Sunday, January 06, 2008

puAN (ciK) rOZaiNuN

Pada hari Sabtu semalam rupa-rupanya blog kita ini telah dikunjungi oleh seorang tetamu istimewa iaitu Puan Rozainun atau dulunya kita selalu panggil Cik Rozainun, bekas pensyarah kita semasa di UitM Kuantan dahulu. Saya rasa bagi kalangan budiMaN khususnya dari kursus diA, dbS, diB dan dpA, nama Cik Rozainun memang tidak asing lagi. Beliau terkenal di Kuantan dahulu mengajar kita semua subjek Fundamental of Accounting dengan buku teks kita masa tu oleh Frank Wood. Rupa-rupanya semalam, Puan Rozainun telah mentelaah blog ini bermula dari artikel awal semasa blog ini di terbitkan dahulu. Beliau juga beritahu bahawa beberapa pensyarah lain juga masih berkhidmat dengan UitM dan kini berada di UitM Shah Alam seperti Puan Hamidah ( saya ingat dulu mengajar subjek Marketing ), Puan Laily dan lain-lain. Di bawah ini saya siarkan semula jejak Puan Rozainun yang telah ditinggalkan di ruangan komen artikel di bawah untuk tatapan anda semua.

Assalamu'alaikum bekas pelajar ITM 1980's di Pahang dulu yang pernah saya ajar. Saya terpanggil untuk menulis sepatah dua kata apabila ternampak nama saya (dalam pada ramai2 pensyarah yang mengajar kamu) di dalam blog awal ini. Terkenang2 pahit-manis zaman silam; it's been more than 20 years now. It is really good to hear you are all doing well. When I looked at your photos, I cannot remember most of you but the names are familiar. Rasanya semuanya dah berubah rupa dan saiz. It is good though to see all of you are now with your families and you still keep in touch with one another. Sedih juga saya bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita semua. Life is too short. Make full use of it. You don't know what you are missing until you lose it. Anyway, if you happened to be in Shah Alam, I am still at the Faculty of Accountancy, Shah Alam. rozainun@salam.uitm.edu.my. Sehingga kita berjumpa lagi di satu hari, Insya'Allah, be good to yourselves and others. Other ex-Pahang lecturers who are in Shah Alam are Puan Hamidah Junid, Puan Laily Umar, Puan Noraini Nasir, Puan Che Aminah, Puan Rohana Alias, Dr Norashikin Ismail, Puan Norlida (transport),Dato' Nasuddin, etc. If you know Puan Nor Izzah, she is in UiTM Johor. Not too sure if you know this but Ustazah Halimahton dan suami beliau telah meninggal dunia few years ago, meninggalkan anak-anak mereka seramai 6 atau 7 orang, kini berada di KL dengan adik Arwah Ustazah. Wassalam and sincerely, your 'Cik' Rozainun.

Terima kasih Puan Rozainun kerana sudi bersama-sama budiMaN di dalam blog ini dan semoga hubungan silatulrahim antara kita semua di sini akan terus kekal berpanjangan sentiasa. Alhamdulillah nampaknya dari hari ke sehari, blog budiMaN kita ini semakin meriah dengan kehadiran bekas-bekas pelajar UitM Kuantan bukan sahaja dari batch-batch awal 1985 malah sehingga ke batch terakhir pada tahun 1992 dan kini pensyarah-pensyarah kita dahulu yang tidak pernah kita lupakan juga telah bersama-sama kita di sini. Insyaallah , mungkin dalam program-program budiMaN yang akan datang, kehadiran mereka akan lebih memeriahkan dan menyerikan lagi program kita itu nanti. Kepada semua budiMaN dan pensyarah-pensyarah, teruskanlah bersama budiMaN di dalam blog ini.

teRuS beRbuDi beRSaMa budiMaN
BeRaMaL, beRbaKti, beRSiLatuLRahiM

10 comments:

Ummi said...

Salam buat Puan Rozainun, selamat datang dari ummi (DSS) ke blog BUDIMAN..selalu2lah singgah di sini..wah bestnya ex student puan bila ada ex lecturer yg sudi dtg rumah kta ek..Alangkah bagus kalu Pn. Rozainun dapat letakkan gambar untuk kami dr course lain pn nk kenal puan kann..bole koottt.!=D

Anonymous said...

Assalamulaikum kekawang semua
Selamat Tahun Baru 2008M & 1429H utk semua. JUST TO SAY GOOD LUCK TO ALL OF U. HARAP BUDIMAN AKAN LEBIH BERAMAL, BERKHIDMAT & BERSATU PADA TAHUN 2008 DAN TAHUN2 HADAPAN.
Lan Kida, 2008 ni kita cuba jejak pulak lecturer-lecturer yg banyak berjasa kat kita dulu. Cuba dptkan contact mereka supaya kalau ada apa2 program kita boleh jemput mereka atau buat program ziarah raya beramai2 kat umah dia orang ke sebagai tanda terima kasih kat dia orang. Setuju ke?

SaYanG kidA said...

salam buat semua...

to ummi - itulah anim gi tgk jugak kat website faculty of accountancy.. tak dak gambar pun... yg ada tu kecik bangat....tapi yg anim ingat 'cik' (dululah) skrg dah dr. rozainun ni mmg cun...masa ngajor dulu asyik sgt tgk muka dr.

to roddib - harap kengkwn lain pun turut serta projek 'jejak lecturer' nikan...

Anonymous said...

Wah... SK. Awak pandang muka Cik Rozainun atau muka Lan Kida masa kelas Accounts. Hehe.. Jangan marah.

Ummi, apa yg SK kata ttg Cik Rizainun tu memang benar..CUN... Hehe.. Klu ummi nak tahu ada juga kenangan semasa Cik Rozainun mengajar pelajar DPA (lihat komen saya dlm artikel "2008"). Huhu..

Anonymous said...

Tak silap saya, Puan Rozainun sekarang telah bergelar Prof Madya Dr Rozainun di Fakulti Perakaunan UitM Shah Alam (kalau mengikut dari website UitM)

Puan Hamidah juga sudah bergelar Prof Madya Hamidah Junid, Fakulti Pengurusan Perniagaan

Yang lain-lain tu boleh search kat web UitM

SaYanG kidA said...

to zm - sk tak pandang muka kida tapi sk jeling jer :p

Anonymous said...

Pn. Rozainon... yang pakai laser-s, pakai kaca mata, putih melepak tu ke...

Anonymous said...

sutoq, pandai pun kau teka. itu lah dia Cik/Puan Rozainun. hehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
So good to hear about some of you..The last reunion on 29Mei 2010 at intekma Resort was a great meeting for me.It feels so great to see "anak didik" saya kini sudah berjaya..and I am retiring after 25yers of service with UiTM.

Hamidah Junid said...
This comment has been removed by the author.