Friday, April 27, 2007

pEsTa bUkU aNtaRaBanGsa KuaLa LumPur (27 April - 6 Mei 2007)

Datanglah beramai-ramai ke pesta buku yang berlansung di PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2007. Kunjungilah Booth 3193, tingkat 3 PWTC dari 10 pagi - 8 malam. Noor Suraya, Ruby Hazri dan Rynsa menanti anda di sana.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan Pracetak Jun 2007 - Tiga Ceritera dalam Sebuah Gurindam Jiwa

Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ceritera II: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya. "Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.

Anda boleh mendapat harga istimewa hanya di Pesta Buku sahaja!!!
- Pembelian melalui pos hanya bermula 7 Mei 2007.
- Akan berada di pasaran 1 Jun 2007.

Penampilan khas Nina Suria, penulis dari Brunei pada 6hb Mei 2007 bersama buku resepi 'Bagas Tangan Bu Apsah' untuk sesiapa yang suka masak macam Chef Jun, boleh lah mendapatkan buku ini dengan pelbagai resepi masakan Brunei yang telah di susun semula dalam Bahasa Malaysia.

2 comments:

ummi said...

Salam sk...
Wah patut le sk pandai menulis madah/puisi/gurindam untuk kida...rupanya suka bergurindam.. hehe..Gurindam Jiwa Nordin Ahmad dlm filem tu ummi tau le..yang lain zeroo...
Nanti boleh minta sk tulis gurindam istimewa untuk ummi ek..

jun said...

wah..ummi pun tau gurindam gak? jun?..hehehe...out langsung...!