Sunday, January 27, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - thE eVeNt

Pukol 5-30am, saya bersama SK telahpun bangun dan mengejutkan anak-anak kami semua untuk mandi bagi bersiap-siap untuk sembahyang Suboh dan selepas itu berlepas ke Temerloh bagi menghadiri eM2bP. Sarah yang baru saja kebah dari demam panas dan Aimin yang juga berasa kurang sihat akibat selsema telahpun bersedia kira-kira 1/2 jam kemudian dan kami sekeluarga bertolak ke Ukay Perdana kira-kira jam 6-20am untuk mengambil adik Anim yang akan turut serta ke Temerloh. Saya telah berjanji dengan beberapa orang kengkawan budiMaN yang akan bertolak dari Kuala Lumpur untuk berjumpa di Stesyen Minyak BhP selepas Tol Gombak kira-kira jam 7-00am.

Sampai di Stesyen BhP, Syed Hamid@ Walid telah siap sedia menanti kami. Saya cuba menghubungi beberapa kengkawan yang telah berjanji untuk pergi sekali. Hanya Fadil Sutok dan Charlie Koy sahaja yang memberitahu mereka dalam perjalanan. Dengan 3 buah kereta iaitu saya, Walid dan Charlie bersama Fadil Sutok, kami meredah Lebuhraya Pantai Timur dan kira-kira jam 8-30am, kami semua tiba di Tol Temerloh.

Kami meneruskan perjalanan dan kira-kira jam 9-10am, kelihatan Banner Program yang telah di letakkan oleh Bilal dan Suhaimi tempohari serta khemah yang telahpun dipasang, kami tiba di Surau Kg Tg Belengu dan disana, Che Dat, Kitang, Hamdan Boly, Raman Kerbau telah sedia menanti kami bersama-sama beberapa orang penduduk kampung. Kami semua bersarapan dahulu dengan Nasi Lemak dengan sambal ikan bilis istimewa (memang best giler sambal dia sampai ada yang nak tapau bawak balik) sementara menunggu kedatangan Antu dan Wan Azhar yang membawa barangan cat dan peralatan.

Kira-kira jam 9-20am, Antu dan Wan Azhar pun tiba dan setelah mereka bersarapan, kami bersama-sama penduduk kampung telah memulakan kerja dengan mengelap dan membersihkan dinding surau untuk mengecat. Pembahagian kerja secara berkumpulan telah ditetapkan oleh Raman Kerbau yang bertindak sebagai Penyelaras Operasi di mana terdapat 3 kumpulan iaitu Pengecat Dalaman, Pengecat Luaran dan Pemasang Water Tank dan Paip Air. Dengan jumlah budiMaN lebihkurang seramai 15 orang dan penduduk kampung lebihkurang 10 orang, kerja gotong royong tersebut kadangkala terasa begitu memenatkan. Rancangan asal yang menyatakan bahawa 10 orang Rakan Muda akan memberikan bantuan sokongan tidak dapat di realisasikan kerana kesuntukan waktu oleh Pejabat Belia Temerloh. Namun kehadiran penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung dan Imam Surau memberikan bantuan, terasa sedikit melegakan.

Cuaca panas terik begitu menghangatkan dan menjelang tengahari, hanya 40% kerja-kerja dapat di selesaikan. Wartawan dari Sinar Harian Edisi Pahang juga telah datang dan mengambil gambar serta menemuramah beberapa budiMaN yang hadir. Sementara itu kaum wanita pula telah bergotong royong memasak dan nasib baiklah SK dan adik SK ada sebagai wakil budiMaN untuk bersama-sama penduduk kampung memasak makanan. Antu dan Fadil Sutok pula terpaksa bergegas ke pekan Temerloh untuk membeli peralatan paip bagi memasang tangki air yang diminta oleh penduduk kampung. SK bersama wakil wanita dari Pejabat Belia Temerloh juga terpaksa ke Pekan Temerloh bagi membeli langsir baru pasang siap untuk di pasang di surau.

Kami berhenti rehat seketika dan makan tengahari dengan hidangan enak masakan kampung iaitu Ikan Talapia masak lemak, ayam goreng, ulam pucuk ubi rebus, sambal belacan dan lain-lain. Zambran yang terpaksa hadir mesyuarat PIBG sekolah anaknya akhirnya tiba dan menyertai kami semua. Selepas solat zohor, kami meneruskan kerja-kerja mengecat dan akhirnya kira-kira jam 5-30 petang semua kerja telah dapat di selesaikan dengan jayanya oleh budiMaN dan penduduk kampung.

