Wednesday, January 16, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 3

Hampir seminggu saya tidak dapat mengikuti perkembangan blog kerana kesibukan menguruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kena pula laptop SK mengalami kerosakan motherboard dan terpaksa di rawat oleh Dell hampir 4 hari menyebabkan saya tidak dapat mengupdate blog. Ini kerana semua bahan-bahan blog terdapat di dalam laptop SK kerana lebih mudah beliau untuk membuat backup di dalam server yang besar.

Saya juga telah dihubungi oleh beberapa rakan-rakan yang ingin mengetahui perkembangan eM2bP sepanjang minggu ini. Mereka bertanyakan saya samada ingin meneruskan program ini walaupun sambutan yang diterima agak kurang memberansangkan. Che Dat ada memberitahu saya bahawa jika program ini diteruskan beliau akan menghubungi Pegawai Belia Daerah Temerloh untuk mendapatkan kerjasama beliau menyediakan persiapan program dan mungkin dapat menghantar seramai 10 orang Belia untuk membantu budiMaN nanti. Selain itu Pegawai Belia Daerah Temerloh juga akan membuat persiapan menyediakan makanan untuk program itu nanti.

Wan Azhar dan Bilal juga ada menghubungi saya untuk membantu dan saya meminta pertolongan mereka bersama Che Dat untuk pergi ke Surau Tg Belengu bagi membuat anggaran belanjawan untuk kerja-kerja membaikpulih surau tersebut. Kerja-kerja amal yang dirancang adalah seperti mengecat, mengganti carpet dan membaiki kerosakan kecil setakat yang termampu oleh kita. Program yang akan di jalankan selama sehari ini mungkin akan berlangsung pada 26hb Januari 2008 bergantung kepada perbincangan yang akan dijalankan pada hari Jumaat nanti bersama Pegawai Belia Daerah Temerloh. Jadi kepada geng DSS yang akan mengadakan gathering pada 26hb Jan nanti, saya minta berbanyak maaf kerana terpaksa mengadakan pada tarikh tersebut bersesuaian dengan persiapan oleh Pegawai Belia Daerah Temerloh. Walaupun geng DSS tak dapat menyumbang tenaga, mungkin ramai yang boleh menyumbang kewangan bagi program ini ( Geng DSS ni ramai yang berjawatan tinggi dan berpendapatan lumayan beb.... FG dan Ummi mungkin boleh persuade geng DSS)

Saya juga ada menghubungi Kitang ( yang khabarnya akan kembali bertugas di Maybank Bangsar mulai Jumaat ini 18hb Januari 2008 setelah bercuti hampir 3 bulan akibat keretakan tulang kaki kerana kemalangan motosikal ) dan Kitang memberitahu setakat Isnin lalu masih tiada sumbangan kewangan yang beliau terima dari kengkawan budiMaN untuk program eM2bP ini. Di harap kepada kengkawan budiMaN akan dapat memberikan sumbangan untuk kerja-kerja amal yang akan dijalankan nanti. Sumbanglah walaupun RM10 sekalipun untuk amal jariah membaikpulih surau di Tg Belengu. Sumbangan boleh di salurkan melalui akaun yang disiarkan di artikel siri 2.

Sumbangan tenaga juga amatlah dialu-alukan kerana jika ramai yang hadir nanti akan lebih memudahkan kerja-kerja membaikpulih tersebut. Oleh itu kepada yang ingin pergi harap sangatlah dapat menghubungi saya sendiri atau Antu sebagai koordinator Penyertaan supaya kita dapat mengira jumlah peserta yang akan hadir bagi membuat anggaran belanjawan penyediaan makanan. ( Makanan mungkin akan disediakan secara memasak sendiri bersama orang-orang kampung atau dibekalkan secara terus melalui caterer bergantung kepada perbincangan Jumaat ini dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh)

