Thursday, January 24, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 6

Tinggal 1 hari lagi eM2bP akan berlangsung dan segala persiapan menuju eM2bP sedang giat di jalankan oleh beberapa orang sahabat budiMaN yang telah bertungkus lumus dari awal projek ini lagi. Bilal bersama Suhaimi diA telah singgah di Surau Kg Tg Belengu tempat berlangsungnya event kita ini nanti pada pagi tadi untuk menyerahkan pinggan mangkuk dan beberapa barangan sumbangan Mydin Nilai (Slamber Jr). Selain itu mereka berdua telah memasang banner program yang telah di bekalkan oleh Bilal sendiri dan digantungkan di hadapan pagar Surau Kg Tg Belengu (gambar atas).

Che Dat juga ada memaklumkan bahawa Pejabat Belia Daerah Temerloh akan memasang khemah di hadapan surau bagi program ini. Mungkin esok (Jumaat), khemah tersebut akan di pasangkan.

Segala persiapan lain seperti membeli cat dan perkakasannya telahpun dilakukan oleh Wan Azhar dan Antu. Sementara Zambran pula telahpun menempah carpet untuk dipasang nanti oleh budiMaN. Che Dat juga telahpun menyerahkan wang kepada Pejabat Belia Daerah Temerloh yang akan menguruskan pembelian bahan-bahan mentah dan barangan untuk kenduri kecil memasak bersama penduduk kampung nanti.

Program eM2bP akan bermula pada jam 9-00 pagi, Sabtu 26hb Januari 2008 ini di Surau Kg Tg Belengu, Temerloh, Pahang. Lokasi program terletak menghala ke jalan Temerloh-Triang dan jarak perjalanan dari pekan Temerloh adalah kira-kira 15 minit. Surau Kg Tg Belengu terletak di sebelah kanan jalan besar Temerloh-Triang (sekiranya dari pekan Temerloh) dan boleh ditemui selepas melepasi Kg Lebak. Program akan bermula pada pukol 9-00 pagi dan diharap kengkawan budiMaN yang menyertai ekspedisi ini akan berada lebih awal di lokasi program nanti. Program dijangka selesai selepas sembahyang Asar berjemaah di surau tersebut. Kenduri kecil yang akan di adakan nanti adalah dengan penyediaan makanan untuk minum pagi pukol 10-00am, makan tengahari dan minum petang.

Bagi kengkawan yang akan berkonvoi dari Kuala Lumpur seperti saya sendiri, Walid, Charlie Koy, Zul Sani, Fadil Sutok bolehlah berkumpul di Stesyen BhP selepas tol Gombak seawal jam 7-00 pagi pada hari Sabtu nanti supaya dapat kita bertolak seawal waktu tersebut. Bagi kengkawan budiMaN yang berada di Temerloh mungkin boleh berkumpul di Stesyen Minyak Petronas berhampiran tepi sungai berdekatan masjid Temerloh sebelum bertolak ke lokasi. Bagi kengkawan di Maran dan Kuantan mungkin boleh berpakat untuk mengadakan konvoi juga nanti.

Alhamdulillah, sumbangan kengkawan budiMaN setakat ini (saya tidak dapat actual figure lagi) saya rasakan mencukupi untuk membiayai keseluruhan program ini. Program ini akan dibiayai sepenuhnya oleh budiMaN melalui wang sumbangan tersebut. Pejabat Belia Daerah Temerloh pula memberikan bantuan kepada budiMaN untuk menguruskan program ini. Bilal juga telah menghubungi akhbar Sinar Harian edisi Pahang dan akhbar tersebut akan membuat liputan khas berkenaan program ini, insyaallah.

Kepada kengkawan budiMaN yang ingin menyertai program ini masih lagi amat di alu-alukan terutama kepada geng perempuan kerana acara memasak bersama penduduk kampung nanti memerlukan ramai tenaga wanita. Harap kepada yang ingin pergi untuk dapat menghubungi saya bagi membolehkan kita membuat pengiraan untuk budget headcount makanan.

6 comments:

LaN KidA said...

Salam seme,
Setakat ini kengkawan budiMaN yang mengesahkan untuk menyertai eM2bP ialah :

1. saya sendiri sekeluarga
2. Walid (solo)
3. Charlie Koy (solo)
4. Zul Sani (solo)
5. Fadil Sutok (solo)
6. Che Dat sekeluarga
7. Raman Kerbau sekeluarga
8. Wan Azhar sekeluarga
9. Antu sekeluarga
10. Zambran (solo)
11. Suhaimi diA (solo)
12. Kitang sekeluarga
13. Rod diB

Harap kengkawan yang lain yang masih lagi menimbang2 untuk pergi dapat hadir sekali ke sana nanti.

