Friday, April 27, 2007

daRi LaPtOp LaN kENtei - siAPakAh sEBeNaRnYa KitA iNi

Kali ini saya hidangkan kepada anda semua catatan dari Lan Kentei yang dikirimkan melalui e-mail kepada saya semalam. Terima kasih LK kerana sumbangan kisah bertajuk Siapakah Sebenarnya Kita Ini.


Salam Kida & semua warga BUDIMAN..

Memang telah agak lama saya menyepi diri dari "physically" appearing in the Blog.. Walau bagaimana pun, saya tetap mengikuti perkembangan Blog melalui my wife June, dan juga sekali sekala mengikuti Blog secara terus melalui Nokia Communicator saya sekiranya berkesempatan. Sibuk?? Yaaaa.... Memang agak sibuk.. Tetapi, memang kesemua kita mempunyai tahap kesibukan tersendiri.. Itu lahhhh... Cuba memperbaiki kehidupan keluarga melalui bekerja dengan lebih kuat dan juga mencuba sedaya upaya memenuhi expectation from the employer, secara langsung memenuhi tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Melalui tempoh "merger" di antara SBB & BCB, menjadi CIMB Auto Finance ini, bukannya mudah.. Ianya adalah suatu “TRYING PERIOD” yg jika kita rapuh, sudah semestinya kita pecah atau patah dgn sendirinya.. Tidak semudah Maybank, acquiring others at one point in time, yang secara keseluruhannya dilaksanakan oleh pihak consultant.

Pembelajaran saya di UIA juga masih berjalan seperti biasa, Alhamdulillah.. Apa pun, itu semua cuma lah santapan harian saya yg memang saya tetap akan lalui.. Suka ataupun tidak.. Walau apa pun tanggapan dan andaian org lain terhadap saya. Difahami penuh isteri, anak2 dan keluarga saya. Asalkan saya tidak merompak untuk hidup dan saya menjaga keluarga dan diri saya, itu lah yang diperjuangkan.

Setiap pagi memandu ke tempat kerja di Jln Puncak, di bawah KL Tower, di Wisma Nusantara exactly lokasinya, saya pasti melalui Jln Raja Chulan, yg terdapatnya sebuah bangunan yg dinamakan "WISMA BUDIMAN" .. Sudah pasti Blog ini dan kawan2 semua sentiasa di hati saya setiap pagi, setiap hari without fail.

Yang ingin saya kongsikan this time ialah, setiap pagi Sabtu, so far, saya dan isteri saya June akan ke pasar besar seksyen 6 Shah Alam untuk membeli brg2 keperluan dapur utk bekalan selama seminggu. Ada kalanya kami terserempak dgn Jepun & Shima, atas tujuan yg sama.. Pada sebelah ptgnya, saya akan menghadiri kelas saya seperti biasa, meninggalkan seketika isteri dan anak2 dan bersama semula di sebelah malamnya.

Pada Sabtu minggu yg lalu, saya dan anak kecil lelaki saya yg berumur 6 tahun menunggu isteri saya June, membeli brg2 yg perlu, sambil minum di sebuah gerai yg terdapat di pasar tersebut. Setelah saya amat amati, selang beberapa buah meja dari meja yg saya duduki, terdapat seorg lelaki tua yg duduk minum & mengelamun keseorangan dgn sebuah wajah tua yg begitu kusam, sedih & begitu bermasalah. Kami tiba2 bertentang mata.. Saya cuma melemparkan sebuah senyuman untuk seorang lelaki yg saya lihat sebagai seorg ayah & dia cuma memandang saya secara tawar & hambar, wajah yg mempunyai seribu satu pertanyaan.. Saya tidak tahu mengapa,secara automatik saya bangun dan mengajak anak saya untuk duduk bersama dgn lelaki tersebut.. "Jom adik,kita breakfast dgn Atuk yg duduk kat sana tuu...", saya secara spontan berkata.. Setelah saya memberi salam dan disambut dgn baik, saya meminta izin untuk duduk bersama dan bersembang dgn lelaki tersebut.