Setakat ini hampir 10 keluarga telahpun mengesahkan penyertaan mereka yang terdiri dari saya sendiri, Bilal sekeluarga, Che Dat sekeluarga, Wan Azhar sekeluarga, Walid sekeluarga, Kitang sekeluarga, Charlie Koy sekeluarga, Raman Kerbau sekeluarga, Fadil Sutok sekeluarga, Antu sekeluarga dan Rod diB. Harap lebih ramai kengkawan budiMaN akan tampil dan turut serta untuk lebih memeriahkan lagi program kita ini di samping mendidik ahli keluarga kita dalam kerja-kerja amal kebajikan sebegini. ( Jadi, kepada Kekasih Gelap... sebenarnya ada juga segelintir budiMaN yang masih berhati putih tidak seperti yang anda sangkakan)

Apa-apapun nanti insyaallah selepas segala perbincangan antara Koordinator-koordinator seperti Che Dat, Wan Azhar dan Bilal berserta dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh selesai pada Jumaat ini akan saya dapatkan maklumat tersebut dan siarkan terus di sini selewat-lewatnya pada hari Sabtu nanti. Sementara itu kepada kengkawan budiMaN, salurkanlah sumbangan anda terutama dalam bentuk sumbangan kewangan untuk program ini dan jika boleh menyertai, hubungilah saya atau koordinator penyertaan seberapa segera baik melalui e-mail, sms atau telefon sendiri.

6 comments:

kekasih gelap said...

Salam kida,
Syabas aku ucapkan sebab ko antara yang putih dari banyak yang hitam. Semoga usaha murni ko ni akan berjalan dengan sempurna.

Insyaallah aku akan membuat sumbangan tunai dan selain dari itu aku juga akan cuba mendapatkan Faizal Tahir (artis yang dikenakan hukuman membuat kerja amal selama 6 bulan oleh 8TV kerana kontrovesi menanggalkan baju semasa konsert 8TV baru-baru ini dan finalist Juara Lagu 22 dengan 2 buah lagu) untuk sama membantu buat kerja amal ni di Surau Tg Belengu. Maybe boleh dapat sedikit coverage dan good for your blog publisiti. Aku tak janji tapi aku cuba je try kontek dan dapatkan dia orang ni kalau dia orang free. Itu je la sumbangan yang maybe aku boleh bantu ko, itupun kalau ko setuju.

Kepada FG dan 2 ekor anonymous yang lain tu sumbang-sumbanglah. Amboi FG...sedap je ko nak ikat aku kat pokok yer.... apa sumbangan ko untuk eM2bP ni...aku tengok dah macam-macam projek amal Budiman, takde pun ko pernah join, tak nampak pun muka ko dalam gambar2 kat link...sumbang yang lain tu aku tak tahu lah...tapi jangan banyak bercakap je...action hapah tarak...buat mengabiskan beras je...buat apa. Jangan jadi hati hitam FG dan anonymous.

Anonymous said...

kekasih gelap aku ingat kau elok bertaubat cepat2 sebelum seluruh keluarga budiman mencela kau kerana kebiadapan, keceluparan, kekurang ajaran, dll. sebelum kau mati katak dan menjadi bangkai di tepi jalan, bertaubat nasuha lah kau secepat mungkin kerana masa kau begitu singkat je lagi...Amin....

Bilal@azmi said...

Salam..
Rileks lah beb.. Kita semua dah berusia dan dah cukup matang. Kekasih gelap sekadar mengusik nakal. Kalau diteliti setiap bait kata-kata ada tak banyak sedikit memang benar. Cuma gurau dia ni brutal sikit.. Dari panjang lebar membahas siapa dan apa yang dikata ole beliau apa kata kita fokus pada niat murni kita untuk beramal. Kutuk mengutuk berterusan pun bukan boleh samapi ke surau tg belengu. Bak kata Kida.. kurang cakap tapi banyakkan tindakan. Kita perlukan almost RM2000 ( taksiran kasar) mungkin lebih sedangkan bendahari khabar sehingga hari ini kita cuma ada lebih kurang tak sesen pun. Can we stop this issue dan kami perlukan nama mereka yang akan terlibat serta sumbangannya sekali.

