Monday, April 16, 2007

daRi LaPtOp biLaL - ceRitA aPaMZ


Bilal ada mengirimkan sedikit berita untuk tatapan kawan-kawan semua di sini berkaitan Apamz. Harap kawan-kawan yang lain dapat turut menyumbang berita-berita sebegini untuk disiarkan disini. Seperti Bilal, anda semua boleh mengirimkan berita tersebut dalam bentuk MMS dan sms yang lebih mudah menggunakan telefon bimbit anda yang canggih itu. Di bawah ini MMS dan sms yang telah dikirimkan oleh Bilal.

Petang tadi saya sempat singgah di gerai Ice Blended Apamz di Pasar Malam Sg Isap, Kuantan. Beliau kelihatan ceria. Sempat mengikuti perkembangan biasiswa anak Apamz. Menurut Apamz masih dalam proses. Apamz juga sedang mencari jalan untuk memperkembangkan bisnes ice blendednya. Insyaallah. Aku sempat ambik photo beliau tengah bisnes.

Terima kasih banyak-banyak Bilal atas sumbangan berita anda ini. Harap kawan-kawan yang lain akan turut menyumbang berita-berita seumpama ini.

3 comments:

ummi said...

Salam...
Terharu tengok gambar Apamz sedang berniaga kan...walaupun ceria di muka, tapi di hati Allah sahaja yang tahu...Semoga Apamz tetap tabah.

Mengenai permohonan anak Apamz sebenarnya pihak Yayasan Pahang telah 3 minggu menghantar Borang untuk diisi oleh Apamz...Apa yang ummi difahamkan, mengikut prosidur YP, bila borang ini dihantar kepada ibubapa untuk diisi, secara dasarnya, anak mereka telah terpilih menerima bantuan. Mengikut percakapan telefon dengan Apamz seminggu sudah, apa yang dihadapi sekarang, Apamz belum dapat memulangkan borang tersebut kepada pihak YP kerana borang tersebut harus mendapat tandatangan pengesahan YB Kawasan Beserah terlebih dahulu yang sekarang ini berada di Mekah menunaikan umrah (2 minggu). Jadi, kelewatan mengembalikan borang menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan segera... Pihak YP hanya menunggu borang tersebut yang harus diisi antaranya no. akaun anak. Apamz cakap, selepas borang dilengkapkan dia nak minta Ummi tolong pass to YP.

K, kita doakan yang terbaik untuk Apamz sekeluarga.

walid said...

salam.
tul tu umi. i kind a feel sorry coz unable to upload his photo that i took last time. i'll do my best to proceed it.
ANyway mmg his a "BERJIWA TABAH" guy.
Semuga mendapat keberkatan keats kehidupan beliau

LaN KidA said...

Gua sms Apamz kejap tadi beritau gambar dia ada kat blog hari ni, dia kata dia lama tak masuk blog, maybe hari ni dia akan singgah kejap.