Memulakan cerita, saya bertanya, "pakcik seorg saja ke datang ke mari?..". Beliau menjawab, "pakcik dtg dgn makcik, tengah membeli brg2 di dalam sana (sambil "menjuihkan" mulutnya ke hadapan, ke bahagian barang2 basah di pasar tersebut). "Oooo.... berdua saja lah yer??".. saya menyambung.. "Ha'ahh nak, berdua sajaaaa.." katanya.. “Pakcik tinggal di seksyen berapa?” tanya saya.. “Pakcik dtg dr Puchong..” katanya.. Saya berkata lagi, "maafkan saya pakcik, kalau saya mungkin akan bertanya soalan2 yg pakcik tidak suka untuk menjawab, atau pakcik mungkin akan berkata yg saya ini "busy body"..".. sambung saya lagi.. Dia dgn tenangnya menjawab, "memang pakcik dah lama memerhatikan anak dan cucu nie (sambil beliau memeluk anak kecil saya dgn mesra) dari sini, betapa rapat dan ikhlasnya hubungan anak dan cucu ini, Allah SWT saja yg tahu & pakcik cuma "berkongsi" dari sini.." tambahnya lagi.. Berharap yang saya memang akan datang dan berbual dengan beliau. Saya agak terkejut dgn kenyataannya itu.. Kata saya kepadanya,,"memang begini lah hubungan saya dan dua lagi anak saya yg masih tidur di rumah.." sambil saya memeluk anak kecil saya itu yg saya panggil "adik".. Tiba2 pakcik tersebut menitiskan airmata.. Allahuakbarrrrr... Allah SWT saja yg tahu betapa sedihnya perasaan saya ketika itu.. Seorg tua yg saya lihat sbg ayah, menitiskan airmata di hadapan saya.. Seorg tua yg belum saya kenali hati budinya.. Terpikir juga secara nakal sepintas lalu, apakah ini suatu "lakunan" utk menipu saya, mendapatkan simpati saya untuk tujuan2 tertentu, maklumlah pada masa sekrg ini, apa2 pun boleh berlaku demi kerana wang, atau apakah saya telah dgn tidak sengaja melukakan hati beliau.. Saya meminta maaf dari beliau dan bertanya lagi setelah beliau mengesat airmata beliau & cuba meng"cover" situasi tersebut.. “Kenapa pakcik menangis?” Tanya saya lagi.. Dia Cuma menjawab,”pakcik rindukan anak2 dan cucu2 pakcik..”. Lalu dia memulakan sebuah cerita yang di luar jangkaan saya. Di zaman yang serba maju dan canggih ini, seperti sebuah cerekarama yang biasa kita tonton di televisyen.

Menurutnya, beliau mempunyai 5 org anak kesemuanya. Sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri. Beliau baru sahaja pencen dari jawatan seorg pembantu teknik di Tenaga Nasional. Sedangkan isteri beliau masih bekerja, tidak pula diberitahunya di mana, dan akan juga pencen di tahun hadapan. Empat org anak2 beliau tidaklah begitu berjaya akan tetapi cukup sekadar menampung hidup keluarga masing2 secara sendiri. Pulang ke rumah org tua cuma sekali sekala. Cuma anak yang sulong, seorg lelaki, agak berjaya dgn lebih sedikit, menjadi seorg guru dan berkahwin dgn juga seorg guru, mempunyai 3 org anak sekrg ini. Pernah bertugas kedua2nya, mengajar di Jengka Pahang dan sekarang kedua2nya bertugas di Banting Selangor. Anak yang sulong ini sedari awalnya begitu taat dan menghormati org tua, menghulurkan apa2 yang patut semasa bujangnya, akan tetapi telah berubah dgn begitu ketara setelah berkahwin. Mungkin atas desakan hidup agaknya kata pakcik tersebut. Desakan hidup yang direkacipta oleh isteri beliau sendiri, secara tepat bersuara pakcik tua itu lagi.. Allah Maha Besar. Kekesalan yang diluahkan & dilemparkan oleh seorg ayah terhadap anak & menantunya. Saya masih mendengar dan sesekali mencelah,”bukan niat mereka untuk bersikap begitu agaknya pakcik..” cuba tidak mengeruhkan lagi keadaan dan cuba menghilangkan perasaan sebak pakcik tersebut. Akan tetapi dijawab, “pakcik cukup mengenali siapa anak pakcik itu, begitu juga dengan menantu pakcik tuuu…”. Pulang ke rumah pakcik cuma atas sebab untuk meminjam wang sahaja. Jika tidak, kelibatnya tidak akan kelihatan. Untuk berkunjung ke rumah mereka di Banting menjenguk cucu2nya, tidak pula dibenarkan. Saya cuma diam,tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan.

