Tuesday, December 25, 2007

aidiLAdhA daN baNjiR

Hampir seminggu saya tidak berpeluang untuk update blog kerana beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan juga bercuti di Temerloh kerana menyambut AidilAdha dari hari khamis sehingga Ahad yang lalu. Bagaimanapun tak banyak berita berkenaan kawan-kawan budiMaN yang di terima oleh saya, mungkin kerana hujung tahun banyak kengkawan yang sibuk dengan pelbagai urusan pejabat dan persendirian yang perlu di bereskan.

Saya juga tidak menerima apa-apa berita dari kengkawan yang berada di kawasan banjir cuma Wan Rozain dbS ada mengirimkan sms kepada isteri saya SK memberitahu rumah beliau di Pekan, Pahang telah terkepung dalam air banjir beberapa hari yang lepas dan beliau tidak boleh pergi kerja. Saya harap keadaan banjir berhampiran rumah beliau telah reda kini dan beliau dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Walaubagaimanapun bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin menghadapi masalah banjir diharap telah pulih seperti biasa semula. Bilal di Sg Isap, Wan Azhar dan Che Dat di Maran serta kengkawan yang lain harap-harap tidak terjejas dengan banjir yang melanda kawasan mereka.

Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara di Temerloh di AidilAdha, sempat saya rakamkan beberapa situasi banjir yang melanda sekitar daerah Temerloh. Kesan-kesan banjir masih jelas kelihatan dan di sesetengah tempat air banjir masih lagi bertakung. Masih ada sesetengah rumah yang masih digenangi air banjir. Ianya seperti di kampung-kampung yang menghala ke Triang dan sedikit di Tanjung Lalang, Temerloh. Mungkin kini dengan keadaan cuaca yang bertambah baik keadaan telah semakin pulih.

Tumpuan saya bagaimanapun adalah memerhatikan keadaan surau-surau dan balairaya yang telah ditenggelami air banjir. Di sekitar jalan menuju ke Triang seperti di Kampung Tenggoh, Lebak dan Tanjung Belenggu, saya dapati beberapa surau yang di naiki banjir kerana kesan-kesan lumpur dan sampah sarap jelas kelihatan. Ada sesetengahnya pula di kawasan sekeliling surau itu masih di genangi banjir.

Seperti gambar di atas di surau Kampung Tanjung Belenggu, saya di fahamkan banjir telah menenggelamkan surau tersebut sedalam 5 kaki dan merosakkan carpet dan segala peralatan surau yang sememangnya telah usang itu. Namun dalam keadaan surau yang telah di genangi banjir, umat Islam di situ tetap meneruskan ibadah mereka di surau tersebut dengan beralaskan tikar plastik dan sebagainya. Dengan keadaan banjir di rumah penduduk sekelilingnya yang masih belum reda (sehingga Ahad lalu), penduduk tidak berpeluang untuk membersihkan surau tersebut sepenuhnya dan saya lihat beberapa peralatan surau terbiar akibat banjir. Rata-rata penduduk di situ pula hanya membuat kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Saya rasa dengan kedaan kewangan surau itu, tentulah sukar bagi mereka untuk menggantikan peralatan-peralatan surau yang telah terjejas dan rosak akibat banjir tanpa mengharapkan sumbangan dan derma dari orangramai.

Alangkah eloknya kalau budiMaN dapat mengadakan satu lagi ekspedisi seperti yang kita lakukan semasa banjir di Johor tempoh hari (eM2bJ). Semasa di Johor dulu kita berkonvoi beramai-ramai dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan Parit Yanni dan beramai-ramai memberi bantuan kepada orang kampung, bergotong royong membersihkan balairaya dan surau serta mengadakan sedikit acara bersama kanak-kanak di Pusat Pemindahan Banjir Parit Yanni.

Mungkin di surau Kampung Tanjung Belenggu ini kita boleh bergotong royong membersihkan surau tersebut, mengecat surau serta menggantikan beberapa peralatan rosak setakat mana yang termampu oleh kita. Mungkin juga di penghujungnya nanti kita boleh pula bergotong royong mengadakan sedikit kenduri kecil bersama-sama penduduk kampung (kita pun ramai chef yang berkaliber seperti Chef Jun dan Chef Ummi - masa nilah eloknya nak keluarkan kepakaran memasak tu rasanya sambil berbakti kepada masyarakat) dan mengadakan solat bersama-sama serta sedikit tahlil dan doa selamat. Penduduk di kampung tersebut saya perhatikan tidak begitu ramai dan jumlah penduduk yang akan bergotong royong pun mungkin dalam 100 orang sahaja.

