Sunday, January 06, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG

Bagi melaksanakan eM2bP, saya berpendapat perlu beberapa pembahagian tugas dengan sukarelawan budiMaN diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas tersebut. Antaranya yang saya sempat fikirkan ialah :

1. Koordinator Tempat - bagi menguruskan tempat/surau dan mengadakan perbincangan dengan ketua kampung/imam bagi menjalankan gotong royong/kenduri kecil serta mengenalpasti kerja-kerja yang bakal dijalankan nanti.

2. Koordinator Peralatan - menyediakan segala peralatan untuk gotong royong, penyediaan refreshment semasa gotong royong dan pembelian bahan-bahan makanan untuk kenduri kecil.

3. Koordinator Pungutan - menguruskan pungutan barang-barang yang ingin di sedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir, packing dsb serta menguruskan pembelian barang-barang yang ingin di sedekahkan kepada surau/mangsa banjir.

4. Koordinator Penyertaan - menghubungi dan menguruskan penyertaan budiMaN yang ingin menyertai ekspedisi ini.

5. Bendahari - menguruskan kutipan kewangan/derma/sedekah dan mengeluarkan perbelanjaan serta menyediakan penyata penerimaan dan perbelanjaan di akhir ekspedisi nanti.

6. Koordinator Operasi - menyediakan dan menguruskan Aturcara semasa gotong royong dan kenduri kecil nanti. Menentukan tugas-tugas dan membuat pembahagian tugas peserta ekspedisi semasa gotong royong (i.e kerja mengecat berapa orang, kerja membasuh berapa orang dsb).

Itulah antara beberapa tugas yang sempat saya fikirkan dan bagi menjalankan ekspedisi kerja amal ini, sukarelawan amatlah diperlukan untuk tampil berkhidmat bagi menjayakan misi ini sepertimana yang kita semua buat semasa Ekspedisi Banjir Johor dahulu. Oleh itu kepada sesiapa yang bersedia untuk berkhidmat secara sukarela dalam tugas-tugas seperti di atas, silalah nyatakan di ruangan komen atau menghubungi saya sendiri.

Ekspedisi ini mungkin akan di adakan secepat-cepatnya pada 19hb Januari ini atau mungkin di lewatkan lagi jika ianya terlalu suntuk. Mungkin 26hb Januari juga sesuai iaitu kira-kira 3 minggu dari sekarang. Oleh itu segeralah berikan nama anda di ruangan komen untuk berkhidmat sebagai sukarelawan supaya misi kita yang pertama di tahun 2008 ini beroleh kejayaan.

2 comments:

RODDIB said...

SEDIA MEMBANTU INSYAALLAH.

lan kida said...

Salam semua,
Rod, terima kasih kerana sudi membantu. Insyaalah setelah finalise beberapa perkara nanti, kita akan tentukan potfolio masing2.

Malam tadi teh tarik dengan Bilal dan Man Troq di Bukit Bintang dan sempat berbincang berkaitan eM2bP. Telah meminta Hamdan Boly diB (ADO Bera) dan Che Dat (Peg Sukan Daerah Maran) untuk mengenalpasti tempat dan berbincang dengan ketua kampung/imam surau yang kita akan tuju nanti.

Sukarelawan sangat2lah diperlukan untuk mengisi potfolio koordinator tugas yang dicadangkan. Program tersebut mungkin akan di mulakan sekitar jam 10-00 pagi dan kita juga memerlukan kaum wanita yang ramai untuk menyediakan makan tengahari, minum petang dan makan malam kepada peserta gotong royong nanti yang mana ianya akan dimasak di surau tersebut nanti.

Sumbangan dalam bentuk tunai, barang makanan untuk masak, sedekah barangan dsb sangat2lah diperlukan dan kita akan wujudkan akaun sumbangan yang akan dikendalikan oleh seorang Bendahari.

Penyertaan budiMaN untuk bergotong royong juga diperlukan dalam jumlah yang ramai yang mana akan lebih memudahkan kerja-kerja nanti.

Mudah-mudahan segala perancangan kita akan beroleh kejayaan dan diberkati Allah swt.