Sunday, January 20, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 5

Petang Jumaat yang lepas setelah team eM2bP di Maran selesai bermesyuarat dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh, Che Dat telah menelefon saya dan memberitahu hasil perbincangan yang telah dijalankan. Antaranya ialah :

1. Che Dat dan Bilal akan menguruskan urusan tempat kerja amal kita nanti iaitu di Surau Kg Tg Belengu, Temerloh, Pahang yang akan berlangsung pada jam 9-00 pagi, 26hb Januari 2008. Kerja amal kita nanti akan tertumpu untuk kerja-kerja mengecat surau, menggantikan carpet (ruangan solat perempuan) dan juga bergotong royong memasak kenduri kecil bersama-sama penduduk kampung.

2. Wan Azhar dan Antu akan menguruskan pembelian cat dan peralatan-peralatan untuk mengecat nanti.

3. Pegawai Belia Daerah Temerloh akan menyediakan tenaga kerja tambahan terdiri dari belia-belia dan Rakan Muda sekitar Kg Tg Belengu untuk membantu budiMaN dalam kerja-kerja amal itu nanti.

4. Kaum Wanita budiMaN akan bergotong royong bersama penduduk-penduduk kampung memasak makanan untuk kenduri kecil iaitu penyediaan makanan untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang.

5. Penyertaan budiMaN sangat-sangatlah diperlukan dan sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi saya sendiri dan nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir nanti bagi memudahkan pengiraan peserta untuk penyediaan makanan. Sila sahkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada 24hb Januari 2008 untuk memudahkan Pegawai Belia Daerah Temerloh menyediakan bahan-bahan mentah untuk masakan nanti ( Pembelian bahan-bahan mentah akan di biayai dengan wang sumbangan budiMaN)

6. Dan akhir sekali kita masih mengharapkan sumbangan ikhlas anda seberapa yang termampu bagi menjalankan kerja amal ini. Sumbangan masih lagi jauh tidak mencukupi untuk membiayai kerja amal ini dan saya berharap anda semua rakan budiMaN dapat menyumbang seberapa yang boleh. Sehingga tengahari semalam ( Sabtu 19 Jan), sumbangan terkumpul hanyalah sebanyak RM500 sahaja. Sumbangan boleh dilakukan dengan memasukkan kedalam akaun eM2bP seperti di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Tel : 019-7567799, 03-22972584 (O)

Marilah kita semua kengkawan budiMaN bersama-sama menyertai dan menyumbang untuk kegiatan sulung budiMaN di tahun baru 1429H dan 2008 ini.

3 comments:

lan kida said...

Salam seme,
Berikut adalah senarai peserta budiMaN yang akan menyertai eM2bP berdasarkan perkiraan saya melalui sms, call dan feedback diruangan komen. Walaubagaimanapun saya tidak pasti jumlah sebenar setiap penyertaan budiMaN dengan keluarga masing-masing.

1. Saya sendiri sekeluarga 4 orang
2. Bilal sekeluarga - ? orang
3. Che Dat sekeluarga - ? orang
4. Kitang sekeluarga - ? orang
5. Walid ( solo?)
6. Wan Azhar sekeluarga - ? orang
7. Antu sekeluarga - ? orang
8. Kerbau sekeluarga - ? orang
9. Charlie Koy sekeluarga - ? orang
10. Fadil Sutok sekeluarga - ? orang
11. Rod diB (solo)
12. Zambran - ? orang atau solo jugak
13. Zil (Junior batch 92) - katanya nak tumpang budiMaN yang pergi solo..maybe boleh dengan Walid kalau dia solo agaknya tapi she will confirm later.
14. Hamdan Boly - saya agak mesti kena datang pasal dalam kawasan jajahan beliau ADO Pej Daerah Bera.

Maybe kalau semuanya datang at least dengan 4 orang satu family, the total can reach about 40 orang mewakili budiMaN.

Walaubagaimanapun nama-nama yang telah saya senaraikan di atas tadi, harap dapat mengesahkan kepada saya secepat mungkin jumlah kehadiran anda dan keluarga bagi memudahkan penyediaan makanan nanti.

Walaupun begitu kepada sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi ini sangat-sangatlah di alu-alukan lagi kerana kita masih memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi mempercepatkan kerja yang akan dilakukan nanti. Kalau dapat 100 orang mewakili budiMaN bersama-sama dengan kira-kira 10 orang Rakan Muda serta 50 orang penduduk kampung maka program tersebut tentunya akan berjalan dengan lebih cekap, pantas dan meriah lagi. Kerana harus di ingat juga kaum wanita nanti mungkin banyak yang terpaksa menumpukan kepada kerja-kerja memasak dan menyediakan makanan jadi kaum lelaki mungkin akan tinggal 60% dari jumlah tadi untuk melakukan kerja-kerja mengecat dan memasang carpet dan membetulkan beberapa kerosakan kecil nanti.

Jadi kalau ada yang kelapangan tu marilah kita beramai-ramai ke Temerloh pada 26hb Jan hari Sabtu ini untuk bersilatulrahim sambil beramal dan bersedekah jariah. Segerakanlah mengesahkan penyertaan anda!

walid said...

salam kida...
konfem walid solo. sbb mlm tu ada acara kejiranan kat area umah koi bermula jam 8.00 mlm. tul2 wat depan pagar umah walid. So after abis kat temerloh walid need to get back by 8 at least.YM kena siapkan makanan kat sana gak..ala2 pot luck. Ni kira kejiranan satu taman.bukan kejiranan saltu lorong jer..hehe...

lan kida said...

Salam Walid,
Setakat ni anggaran aku ada 26 orang jer budiMaN yang akan pergi tidak seperti jangkaan asal seramai 40 orang... Jadi saya minta kepada kengkawan budiMaN yang lain tu kalau ada kelapangan marilah beramai-ramai ke eM2bP. Jangan nanti sampai orang kampung dan orang Jabatan Belia Daerah Temerloh yang lebih ramai daripada kita sedangkan acara ini dianjurkan oleh budiMaN iaitu kita semua.