Apa-apa pun saya cuma menyampaikan idea saya sahaja di sini dan terpulanglah kepada anda semua kengkawan budiMaN saya untuk memberikan reaksi anda terhadap idea ini. Peluang membuat pahala terbuka luas di depan mata dan ianya perlu di rebut dengan segera. Mungkin ianya boleh kita lakukan di hujung minggu selepas pembukaan sekolah dimana segala permasalahan sekolah anak-anak kita telah di selesaikan ( kira-kira 2-3 minggu dari sekarang). Jadi apa kata kengkawan semua? Sila feed back di ruangan komen untuk memberikan pendirian anda dan janganlah hanya berdiam diri sahaja dan membiarkan kengkawan yang sama (balik-balik muka tu jugak) sahaja. Kita nak tengok juga muka-muka baru dengan pendirian dan idea-idea mereka daripada diam memerhatikan sahaja blog ini tanpa ingin bersuara (takut menyusahkan diri sendiri kot). Janganlah hanya sokong dari belakang sahaja, marilah bersama-sama kita turun padang, berbakti sendiri dengan masyarakat, barulah kita lihat sendiri dan dapat menyaksikan kepayahan mereka. Duit ringgit sesiapa pun boleh hulurkan tetapi takkan sama dengan pergi sendiri melihat, duduk bersama mereka dan menyaksikan sendiri kepayahan mereka ( Ada jenis yang main hulur derma sahaja tapi tak mahu kotorkan baju bersama orang kampung).

8 comments:

Ummi said...

Salam sume..emm raya pertama aidiladha baru2 ni pun ummi lalu kat jalan Triang tu nak ke Lebak, memang teruk banjir jalan tu..Surau Kg. Buntut Pulau pn uihh duk terapung lagi dalam air rupa kopi susu gitu..Kg. Pangsanam pun..siannya tgk..

**Kalu nak masak, hehe..ikan patin n tilapia je x tenggelam, jom masak ramai2 kat situ, pakai arang...Uih patin bakar n air asam pun best.. jom-jom cuci surau dulu.. :D

Bilal@azmi said...

Salam..
Alhamdulillah, Kuasa Allah mengatasi segalanya. Air sekadar mencecah jalanraya dan tidak masuk kerumah. Berkenaan dengan projek amal - membersih dan membaikpulih surau atau masjid yang dimaksudkan, ana dan rakan-rakan pasti setuju dengan kesinambungan aktiviti amal ini. Kita buat kutipan untuk :
ganti karpet,sejadah, Al-Quran dan yasin yang musnah, perbaiki PA system ( Jika perlu) mengecat, mengemas dan membaik pulih di dalam dan disekitar kawasan masjid atau surau berkenaan dan juga kos makan minum penduduk setempat serta rakan-rakan kita yang akan menyertai projek berkenaan.Wow.. banyak tu. namun berdasarkan track record aktiviti amal yang lepas-lepas.. ana yakin ia dapat dilaksanakan apatah lagi penglibatan sumbangan dari rakan-rakan luar negara.

Ana mulakan 1st step dengan mengemukakan beberapa tarikh untuk dipilih bagi projek berkenaan.

Mengambil kira minggu pertama dan kedua Jan kebanyakkan kita masih sibuk mengurus anak-anak sekolah, tempoh untuk rakan-rakan salurkan sumbangan serta mengambil kira juga bila gaji, agar dapat memberikan sumbangan dan sedikit bajet untuk bergerak ke Triang.. Maka ana cadangkan 2hb atau 9hb Feb 2008.
Seperti biasa.. kalau dapat kita lantik rakan yang hampir menjadi project leader (Hamdan Boley ke..) dan abang kitang kita jadi bendahari. Wakil kursus yang lain dapat kiranya melobi rakan kursus masing-masing untuk pakaian terpakai yang boleh kita derma kan pada penduduk setempat sekitar masjid@surau berkenaan. Sumbangan Pakaian perlukan sedikit penyusunan dan pembungkusan sacara teratur agar kelemahan yg lepas tidak berulang. Kita perlukan Volunteer untuk pusat collection. Di Kuantan misalnya, rumah ana boleh jadi tempat collection. Di Maran, ana cadangkan tempat wan azhar, Temerloh pula ana cadangkan di tempat Zamberan, Di KL perlu ada 2 atau 3 lokasi dan mohon cadangan orang KL sendiri.
Untuk sumbangan kewangan ana cadangkan kita pecahkan pada 4 kategori: A - RM50.00, B- RM100, C-RM200 dan D RM Berapa sahaja seikhlas hati.
Ana ingin mencadangkan agar date line untuk kita putuskan tarikh projek berkenaan pada 5 Jan 2008 dan date line untuk semua sumbangan RM mesti dijelaskan pada 31 Jan 2008 dan sumbangan baju terpakai mesti dihantar ke lokasi yang bakal di finalize dan diumumkan selewat-lewatnya 19 Jan 2008.