P/S : Ummi, on the way nak pergi gathering DSS tu tak nak singgah ke dulu kat surau Tg Belengu? Ajaklah Z.Rosmina tu sekali... gathering start pukol 3-00 ptg kan...

Ummi said...

Salam, sori sgt2 x dpt turut serta, bila baca Kida pnya latest article malam ni dan tengok gmbar banner tu, hati ummi dengan abg Nu rasa berkobar2 jek, alamak miss betul..(*sungguh ni, ikhlas)..Nak singgah pun x boleh le Kida, ummi dgn Z Rosemina gi KL naik bas je berdua..hubby ada jemputan kenduri sahabat baik dia keje PKBF (*geng selalu outstation n XPDC Berakit)..x pergi kang rasa serba salah jugak..

Tghri tadi Bilal ada sms ummi mintak dptkan mana2 akhbar wat liputan. Agaknya Bilal dah call dulu Sinar Harian ni, xpalah mana2 je. Baru malam ni tadi sempat call Bilal, Ummi pun dah call Encik Zairul Skuad Cakna Temerloh dari akhbar Sinar Harian mengenai xpdc ni..dia janji akan datang ke Kg Tg Belengu pada hari tersebut. InsyaAllah, ummi akan follow up pada hari tersebut sekali lagi...

Apapun, ummi sekeluarga berharap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti dirancangkan dan dengan penyertaan x ramai pun, BUDIMAN akan terus berbakti dan diharap akan lebih ramai dan byk aktiviti boleh dijalankan apabila tersebar di dlm akhbar nnt, bukan mencari publisiti atas segala aktiviti ikhlas seperti ini kaaann.., kot dapat geng2 kita yang di luar sana tahu akan kewujudan BUDIMAN ni nnt.

Hidup BUDIMAN!!

pyan said...

didoakan agar semuanya dimudahkan dan diberkati ALLAH S.W.T. amin.

SaYanG kidA said...

tak bessshhhh aarrrr ummi tak de nanti... huhuhuhuhuh...

Ummi said...

Sk, ummi pun dah rindu lama x jmpa Sk tau...dulu kat maran dah le x dpt jumpa (*tolong kesat air mata Sk..). Xpa lain kali ek, insyaAllah ummi join..kta wat keje smbil gelak puas2 ek..Sk, nnt kim salam kat Lily, Ani, Sarah, n geng lain ek..

Bilal@Azmi said...

Salam Sume
Keterujaan kali ini rasanya amat berbeza dengan projek amal banjir kat Johor dulu.. Nampak gaya penyertaan dan sumbangan last minit memang sesuuatu yg diluar jangka..
Kida.. Hamdan boley juga akan turut sertra cuma tak pasti sekeluarga atau tidak.. dan kawan pasti ada sahabt kita yang taknak inform tapi akan turut serta.
On the way to Melaka.. koi sempat sms pada Ummi dan Hamdan(sebab mereka ni ada rapport dengan wartawan) untuk menjemput mana-mana wartawan untuk buat liputan projek kita kali ini bukannya untuk cari publisiti murahan tapi sekadar nak war-warkan pada ramai sahabat budiman kita diluar sana yang masih tak tahu kewujudan kita khususnya mereka yang tinggal disekitar pahang. Mudah-mudahan akan ramai yang membaca dan menghubungi kita menjadikan kita lebih Meriah. Alhamdulillah Ummi beritahu semalam, akhbar sinar harian confirm datang. Terima kasih Ummi..
Kida.. pinggan mangkuk belum diserahka lagi sebab sehari sebelum koi bertok, Apamz datang dan menyerahkan pinggan mangkuk dan kain baju terpakai. Koi telah hantarkan kesemuanya pada Antu dan minta Antu bawa dengan storm beliau pd jumaat ini sebab kereta koi tak mampu menampung semua barang berkenaan.

Kawan nak menambil kesempatan ini melahirkan rasa terharu, bangga dan berterima kasih bagi semua sahabat yang respond dalam bentuk apa cara sekalipun meskipun ada ketikanya macam ada kontroversi (sebenarnya takde pun) sehingga aktiviti ini dapat direalisasikan.
Tuan-tuan dan puan-puan.. dari perbualan saya dengan ustaz Shamsul, pengerusi surau Tg Belengu baru-baru ini Koi dapat dengar dan rasakan sendiri rasa gembira yang tak terkira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata setelah mendengar pengesahan kita semua memilih surau berkenaan untuk beramal.
Moga Allah merahmati dan membalas amalan tuan puan dengan sebesar-besar pahala. InsyaAllah. Amiiin.