Hasilnya, budiMaN serta penduduk kampung telah berjaya melakukan gotong royong iaitu :

1. Mengecat Luar dan Dalam seluruh bangunan surau dan tandas
2. Memasang tangki air dan membuat sistem paip air untuk mengambil air sembahyang bagi lelaki dan wanita
3. Memasang carpet baru di ruangan solat wanita
4. Membeli dan memasang langsir baru untuk seluruh tingkap surau

Walaupun dengan kekurangan budiMaN yang hadir dan keadaan cuaca yang panas terik dan perit, namun dengan kegigihan sebilangan kengkawan yang ada seperti Che Dat, Raman Kerbau, Hamdan Boly, Walid, Wan Azhar, Antu, Kitang, Charlie Koy, Fadil Sutok, SK dan adik SK bersama-sama Cik Sal (wakil Pegawai Belia Temerloh) serta penduduk-penduduk kampung, dengan izin Allah swt akhirnya misi eM2bP terlaksana jua dengan jayanya. Bak kata peransang oleh Bilal (yang tidak dapat hadir kerana terpaksa ke Melaka kerana urusan yang tak dapat dielakkan), beramal ke atas rumah Allah akan di iringi dengan pertolongan segala makhluk halus, malaikat-malaikat dan makhluk-makhluk Allah, insyaallah akan terlaksana kejayaan dipermudahkan.

Di akhir majlis kira-kira jam 6-30pm, Ustaz Shamsul yang bertindak sebagai pengacara majlis telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada budiMaN. Ketua Kampung pula dalam ucapannya menyatakan rasa terharu yang amat sangat dengan keperihatinan budiMaN dan sepanjang tugas beliau, tiada lagi perkumpulan seperti budiMaN yang sanggup datang membantu ke kampung beliau.

BudiMaN juga selain menyumbang kerja amal mengecat dan sebagainya seperti yang dinyatakan di atas juga telah menghulurkan sumbangan tunai kepada tabung surau berjumlah RM1,000 untuk kegunaan baikpulih surau tersebut seterusnya. Selain itu sumbangan barangan pula yang telah diberikan termasuklah :

1. Sumbangan pinggan mangkuk dan sabun oleh Mydin Nilai
2. Sumbangan pakaian terpakai dan pinggan oleh Apamz
3. Sumbangan AlQuran dan 60 naskah surah Yassin serta telekung dan sejadah dari emak SK.
4. Sumbangan Jam Waktu Sembahyang oleh budiMaN

Berdasarkan kemaskini tabung budiMaN yang telah di lakukan sebelum program bersurai antara saya dan Kitang, berikut adalah penyata perbelanjaan dan penerimaan yang dilakukan menerusi tabung sumbangan eM2bP yang dibuat menerusi akaun Maybank Kitang.

Jumlah Sumbangan oleh budiMaN : RM3,289-00

Perbelanjaan :
1. Carpet - RM300
2. Cat - RM525
3. Peralatan - RM129
4. Langsir - RM335
5. Makan - RM500
6. Barang Paip - RM100
7. Jam Waktu Sembahyang - RM400
8. Sumbangan Tunai - RM1,000
Jumlah Perbelanjaan : RM3,289-00

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua kengkawan budiMaN yang telah menyumbang untuk program ini yang mana sumbangan bukan sahaja di terima daripada kengkawan budiMaN di dalam negeri, senior malah kengkawan budiMaN di luar negeri.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kengkawan budiMaN yang telah bertungkuslumus menjayakan program ini seperti Che Dat, Bilal, Ummi, Wan Azhar, Raman Kerbau, Antu, Kitang yang bukan sahaja menyumbang wang ringgit yang besar malah tenaga dan masa untuk program ini. Tidak lupa juga kepada kengkawan budiMaN yang telah hadir dari jauh dan dekat walaupun sibuk dengan pelbagai urusan yang penting tetapi sanggup diketepikan seketika demi berbakti kepada masyarakat melalui budiMaN dan di akhir program eM2bP terpaksa berkejar balik ke KL seperti Walid(yang ada PotLuck seluruh taman perumahannya yang mana khemah dipasang di depan rumahnya pada petang Sabtu tersebut dan beliau sebagai AJK PotLuck) dan Charlie Koy(yang juga ada kenduri di depan rumahnya) , Hamdan Boly, Zambran, Fadil Sutok dan juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini.