He..he.. lets start the ball rolling.. jgn bincang lama-lama..

Moga Allah permudahkan dan memakbulkan hasrat kami untuk terus beramal dan memohon keredhaanNYA.

Che' Dat said...

Teruskan niat suci kita.Koi cadang pada 19 Jan 2008. Jgn lambat sgt nanti dah takde kerja nak dibuat.29 Dis ni dah ramai sukarelawan mula turun membantu membersihkan premis-premis yg kena banjir.Kita sumbang pakaian sekolah atau bagi duit saja dan buat gotong royong pembersihan.Buka akaun sekarang

lan kida said...

Salam seme,
Wah CheDat, line internet dah ok balik kat Maran nampaknya.

Terima kasih kepada cadangan2 di atas. Memang betul seperti kata CheDat, dah banyak sukarelawan yang awal lagi bergerak dahulu dan usaha amal kita ini perlulah di putuskan dengan segera agar peluang ini dapat direbut oleh budiMaN juga.

Apa kata kawan-kawan yang lain... harap dapat nyatakan sokongan anda di sini agar kita tahu berapa ramai yang ingin menyertai ekspedisi itu nanti. Kalau anda semua berdiam diri...susah juga untuk kita putuskan. Kalau rasa tak dapat membantu, nyatakan sahaja, tiada siapa yang memaksa untuk kerja amal-amal sebegini. Ianya perlu di buat dengan penuh kerelaan hati barulah ianya mendatangkan pahala dan keberkatan... betul tak Kudeng?

So please nyatakan keputusan anda seberapa segera di sini.

Ummi said...

Salam. Ummi, inyaAllah join kalu xda aral melintang. Bkn apa, abg Nu ni pun dah 2 minggu balik kul 1 - 2pg (+ weekend) duty kat Bilik Gerakan Banjir Srikandi & ngo's Ktn. Ummi duty time office hour je kat situ gilir2 duk packing brg2dr mcm2 penaja/penyumbang. Subuh tadi pegi, ni pun abg Nu bru blk dari Rompin (Kg. Leban Chondong) dan Bukit Ibam, MB Phg hulur sumbangan tu..

Kalu xda dah kerahan tenaga di situ, insyaAllah kami join pulak dgn BUDIMAN. Tmpat dh pilih ke di kg mana?

Bilal@Azmi. said...

Salam..
Bagus cadangan Che Dat. Lagi cedpat dan efisyen. Ok set.. 19 Jan 2008. Lets gerakkan semua wakil kursus termasuk senior, seperti gathering tempoh hari untuk dapatkan sumbangan tak kira RM mahupun pakaian terpakai. Ana cadangkan date line all the collection are by the 12th.Jan. Kida.. harap dapat announce kan dalam Blog secara official amount of donation, centre of collection baju terpakai beserta date line dan minta semua wakil kursus promote dan encourage involvement rakan-rakan lain. Gunakan data yang ada pada directory tempoh hari. Ana akan mulakan dengan Course DPA esok and update the status from time to time. Kalau ada penglibatan Korporat atau usahawan dikalangan kita atau melalui mereka dapatkan sponsorship mahupun tajaan. Lagi bagus.. Ayuh kengkawan.. bila lagi nak mempertingkatkan amalan..!

Che' Dat said...

Semua rodong Budiman khususnya rakyat Pahang,kita sanggup bantu saudara kita di johor tapi nampak gayanya kita tidak sensitif dengan masalah yg dihadapi oleh saudara mara kita di negeri sendiri.Jernihkan jiwa kita dan murnikan hati kita dan lapangkan masa kita untuk mereka yg memerlukan. Renung-renungkan dan selamat beramal

wani said...

Lan,

tolong bagi alamat rumah. ada orang nak derma pakaian terpakai.

wani sekarang ni kalau hujung minggu minta maaflah. tak dapat nak nolong