Friday, January 18, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 4

Pagi ini jam 11.30, Che Dat, Raman @ Kerbau, Wan Azhar dan pegawai belia daerah Temerloh telah mengadakan mensyuarat di surau kampung Tanjung Belengu bagi membincangkan program eM2bP. Che Dat telah mengubungi saya dan memberitahu bahawa program akan dilaksanakan pada 26 Jan 08 seperti yg dirancangkan. Program akan tertumpu kepada mengecat surau, dan menggantikan carpet.

Kita juga akan memasak bersama-sama dengan penduduk kampung pada hari tersebut. Sumbangan wang tunai amat2lah diperlukan bagi menjayakan program ini. Hasil mesyuarat terperinci akan dibentangkan di artikel pada mlm ini. Harap budiman dapat membuat sumbangan seberapa segera dan mengesahkan penyertaan anda.

1 comment:

Anonymous said...

Salam seme,
Dari maklumat yang diperolehi menerusi Che Dat sebentar tadi, carpet surau bahagian lelaki telahpun di sedekahkan oleh seorang dermawan. Nampaknya budiMaN terlambat untuk mendapatkan saham akhirat bahagian ini yang semestinya menjadi ruangan paling kerap digunakan untuk sembahyang, ceramah dan sebarang aktiviti masjid. Rasa terkilan dengan kelambatan saya sendiri.

Namun begitu carpet di ruangan perempuan masih lagi tiada dan budiMaN, insyaallah akan menderma untuk carpet di ruangan tersebut.

So kepada kengkawan budiMaN, marilah bersegera bersedekah untuk eM2bP, saham akhirat untuk anda semua. Janganlah kita terlambat lagi.

P/S : Kutbah Jumaat Masjid Kg Cheras Baru, KL hari ini memang penuh dengan panduan tentang sikap masyarakat yang mempunyai penyakit berhati hitam dan cintakan keduniaan hingga melupakan sedekah dan amal jariah.

Esok pula 10 Muharram, hari Asyura yang banyak fadilatnya untuk yang bersedekah dan beramal jariah. Ikuti fadhilat Hari Asyura di blog Dairi Kehidupan - Niazor