Ucapan terimakasih khas juga di tujukan dari budiMaN kepada Cik Sal, wakil Pejabat Belia Daerah Temerloh yang telah bersusah payah membantu menguruskan program kemasyarakatan budiMaN ini.

Dari pandangan individu saya, program eM2bP telah terlaksana dengan jayanya dan saya rasakan ianya lebih meriah lagi dari program-program budiMaN sebelumnya kerana walaupun bilangan budiMaN sedikit tetapi peluang tersebut membolehkan budiMaN bersilatulrahim dengan sungguh mesra sekali sambil beramal kepada masyarakat. Tidak seperti program sebelum ini seperti di Johor dan sebagainya, eM2bP di biayai dan di jalankan sepenuhnya oleh budiMaN bersama-sama penduduk kampung dengan gotong royong kerja dan memasak makanan dalam suasana penuh keceriaan, kesungguhan dengan semangat dan niat untuk berbakti kepada rumah Allah swt dan masyarakat. Dan sebelum saya tulis artikel ini beberapa kengkawan budiMaN yang telah terlepek keletihan apabila sampai ke rumah tetapi masih menghubungi saya untuk menyatakan keseronokan dapat beramal dalam eM2bP.

Untuk itu, insyaallah jika di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya berpandangan program-program seumpama ini di harap dapat diteruskan oleh budiMaN di masa-masa yang mendatang. (Gambar-gambar lengkap akan saya muatkan dalam satu link khas nanti).

7 comments:

Bilal@azmi said...

Alhamdulillah, maha suci Allah yang menentukan kejayaan program ini meskipun pada peringkat awalnya nampak bagaikan mustahil khususnya pada jumlah sumbangan.. Ya Allah, moga kau terima dan redha amalan kami yng ikhlas ini dan kau terus satukan hati-hati kami agar pada program amal akan datang akan lebih berjaya dan dapat disertai oleh ramai rakan budiman yang lain..
Sekalung tahniah dan syabas pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung..
Wslm

Ummi said...

Tahniah, syukur alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga merealisasikan hasrat murni BUDIMAN dengan jayanya...Atas daya usaha dan kuat semangat yang ditunjukkan, Allah swt. telah memudahkan perancangan ikhlas dari saudara-saudari semua..moga diberikan kesihatan yang semakin baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk semua yang terlibat..dan dapat kita berbakti lagi di masa akan datang.

Tabik springgg untuk BUDIMAN..

LaN KidA said...

Salam semua,
Link gambar-gambar eM2bP telahpun dibuat di ruangan link di bawah link eM2bJ.

Anonymous said...

TAHNIAH....KAWAN-KAWAN SEMUA PARA SUKARELAWAN ATAS USAHA MURNI ANDA MOGA DIRAHMATI & DIBERKATI SEGALA USAHA MURNI ANDA DAN PEROLEH GANJARAN DARI ALLAH AMIN...
TAHNIAH BUDIMAN YG MASIH ADA INSAN YG BERHATI LUHUR - TERUSKAN XPDC BUDIMAN INSYAALLAH KAMI AKAN TERUS MENYOKONG APA YG TERMAMPU

'JANGAN DITANGISI APA YG KITA ADA TAPI LAKUKAN SESUATU DGN APA YG KITA ADA' TERUS BERAMAL..... ITMCPSKOT85765392

walid said...

alhamdulillah....semuga apa jua perancangan masa depan oleh BUDIMAN dapat dilaksanakan dengan baik dan diberkati oleh ALLAH s.w.t. amin.
p/s..semlm cuti bukan sbb penat...tp xder babysitter...hehheee

SaYanG kidA said...

walid... hari sabtu tu walid tak berhenti2 mengecat... ingatkan cuti rehat... tapi salute lah kat sume jejaka2 budiman.. rajin2 belaka... nanti leh mintak tolong cat umah SK plak kekekeke :p

zack@kitang said...

Salam...Syukur kehadratNya...eM2bP dapat dijalankan dengan jayanya...jutaan terimakasih kepada para penyumbang yg terdiri dari para sahabat BUDIMAN(ex-junior & ex-senior),juga dari sahabat BUDIMAN yg berada di luar negara.
Moga dikurniakan olehNya pahala yg berlipat kali ganda.
Terimaksih kerana diberi kepercayaan untuk menerima segala sumbangan dari sahabat BUDIMAN.
BUDIMAN-Beramal,Berbakti,Berbudi