Thursday, April 19, 2007

SeLaMaT HaRi LaHiR kidA... - siRi 2


Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menyampaikan ucapan kepada saya baik melalui sms, e-mail, telefon dan ucapan di ruangan komen. Semoga Allah swt memberikan anda semua tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki, bertaqwa dan bahagia sentiasa di samping keluarga juga. Sessi teh tarik di Uptown Damansara saya difahamkan telah di tunda ke suatu tarikh yang akan di tentukan kemudian oleh penganjurnya Walid Ridzuan, walaupun petang semalam saya ada sms beliau untuk teruskan acara tersebut dan mungkin saya akan join lewat sikit. Walaubagaimanapun di harap sessi teh tarik tersebut akan dapat diadakan dalam masa yang terdekat ini. Meraikan harijadi saya yang ke 42 semalam, saya telah membawa keluarga saya untuk makan malam di tempat yang biasa iaitu pilihan anak perempuan saya Sarah di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Menu macam biasa Black Pepper Steak, Fish n Chips dan makanan kegemaran saya Fajitas. Tapi saja saya tak beritahu member-member HRC birthday saya, kalau tidak dah kena berdiri atas kerusi sambil pegang kek dan nyanyi birthday song.

Anyway bila umur makin meningkat ni, terbayang makin banyak cabaran, dugaan dan tanggungjawab yang makin banyak menanti. Kalau di bahagikan umur kita setiap 10 tahun maka tentunya kita akan mengimbau kembali pada setiap 10 tahun umur kita itu apakah kemajuan dan pencapaian yang telah kita lalui. Adakah diri kita semakin maju ke depan atau semakin mundur ke belakang. Semasa di lahirkan sehingga berumur 10 tahun kita menempuh alam kanak-kanak dengan sepenuh pergantungan kepada ibubapa kita. Tahap umur 10-20 tahun pula, diri kita meningkat remaja dan sifat-sifat berdikari dan tanggungjawab diri mula tersemai sebagai seorang pelajar dan remaja. Tahap umur 20-30 adalah titik permulaan kepada meningkat dewasa dengan permulaan karier dan perubahan cara hidup yang lebih sempurna. Tahap 30-40 pula adalah permulaan kepada pemikiran yang lebih matang dengan kehidupan berkeluarga dan memberi bimbingan kepada anak-anak. Kini di tahap 40-50 tahun umur kita adalah tahap yang paling kritikal sekali dengan fikiran sebagai seorang yang lebih matang untuk mencanaikan bermacam-macam peristiwa yang bakal di tempuh serta pembentukan haluan kehidupan.

Kadang-kadang kalau kita fikirkan balik 10 tahun yang lampau rasanya tidak terfikir oleh kita bahawa kehidupan kita itu akan menjadi sebegini. Seperti saya, 10 tahun yang lampau saya masih seorang Pegawai di Badan Pencegah Rasuah dengan impian hanya untuk menjadi seorang pegawai kerajaan yang akan pencen pada umur 56 tahun nanti dan hidup dengan menikmati duit pencen. Namun segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata dan pada usia 35 tahun saya telah mengubah kehidupan saya dan membentuk suatu cara kehidupan baru sebagai seorang yang bekerja sendiri pula. Itulah kehendak Allah swt dan semuanya itu sudah tertulis dalam Qada dan Qadar diri seseorang itu. Kini di umur 42 tahun saya juga tidak tahu bagaimanakah kehidupan saya semasa berumur 52 tahun nanti, jika dizinkan Allah swt untuk sampai ke umur tersebut. Sesungguhnya manusia hanya boleh merancang tetapi Allah swt jua lah yang akan menentukan segala-galanya.

Pada saya yang paling penting, di pertambahan umur pada setiap tahun, kita perlu tanya diri kita, apakah semakin bertambah usia ini, pengetahuan, kehidupan dan pemikiran kita semakin maju, matang dan lebih baik dari sebelumnya atau adakah kita semakin mundur ke belakang. Jika semakin meningkat umur semakin maju kehidupan kita, pada saya diri anda sudah berada pada kedudukan yang baik dan sempurna untuk menjadi manusia yang akan mencapai taraf kehidupan yang baik, bertaqwa dan beriman kepada Allah swt.

5 comments:

walid said...

salam.

xder apa nak cakap sgt...cuma nak kasi tau..lagi 10 tahn jika dizinkan ALLAH s.w.t.pjg umur, murah rezki.kita ngetei lagi....hehee

bilal said...

Kida.. 2 bulan lalu.. aku turut berfikiran sama seperti kau.. 20 tahun dulu diwaktu sebegini kita bergelumang dengan kehidupan kampus.. dan kini dengan IzinNYA kita masih di sini menggenggam erat silaturrahim. Sikit hari.. makin ramai rodong kita akan mengalami pemikiran yang serupa tatkla meniti usia demi usia. Aku turut berdoa agar jika ada keizinanNYA 10 tahun lagipun kita masih dapat bersama dalam BUDIMAN..

PYAN said...

KIDA ...SEMOGA DIPJGKAN UMUR AND DIMURAHKAN REZEKI. TARIKH LAHIR KAU SAMA DGN TARIKH LAHIR ANAK AKU.18 APRIL 2007.BABY GIRL.

kitang said...

Salam Pyan...tahniah atas kehadiran cahayamata sulung...penyeri hidup aboh & mok.
Jadik aboh dah awok yek Pyan!!!
Welcome to the Aboh Club...

Kitang said...

Salam Kida...balik kg. call aku,kita celebrate pekena patin tempoyak ngan sembilang goreng berlada...perghhh!