Secara ringkasnya, menurut pakcik itu, anak sulong dan isterinya itu begitu taksub dengan kebendaan yang pada setiap masa dikelilingi hutang semata2 untuk bergaya dan menandingi cikgu2 lain mahupun jiran tetangga di sekeliling mereka.Menukar kereta, mengecat rumah dan menukar perabut serta langsir walaupun belum tiba Hariraya, meminjam duit dgn adik beradik yang lain dan juga dari ibu dan bapa sendiri tanpa membayarnya. Juga mengugut ibu dan bapa sendiri tidak akan pulang menemui kedua ibu dan bapa sekiranya tidak diberi pinjaman wang dan lain2 keperluan. Begitu juga mengugut ibu dan bapa sendiri, tidak akan dapat berjumpa dgn cucu2nya lagi sekiranya tidak mahu “mambantu” pasangan cikgu tersebut, yang merupakan anak dan menantu sendiri. “Makcik tu secara diam2 dan menyorok2, masih lagi memberikan wang kepada mereka, pakcik tahu..” dia bersuara lagi.. Beliau sudah sampai ke tahap apa yang akan terjadi, akan diterimanya dengan redha. Tidak akan lagi memberi pinjam wang kepada anak sulongnya itu, bukan kerana tidak mempunyai wang, tatapi kerana sudah tidak tertahan dengan sikapnya itu.Cukup lah dgn anak2 yang lain dan cucu2 yang lain sekali sekala dtg menjenguk mereka. Kebanyakan dari masa mereka, cuma berdua di sebuah flat di Puchong. Semasa berjumpa dengan saya, beliau berkata, anak sulongnya sudah setahun tidak menjenguk atau menalipon ibu dan bapa sendiri, marah kononnya dengan bapa mereka yang tidak mahu membantu anak, menantu dan cucu2 sendiri.

Seketika selepas kata2nya itu, muncul seorg makcik dari belakang saya, menegur pakcik tua tersebut. Saya bertanya, “makcik ni tentunya isteri pakcik kan?”. Beliau menjawab, “ya.. kenapa nak?” lalu beliau memandang kepada anak saya dengan airmukanya sedikit berubah. “Pakcik ni dah menyusahkan anak ke?”, tanyan makcik itu kepada saya. “Ohhh… tidak.. tidak… saya cuma berbual dan menemankan pakcik minum”, kata saya. Menurut makcik tersebut, suaminya bukan lah seorang yang peramah dan suka bercakap dengan orang sangat. Akan tetapi, makcik itu dapat memerhatikan dari jauh sambil membeli brg2 dapur yang suaminya bercakap dan berbual begitu baik dengan saya dan sesekali memeluk anak saya. Itu agak menghairankan beliau. Tetapi, sebagai seorang isteri, beliau amat memahami mengapa suaminya bersikap demikian. Sebelum sempat isteri saya June datang menghampiri kami, pakcik dan makcik tersebut meminta izin untuk pulang. Saya telah menawarkan diri untuk membayar sarapan pagi yang tidak seberapa itu, lalu ditenung oleh kedua2 pakcik dan makcik tadi sambil keduanya berkata serentak, seperti berjanji, “anak2 kami pun tidak sebaik anak ini, sanggup meluangkan masa walaupun seketika untuk bersama org2 tua seperti kami, walaupun ini adalah lah kali pertama kita berjumpa.. Semuga Allah SWT sentiasa merahmati anak dan keluarga anak selama2nya”. Saya tergamam dan setelah membayar, pakcik tua itu memeluk dan mencium anak saya semahu2nya, begitu juga dengan makcik tersebut. Saya cuma membayangkan, betapa rindunya mereka terhadap anak2 dan cucu2 mereka. Lalu pakcik itu memeluk saya sambil mengucapkan terimakasih kerana sesungguhnya memang saya dan anak saya telah melepaskan sedikit rindu beliau terhadap anak2 dan cucu2nya yang entah bila akan menjenguk mereka lagi, sekiranya umur mereka panjang. Saya cuba mengambil alamat dan menawarkan mereka ke rumah saya, tetapi ditolak dgn baik oleh mereka dgn alasan tidak mahu menyusahkan saya dan keluarga saya.

