Tuesday, April 24, 2007

eMaiL daRi aBg nU


2-3 hari ni saya betul-betul sibuk dan tak sempat untuk memikirkan pasal nak update blog walaupun bila balik rumah tu sempatlah jugak bukak sekejap selepas mandi dan sebelum masuk tidur. Abang Nu, suami Ummi ada mengirimkan satu artikel kepada saya semalam dan petang ni ada kelapangan sedikit saya siarkanlah artikel tersebut.

Assalamualaikum Kida,
Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan dari apa yang dilakukan - rasanya masih tak terlambat saya mengucapkan selamat hari jadi pada kida.

Saya ingin mengiklankan beberapa events yang akan berlangsung di negeri Pahang terutamanya di Tioman yang mungkin diminati oleh rakan-rakan Budiman atau rakan-rakan diluar Budiman.

Event yang akan berlangsung tak lama lagi ialah Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg. Pahang dari Lipis ke Pekan - 29 April hingga 6 Mei 2007. Saya minta maaf kerana dah terlewat memaklumkan perkara ini. Mungkin ada rakan-rakan yg berminat untuk menyertainya. Walau bagaimana pun, acara ini adalah acara tahunan Negeri Pahang sempena Bulan Pesta Air Nasional. Mungkin tahun hadapan Budiman boleh menubuhkan satu pasukan untuk menyertai ekspedisi ini. Untuk tahun ini saya terlibat secara langsung sebagai Urusetia Makan.

Lain-lain aktiviti ialah rock climbing competition bagi yang berminat dengan suka rock climbing. Yang berminat dengan selam skuba, boleh menyertai Tioman Mega Dive. Manakala yang berminat dengan sukan memancing, boleh menyertai Royal Pahang Billfish International Challenge - memancing ikan layaran. Disertakan brosur Tioman Events 2007 dan Tioman Mega Dive.

Untuk makluman Kida, saya selalu juga skodeng blog budakitmpahang. Bukannya apa, cuma nak tahu apa yg dipaparkan, apa yang diceritakan, apa yang diborakkan. Saya ni tak pandai nak berborak panjang. Dengar aje apa yang orang cakap. Itulah saya.....

Sekian dari saya Abang Nu.
Wassalam.

3 comments:

Mizi said...

Abg Nu,
boleh tak tlg tunjukkan arah dari Taman Gelora nak ke Medan Ikan Bakar di Tanjung Lumpuh. Ramai ckp ikan bakar kat sana sedap, betul ke? Saya tiap kali ke Kuantan akan singgah makan rojak ayam di Taman Gelora, next nak try ikan bakar pulak.

Unknown said...

Assalamualaikum En.Mizi,
Bukan Tanjung Lumpuh, Tanjung Lumpur.
Kalau nak ke sana dari Tmn Gelora, keluar menghala ke bandar, kat traffic light simpang 4 : ke kanan ke Beserah, ke depan ke bandar & terus ke Temerloh, ke belakang teruslah ke Teluk Cempedak dan ke kiri ada jambatan sungai Kuantan. Naik jambatan tu, teruslah kedepan. tak lama jumpalah gerai-gerai yang menjual makanan ikan bakar. Kebanyakkannya disebelah kanan jalan.
Kalau sesat jugak cuba-cubalah tanya orang kat situ...

Anonymous said...

sorry mizi, bukan ummi yang tulis tu. Saya, Abn nu