Tuesday, November 07, 2006

keLORga LaN kENtei beRAyA







Wife Lan Kentei iaitu Jun ada menghantar gambar2 Lan Kentei sekeluarga semasa berhari raya di Kuantan baru2 ini. E-mail Jun, isteri Lan Kentei seperti di bawah ini :

Assalamualaikum..

To Lan Kida....disebabkan suami tercinte Lan Kentei teramatlah bz nyer diwaktu ini, hehe..saya jun, mrs LK terpakse la ambik alih kejap tugas menganto gambo kami sekuarge..
gambo2 ni diambik mase raye yang lepas..di rumah kuarge mertuaku..@ ayahanda n bonda Lan Kentei di Kemunting, Kuantan...

sekian..trima kasih.. salam wat SK ye..

Monday, November 06, 2006

mOhD niZaM @ B0b MG diA


Mohd Nizam Mahyuddin atau Bob MG DIA ada mengirimkan gambarnya bersama geng bowling Semsas. Berikut ialah e-mail yang dikirimkan. nampaknya kita sekali lagi terpaksa meneka yang mana satukah kawan kita tu.


salam..kida..profile aku blum siap lg tp nie ade gambor aku kat sunway pyramid main boling ngan budak 2 xsas...maksudnya semsas ...hhehhe..suruh diorg teka mane aku? hadioohnyea...parking free sehari kat mane2 kawasan kat kuantan tak payoh beli kupon ...kalu kena saman bagi kat aku..

tiMaH OpERatiOn/teH taRiK rOManTik




Pada hari Jumaat lepas, aku, wife aku dan Jepun serta wifenya Shema telah pergi melawat Fatimah DBS isteri kepada Mohideen senior kita. Fatimah baru sahaja menjalani pembedahan kerana kanser pada hari Rabu lepas di Sunway Medical Centre. Fatimah berada dalam keadaan stabil dan beransur-ansur pulih dan sempat melayan kami berempat pada malam itu.Berada di sisi katilnya, suaminya Mohideen dan ketiga2 anaknya. Kami tak dapat merakamkan gambar Fatimah pada hari itu tetapi Mohideen menyatakan rasa terima kasih dengan keperihatinan kawan-kawan yang memberi sokongan moral kepada isterinya baik dengan ucapan sms dan panggilan telefon. Di harap Fatimah akan segera sembuh.

Selepas menziarah Fatimah pada malam itu kami berempat sempat lagi menikmati teh tarik di sebuah Restoran berhadapan Subang Jaya Medical Centre. Banyak perkara disembangkan pada malam itu terutama berkaitan blog ini. Semasa bersembang dengan Jepun serta wifenya Shema, Adenan DBS yang berada di Temerloh telah menelefon aku dan menyatakan dia akan berusaha untuk memberitahu kengkawan yang berada di Temerloh untuk bersama-sama menghadiri Majlis Pregathering di Kuantan nanti. Beliau memberitahu bahawa Razali @ Totet DBS kini berada di Temerloh menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Begitu juga dengan Mohd Othman @ Mat Brengsek DBS juga berada di Temerloh. Adenan akan cuba menghubungi mereka berdua supaya dapat dikumpulkan semua bekas pelajar ITM Pahang batch kita yang berada di Temerloh.

Sessi teh tarik romantik suami isteri itu telah berakhir pada jam 2-00 pagi.

Sunday, November 05, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 3 (edisi belum edit)

Aku perlahan-lahan membuka sampul merah jambu tersebut. Wangi. Terdapat sekeping surat didalamnya yang dilipatkan dengan cantik sekali. Kubuka kertas tersebut :

Saudara Mazlan,

Diharap saudara dalam keadaan sihat dan baik adanya. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa…..

Aku membaca surat tersebut perlahan-lahan. Nasib baik lah kawan-kawan bilik aku tak sampai lagi. Aman lah sikit aku baca surat ni, kalau tidak mesti ramai yang kacau dan nak sama tengok surat ni. Sampai ke perenggan akhir ,

Oleh itu terserahlah kepada saudara samada untuk meneruskan persahabatan ini mengikut kemahuan saudara…terserahlah samada…

Yang Benar,

Aku termenung sebentar menatap surat ni. Macam mana ni? Apa aku nak buat ni? Siapa yang letakkan surat ni atas katil aku ni..Berbagai2 persoalan bermain di benak fikiranku. Aku jadi buntu seketika.

Aku baru masuk kat ITM Pahang ni. Belum sampai sebulan lagi aku mendaftarkan diri di kampus Taman Gelora dan duduk di Hostel Remaja ni. Apahal plak aku boleh dapat surat macam ni. Nasib baik kawan2 aku tak tau lagi. Ye ke mereka tak tau ye?