Begitu lah wahai sahabat semua.. “siapakah sebenarnya kita ini…?”. Adakah kita anak2 yang berjaya sebenarnya? Berjaya dalam erti kata apa? Yang menjenguk dan bertanya khabar org2 tua kita dari semasa ke semasa? Memberi peluang kedua2 mereka yang masih bersama2 kita pada masa sekarang untuk bersama kita dan cucu2 mereka pada masa dan keadaan2 yang mengizinkan? Atau adakah kita tetap menyusahkan mereka sebermulanya kita dilahirkan sehingga sekarang? Renung2kan lahhhhh…. Jika seekor nyamuk pun terbang dan cuba mangganggu kita semasa kita kecil, akan dikejar dan cuba dimatikan oleh kedua mereka, apakah pula tugas kita sebagai anak2 dan menantu2 kepada kedua2 org tua kita??

“SIAPAKAH SEBENARNYA KITA INI….???”

Lan Kentei, June & anak2..

3 comments:

walid said...

salam.
tersentuh gak dggr laptop kentei nie. mmg camtu la....
alhamdullillah semuga semua ahli keluarga BUDIMAN adalah keluarga yg penyayang dan prihatin. Amin.

p/s
Kentei...jgn marah aaaa...org tua aku da xder..camner?...tp adik abg kakak ada lagi...n kerap gak la aku talipon bertanya kabar w/pun x bersua muka.

Kudeng said...

Assalamualaikum

Pada satu masa, sedang Rasulullah SAW sedang menaiki anak2 tangga mimbar di masjid baginda, baginda berhenti seketika di setiap 3 anak2 tangga tersebut, sambil mengucapkan "AMIN" sebanyak 3 kali.

Setelah selesai Baginda SAW berkhutbah, para sahabiah r.anhuma pun bertanya kepada Baginda SAW akan perbuatan Baginda SAW seolah2 Baginda SAW memohon kepada Allah SWT untuk memperkenankan doa.

Baginda SAW pun menjawab (lebih kurang):-

"Semasa saya memijak anak tangga pertama, Jibril a.s. telah datang kepada saya sambil berdoa "Amat rugilah sesiapa yang apabila mendengar nama engkau (Muhammad SAW) disebut, tetapi dia tidak berselawat ke atas mu". Saya pun mengAMINkannya".

"Apabila saya memijak anak tangga kedua, Jibril a.s. telah berdoa lagi "Amat rugilah sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga". Saya pun mengAMINkannya juga".

"Apabila saya memijak anak tangga ketiga, Jibril a.s. telah berdoa lagi "Amat rugilah sesiapa yang semasa hayatnya, gagal berbakti kepada ibubapa mereka meskipun mereka mempunyai masa untuk berbuat demikian". Lantas saya pun mengAMINkannya.

Di satu ketika yang lain, Nabi SAW bersabda (lebih kurang) mafhumnya :-

"Taat kepada kedua ibubapa adalah jalan ke syurga"

Wallah hu ta'ala a'lam.

Bilal said...

Salam Lan..
Anda memeriahkan lagi Blog ini dengan coretan yang amat saya kagumi.. cukup tersentuh dan banyak iktibar yang boleh kita ambil.. Bila kelapangan bukan sahaja pada lan.. malah pada sahabat yang lain pasti ada banyak cerita kehidupan yang kita lalui dan boleh dikongsikan bagi memeiahkan blog ini. Ayuh kawan-kawan.. sumbangkan pula coretan anda.. pendek dan bersambung pun tak apa.