Dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil pada hari itu ada satu gambar posing maut telah diberikan oleh 2 orang sahabat budiMaN kita semasa di Air Terjun Teladas. Cuba teka siapakah mereka ini agaknya. Ramai yang dah tahu agaknya sebab gambar nipun ada di muatkan dalam link gambar gathering. Gambar ni pun sebenarnya di ambil secara lawak sahaja dan jangan prasangka buruk pulak.
Apa yang sebenarnya saya nak beritahu kepada kengkawan semua menerusi gambar ini ialah walaupun setelah 22 tahun bertemu, berpisah dan bertemu kembali, semangat persahabatan, kemesraan dan ikatan seperti adik beradik masih lagi tersemat antara budiMaN semua. Itulah yang ditunjukkan oleh semua budiMaN yang menyertai Gathering budiMaN baru-baru ini. Kemesraan jelas terlihat di semua budiMaN walaupun sebelum ini mungkin ada antaranya yang tidak pernah bertegur sapa semasa di UitM Kuantan dulu, contohnya Wani, Dona, Sheena, saya sendiri tak pernah bertegur sapa dengan dia orang sebelum ini. Begitu juga Hamdan Boly dan lain-lain lagi. Tapi saya lihat pada gathering tersebut semuanya macam sahabat akrab tanpa ada rasa segan, pemalu, rendah diri atau takut untuk berjumpa kawan. Yang berjawatan tinggi, berjaya dalam perniagaan membuangkan semua pangkat dan darjat dan duduk bersama-sama macam adik beradik. Sebenarnya tiada penghalang antara kita semua sebab kita semua daripada asal yang sama iaitu UitM Kuantan. Jadi tidak sepatutnya kalau kawan-kawan yang lebih berjaya untuk bermegah atau membangga diri.
Apa-apapun semoga silatulrahim yang terjalin antara kita semua selama ini akan terus berkekalan dan semoga kengkawan yang menjauhkan diri akan kembali mendekati kita semua agar dengan lebih ramai budiMaN akan memberikan lebih banyak manfaat kepada semua budiMaN nanti.
No comments:
Post a Comment