Bahaya2! Surat ni mesti aku sembunyikan dari dia orang. Mampus aku kena kutuk dengan Sarip, Sidi, Pian, Joe, Puis dan Chegeng kalau dia orang tahu hal ni. Habis tu kat siapa aku nak bercerita dan mintak nasihat pasal benda ni..Dan yang pentingnya macam mana dia boleh hantar surat kat aku…

Aku simpan balik surat tersebut ke dalam sampul merah jambu tadi. Aku duduk sebentar diatas katil sambil memegang surat tersebut. Aku bangun untuk menyimpan surat tersebut di dalam laci meja study.

Tanpa kusedari daun pintu bilikku diselak dan muncullah kawan2 ku yang baru balik dari Dewan Makan…..

Saturday, November 04, 2006

iNi LaH DiA PaBLo



Ini lah dia Pablo yang selalu berchating dengan kita dalam Chatbox tu. Pablo juga ada mengirimkan sedikit write-up untuk tatapan kengkawan semua :

Hi guys...ingat koi lagi?? TQ...ingat lagi yek....t/kasih kat Kida...dpt ler koi contact rodong2 yg dah lama koi tak jumpa...Rozain, Ridhwan Indra Philips, Hakim, Norazlan, Zack,Khairudin, Muslim......ramai lagiiiiiii. Mula tu skodeng jer...maklum ler grad awal(sape ler kita). Mana yg tak ingat tu ni lah dia....

AHMAD SHAKRI HAMZAH aka PABLO, course DIA.... Seronok dgr rodong2 sume berjaya...dasat!! Syukur alhamdulillah. Koi lepas grad awal...terus ikat kontrak dgn MAKTAB PERGURUAN PERSEKUTUAN PENANG (masin mulut Dwan n Mat). Jadi ler koi cikgu.Dah 15 thn ngajar dari pedalaman terus ke tempat lahir koi MENTAKAB. Ambik Sains dan Matematik...(bukan Accounting..serik dah) di maktab. Sambung belajar ambik degree dlm Sains (Biology) di UKM. Itu pun 'kena paksa' belajar sbb semua guru 2008 ni mesti ada degree. Seronok gak jadi cikgu....dah rezeki koi. Temu jodoh pun dgn cikgu gak. Anak dah ada 2....nak gak nambah lagi tapi tak jaring gol w/pun main dah cantek!!

Anak pertama....AJMAL SAMEER 9 thn dan yg kedua AISYAH SYUHAIDA 6 thn. Tinggal di Taman Mahkota Mentakab...! Masa di Kuantan koi baik dgn..ROZAIN,MUSLIM (roomate kat Sekilau), HAMZAH SOMPRAK,HELMI, RAHMAN DSS, YAZID, ZAMBRAN (sampai la ni jadi best fren), KADIR DCS. Org umah tak ndok bergambar...pemalu!

gAmBOr NoRMaH - CuBa tEKa



Normah DBS ada mengirimkan gambarnya bersama dengan kaki tangan Jabatan Bekalan Air, Kuantan. Normah suroh anda semua meneka yang mana satu kah dia. Normah akan menyertai kita pada pregathering nanti bersama suaminya.

Friday, November 03, 2006

GamBOr KeLUarGa WaLiD








Syed Hamid DIA @ Walid pun ada menghantar gambar2 keluarga nya tapi gambar isterinya takde pulak sebaliknya dihantarnya gambar dia dengan mak sedaranya sahaja. Jadi Walid masih berhutang hantar gambar keluarganya yang betul2 ye.. Walid jugak ada e-mailkan profilenya :

Kepada kengkawan yang mengenali…tak terlambat utk mengucapkan Salam Eid Mubarak /Aidil Fitri kepada semua yang mengenali..Maaf Zahir & Batin.Kedua, mengucapkan tahniah atas usaha Kida n Syg Kida n Famili in making this blog sebagai platform unutk kita bertemu kembali …

Nama : Syed Abdul Hamid bin Syed Abdullah
Nama ITM : 1. Rmade 2. Prince Andrew 3. Meck 4. Shadow
( Aku sendri pun pening dgn nick name nie….tapi yg pasti nyer mid (bunyi slang English MECK) tp rupanyer bunyi org Ganu panggil nama camtu…ahaks
Kursus : DIA
Nama Isteri : YM Raja Razilina Raja Zainal Hassan
Nama anaks dalam tahun 2006 :
1. Syed Azman – 12 tahun ( bukan Man Truq)
2. Sharifah Nur Sabrina – 10 tahun
3. Syed Ameer – 7 tahun
4. Syed Adam – 3 tahun
Resident : Current : A-109 Blok A, Sri Wira Apartment
Ukay Perdana, Ampang , Selangor
Future : B 14, Jalan Mawar 3
Saujana Utama 3, Sg.Buloh, Selangor
Pekerjaan : Finance & Admin Division
Sphairon (Malaysia) Sdn Bhd
Shah Alam
DL : 03-51235166
H/P : 017-6709849

Tu lah serba sikit sal famili koi. Semuga ingatan dan silaturahim trus berkekalan.