kg Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang bermula dari jam 9-00 pagi, Sabtu ini. Pejabat Belia Daerah Temerloh khabarnya akan memasang khemah2 khas untuk acara ini yang akan disertai oleh belia dan Rakan Muda Daerah Temerloh, budiMaN dan penduduk Kampung Tanjung Belengu. Banner untuk program ini juga insyaallah akan dipasang di hadapan surau tempat kerja amal itu nanti. Program ini yang akan di biayai sepenuhnya hasil sumbangan tabung budiMaN tanpa sebarang peruntukan dari mana-mana pihak atau jabatan kerajaan adalah satu khidmat bakti budiMaN kepada masyarakat.

2. Gathering DSS
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi menerusi blog Muslim, DSS batch Julai 85 akan mengadakan satu gathering, juga pada hari Sabtu ini bertempat di Taman Permata, Kuala Lumpur. Khabarnya ramai kawan-kawan DSS batch Julai 85 akan hadir dalam gathering ini yang akan di buat di rumah Syed Mahdi dan Muzlina bermula jam 3-00 petang sehingga ke malam. Tentu seronok dan gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah.

3. PotLucK dCS
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari SK, geng perempuan dCS batch Julai 85 juga akan mengadakan satu PotLucK pada hari Sabtu ini bertempat di rumah Rosnah, saya rasa terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Khabarnya ia masih dalam perancangan dan e-mail jemputan kepada kengkawan dCS telah diedarkan. PotLucK ni best juga kerana banyak makanan dan semestinya geng perempuan ni nak tunjukkan kebolehan memasak mereka di samping bergembira bertemu kengkawan lama. Khabarnya selain dari dCS, beberapa kengkawan dari course lain juga dijemput hadir. Mesti seronok jugak tu.

Apa-apa pun saya ucapkan selamat bergathering kepada semua kengkawan budiMaN walaupun di lokasi dan acara yang berlainan semoga gathering-gathering itu nanti akan membawa manfaat bukan sahaja kepada kengkawan budiMaN semua tetapi juga masyarakat sekeliling kita, insyaallah. Enjoy your gathering and Have fun.

6 comments:

Anonymous said...

Nampaknya semangat masa di itm kuantan dulu masih tak berubah lagi. Dulu2 geng dpa,dib,dbs dan dia kamceng.... geng dss sendiri2...geng dcs pun sendiri2...nampaknya sampai ke tua semangat dan sikap tu masih ada lagi sampai sekarang... dcs dan dss yang bercampur dengan dpa,dib,dbs dan dia cuma berapa kerat juga macam dulu.

Macam mana pun bak kata kida, enjoy yourself and have fun

SaYanG kidA said...

salam sume... anonymous course apa?

rasanya dcs dah postpone gathering on 26 tu... propose nak wat on 1 atau 3 feb tapi tak confirm lagi...kalau jadi on 3/2 SK tak dapat hadir sbb ada potluck ngan kengkwn len pulak...tapi kalau 1/2 insyaallah SK pergi...

anonymous jom lah join sekali...

Anonymous said...

APA BENDA YANG ANONYMOUS CUBA PERTIKAIKAN INI. MACAM SENGAJA MAHU BUAT HURU HARA DALAM BLOG BUDIMAN. JANGAN CUBA MENUDUH KALAU TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU. NANTI MALU SENDIRI. APA PUN AIMAN TAK KISAH.

Anonymous said...

Salam,
Pertama nak beritahu, aku gagal dapatkan Faizal Tahir sebab dia dah ada commitment lain... berbanyak solly.

Kedua, aku rasa apa yang anonymous kat atas cakap tu ada kebenarannya...cuma mungkin sesetengah orang tidak sedar...mungkin bekas pelajar perempuan tidak terasa sangat sebab dia orang mix each other...tapi kalau pelajar lelaki ada sedikit obvious la...

Ketiga, aku rasa tidak salah untuk memberi pendapat yang ikhlas mengikut pandangan masing-masing berkaitan sesuatu isu...pendapat yang ikhlas memang kadang-kadang pahit untuk diterima kerana realitinya begitu... saya tidak rasa sesuatu pendapat yang ikhlas bertujuan untuk mencetuskan huru-hara terhadap sesuatu isu...kalau ada provokasi..mungkin. Menerima pandangan yang ikhlas seperti yang diutarakan oleh anonymous memerlukan pemahaman mendalam dan boleh dijadikan panduan dalam memperbetulkan keadaan. Ianya mungkin di sedari tetapi tidak diambil peduli dan akibatnya menjadi barah dalam sesuatu silatulrahim yang terjalin. Akibatnya tidak wujud kerjasama seperti yang terjadi sekarang. Permuafakatan dan tolenrasi tidak ada.

Sekadar pandangan ikhlas.

SaYanG kidA said...

to kekasih gelap.. thanks sbb cuba usahakan untuk dptkan Faizal Tahir...apapun yang penting sekali ialah nak meramaikan warga budiman sebenarnya... seperti kida kata dlm komen artikel terdahulu, aktiviti ni dianjurkan oleh budiman...jadi lebih afdallah warga budiman beramai2 dtg bergotong royong... setakat ni tak ramai yg datang...harap dapat jumpa kengkwn budiman yg lain dan juga kekasih gelap di sana yea...

KG, sib baik FT tak datang.. nanti SK takleh wat kejela plak... darling kidA jgn marah aaaarrrr *wink*

Mus_Astley said...

Salam sume... muah muah muah...

FG mewakili pelajar DSS mengucapkan terima kasih kepada KIDA kerana menghighlight projek DSS. Wani pun tentu gembira kerana DCS dapat dikumpulkan melalui projek amal yang dimulakan dengan BUDIMAN.

FG dengan berbesar hati ingin memberikan sekalung bunga sakura kepada KIDA yang berjaya mengumpulkan semua pelajar batch 85'. Kita memang sentiasa teguh bersama walau apa dugaan dan halangan yang cuba dipaparkan. Jatidiri dan kepimpinan seperti Kida memang sukar ditemui.

See you in our joint-venture project.

Syabas Bro'....