Tuesday, January 01, 2008

aRseNaL leAdiNg beB

2008 juga pasukan Arsenal dalam English Premier League berjaya mendahului tangga teratas meninggalkan Manchester United, Chelsea dan Liverpool. Dengan kemenangan bergaya 4-1 keatas Everton minggu lepas dan kekalahan MU di tangan pasukan West Ham 2-1 di Upton Park membolehkan Arsenal mendahului liga dengan 2 mata di tahun baru 2008. Ramai juga antara budiMaN yang menjadi penyokong kuat Arsenal ni seperti Pyang NZ dan Dona dsS.

Arsenal yang rata-ratanya di barisi pemain yang berusia awal 20an dan tidak begitu terkenal dengan superstar-superstar seperti pemain-pemain MU, Chelsea dan Liverpool telah membuktikan duit bukanlah segala-galanya dalam mengungguli kejayaan. Mungkin kehidupan yang tidak glamour seperti pemain-pemain MU yang sentiasa berparti di sana sini membuatkan disiplin mereka kuat untuk mencapai kejayaan. Antara pemain Arsenal yang menarik minat saya ialah Back kanan iaitu Gael Clichy (gambar atas). Clichy telah menjadi pemain termuda Arsenal yang memenangi Premier League title pada tahun 2004 semasa berumur 18 tahun. Permainan Clichy yang lincah sebagai defence dan attacking defence pada saya setanding dengan Roberto Carlos, Ashley Cole atau Lizarazu di zaman muda mereka dan untuk itu Clichy telah di anugerahkan Man of The Match dalam satu perlawanan Arsenal baru-baru ini.

Apa-apapun kita tunggu sehingga Mei 2008 nanti untuk mengetahui Juara sebenar English Premier League dan malam nanti Arsenal akan berdepan pula dengan pasukan West Ham di The Emirates, Highbury, London.

5 comments:

Anonymous said...

SALAM TO ALL

VIVA ARSENAL

pyan

Anonymous said...

Salam Pyang,
Semalam Arsenal menang lagi 2-0 dengan West Ham. Yang menarik gol Adebayor dari tepi line. So Arsenal masih lagi leading dengan 2 mata sebab MU pun menang 1-0 dengan Birmingham. Malam ni Liverpool pulak rentap. Tak tau la pulak nasib Liverpool yang macam yoyo je tahun ni. Nasib baik ada Torres.

dona_itmpahang@yahoo.com said...

GO GUNNERS! GO GUNNERS! GO GUNNERS! YEEHAAAA

Anonymous said...

Awat sunyi jer kat sini ni... no. 3 kira ok ape... he he he...

Anonymous said...

Awat sunyi jer kat sini ni... no. 3 kira ok ape... he he he...