Sunday, December 09, 2007

diReCtoRy budiMaN

Satu link khas telah saya buat di bawah dengan nama Directory budiMaN yang mengandungi senarai nama budiMaN beserta sedikit biodata yang telah di berikan menerusi catatan semasa berlangsungnya Gathering budiMaN edisi ke 2 di Maran baru-baru ini. Ianya mengandungi no telefon, alamat rumah dan beberapa catatan lain berkenaan budiMaN. Link ini sebenarnya adalah satu subsidiary blog budiMaN dibawah blogsome. Biodata kengkawan budiMaN boleh di cari dengan klik kepada kategori yang saya pecahkan mengikut kursus atau samada terus menaip nama kengkawan budiMaN itu di ruangan Search dan klik di situ. Insyaallah biodata tersebut akan saya tambah lagi dari masa ke semasa bergantung kepada maklumat daripada kengkawan dan akan saya siarkan sekali bersama gambar setiap kengkawan budiMaN nanti. AlMaklumlah kerja nak buat directory ni mengambil masa juga kerana nak salin setiap maklumat yang ada. Saya juga berharap kengkawan budiMaN dapat memberikan maklumat biodata kengkawan yang lain jika anda ada dengan e-mail kepada saya atau kepada sesiapa yang nak masukkan biodata mereka juga, sila lah e-mail kepada saya. Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat yang telah disiarkan, saya juga berharap kengkawan dapat memperbetulkannnya dengan e-mail kepada saya atau mencatat di ruangan komen di link directory tersebut di bahagian biodata kengkawan tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

utk DCS kida boleh ambil dari website wani http://www.geocities.com/salwani_ali/Diploma.htm

itu yg latest budak CS

Anonymous said...

Hari itu dah disenaraikan nama kursus masing-masing tapi kenapa tak diletakkan nama tersebut walaupun mrk tidak menghadiri ghatering.

Kenapa tak diasing setiap kursus dan batch. Contoh, DBS (dipecahkan kpd Jan 85, Jul 85 dsb). Ini rasanya lebih memudahkan.

Minta maaf lah kalau komen ni tak berasas.

LaN KidA said...

Salam semua,
Wani, insyaallah akan saya copy maklumat tersebut nanti. Gua pun kena buat benda2 ni selow-selow sebab nampak je macam mudah tapi nak kena mengadap komputer ni 2-3 jam jugak nak buat benda ni...nak taip biodata, nak kecikkan gambar, nak paste masuk blog, tupun 2-3 jam bolehlah buat dalam 10-15 biodata, jadi harap bersabar semuanya yer.

Anonymous, Insyaallah kategori tu saya akan pecahkan lagi mengikut batch pula nanti. Memang dah terfikir nak buat tetapi hari tu ingat nanti kemudianlah sebab tak berapa rajin dah setelah 3 jam mengadap komputer ni.... Hari tu yang disenaraikan cuma nama sahaja tanpa no telefon dan alamat serta biodata, cuma ada sesetengah senarai sahaja yang mempunyai no phone dsb... jadi kalau tanpa biodata yang lengkap tu, kena tunggu maklumat yang lengkaplah untuk di senaraikan dalam directory.

Jadi gua harap sangatlah kita semua di sini dapat sesama membantu melengkapkan biodata dia orang ni dengan memberikan no telefon, alamat rumah, tempat kerja, biodata family dsb supaya directory kita nanti dapat dilengkapkan dengan sempurna. Kalau ada gambar latest dan lama dia orang tu lagi cantikkk.

Apa-apa hasil yang korang dapat sila-silalah e-mail kat gua, sapa dapat banyak sekali maklumat, gua belanja lu kat hard rock cafe kuala lumpur Sabtu malam pukol 2-00 pagi...all in the house...table 14..sebut nama Lan KidA...hehehe ( sebab masa tu shift gua basuh pinggan kat hard rock dah selesai - part time beb!)

Ummi said...

Salam...wah Lan, u part time bsuh pggan ke, part time singer kat hard rock cafe tu? Ummi tengok kat Maran tu, Lan tarik habis masa pegang mic...hehe...best semacam jek sore!! Cam dh kamcing je dgn mic tu..hehe...(*gurau ya Lan..Anim x part time ke? Ampuun anim..)hehe..

SaYanG kidA said...

ummi,

part time? adeh yang full time keje pun dah malas teramat sangat. kalau boleh nak dok umah relax2 jer...

ummi cayalah ckp kida tu... part time basuh pinggan kah kah kah.. kalau boleh kat umah ni nak mkn guna paper plate jer...