Wassalam.

lan kida said...

Salam seme,
Bilal terima kasih kerana menghantar sms kepada semua kengkawan budiMaN dengan harapan mereka akan dapat menyumbang bagi eM2bP ini. ( Besar belanja Bilal menghantar sms 2 pages setiap satu kepada setiap kengkawan, dah 2 round sms rasanya untuk eM2bP...moga rezeki beliau akan bertambah2 lagi)

Saya juga telah menghantar e-mail 2 round juga kepada semua kengkawan budiMaN dan yang respon cuma Jalil dcS sahaja. Kudeng dsS pula menghantar sms kepada saya memberitahu tidak dapat menyertai kerana gathering DSS. Takpe la Kudeng, kerana Kudeng ni memang kita tahu setiap kali kerja amal budiMaN mesti dia bersama keluarganya ada - Ekspedisi Banjir Johor dan Bersama Anak Yatim Darul Izzah Temerloh. Next time kerja amal boleh join lagi.

Yang lain-lain saya hantar e-mail, masih diam membisu seribu bahasa. Kla-Kla, Bob MG, Mat Dwan, Jepun, Shema, FG, Pn Rozainun, Awin, Joe Malady dan lain-lain masih takde respon setakat ini.

Khabarnya Mydin Nilai telah mengesahkan akan menderma pinggan mangkuk dan sabun untuk eM2bP.

Kitang juga memberitahu setakat pukol 11pm pada 17hb Januari 2008, kutipan hanyalah RM250 sahaja.

Jadi kepada yang berhajat nak menyumbang, bersegeralah untuk saham akhirat ini, kami yang pergi ke eM2bP ini hanya menjadi wakil melaksanakan tugas tersebut untuk anda semua yang inginkan saham akhirat itu. Tak kira besar atau kecil, saham tersebut akan tetap menjadi milik anda, insyaallah. Insyaallah dengan bersedekah, yang kesempitan akan dilapangkanNya dan yang lapang akan terus di berkatiNya.

walid said...

salam.
InsyAllah walid join...famili mungkin x pegi kot.Kalau aktiviti ni kat area KL/Selangor..mungkin famili join. Anyway...kpd yg nak menyumbang...bole hubungi walid 017-2525800. Setakat ni xder lagi yg call utk sumbangan.Kewangan bole disalurkan kpd bendahari.
Last skali..kawasan umah walid ada wat potluck n ramah mesra pd tarikh yg sama tp da cakap kat dia orang yg walid x dpt join sbb ada urusan lain.(bukan nak eksyen tp sbb aktiviti eM2bp nie dtg dulu.)
Paling last...marilah kita bersama2 membantu merekak yg memerlukan lebih2 lagi di tahun 1429H nie.Semuga apa jua yg kita lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t. jua.
Amin.

ZM said...

Alamak... tak abis lagi ke kontroversi ni. Ni yang koi malas nak jengok blog ni. Lupakan aje lah sengketa ni. Berdamai kan bagus.

Kpd geng budiman, maaflah koi kadangkala hanya menjenguk aje. Koi bz sgt. Bukan koi cari alasan tapi semuanya benar. Hehe.. Koi bz utk mengaturkan Annual Dinner tmpt koi kerja pada Feb ini. Maklum aje AJK. Lepas tu ada org nak masuk tender utk buat konsep 'kopitiam' utk pekerja. Ditambah lagi nak maklumat Accounts yang lengkap sebab nak tukar management awal Apr ini. Pening melayan kerenah org atasan.

Bilal, koi dah terima sms dan sori yer tak reply. Kida, koi minta maaf sebab tak dpt hadir tapi InsyaAllah koi akan menderma walaupun tak banyak. Kitang, selamat kembali bertugas dan InsyaAllah koi akan masukkan dalam akaun awak nanti.

Oklah koi nak balik. Malas nak tunggu kat ofis. Kang ada je data yang boss nak. Hehe....