Tuesday, January 22, 2008

aNA ivANoviC



Kalau buka Astro Channel 813, sekarang ini tiap-tiap hari akan tunjuk Australia Open Tennis Championship. Saya pun minat juga tengok tenis ni selain dari buka Golf Channel dan tengok EPL pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau pemain tenis lelaki saya suka tengok Rafael Nadal sebab cara permainan beliau yang aggresif. Roger Faderer pun ok juga tapi dia ni cool sikit. Manakala pemain tenis perempuan pula saya suka tengok Ana Ivanovic (gambar kat atas) seeded ke 3 dalam World Ranking WTA sekarang. Ana Ivanovic akan bertemu Venus Williams dalam suku akhir nanti. Harap-harap Ana Ivanovic boleh masuk final dan bertemu Maria Sharapova atau Justin Henin Hardyne (ni pun favourite saya juga)

5 comments:

Anonymous said...

Minah cun Ana Ivanovic dah pun kalahkan Venus Williams 7-6, 6-4 untuk mara ke separuh akhir. Teruskan sokong Ana Ivanovic yang jelita....

pyan said...

salam semua...teringat kekasih lama.

SaYanG kidA said...

hi pyan.. teringat kekasih lama? mmmhh...SK teringat wajah lama SK masa muda2 dulu lebih kurang cam ana ivanoviclah.. *tutup muka malu*

Anonymous said...

Rose Chan main tennis tak?

lan kida said...

Salam,
Ana Ivanovic telahpun melangkah ke Final Australian Open dan akan bertemu dengan Maria Sharapova nanti.

Rupa-rupanya bila sembang dengan ramai kengkawan pasal Australian Open ni, ramai yang minat dengan Minah Jelita ni....

Tapi Ana Ivanovic ni dah ada boyfren dah si Jokovic yang mengalahkan Leyton Hewit hari tu...Jokovic ni budak Serbia jugak...awal-awal dia dah cop dah.