Thursday, May 05, 2011

riLekS

Restoran Puti Bongsu Batam Nasi Padang
BBQ di Temerloh

Cuti panjang pada hujung minggu lepas sempena Hari Buruh berpeluang kepada kita untuk berehat bersama-sama keluarga. Saya sekeluarga juga tidak ketinggalan mengambil peluang tersebut untuk pulang ke Temerloh ke rumah ayah saya di Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh pada hari Sabtu baru-baru ini. Saya telah menganjurkan BBQ bersama-sama semua adik-beradik saya yang juga telah pulang ke Temerloh.

Sebelum itu pada tengahari hari Sabtu tersebut, Mahanim, isteri saya telah menghadiri ReunioN Sekolah King George Seremban di Dewan FELDA Jalan Semarak. Sudah 2 kali KGV Seremban mengadakan ReunioN dalam masa terdekat ini. Sebelum ini di adakan di sekolah KGV sendiri di Seremban.

BBQ di Temerloh macam biasa kami bakar Ikan, Ayam, Udang, Keledek dan macam-macam lagi. Seronok sebab semuanya dapat berkumpul dan kami adik beradik bersembang sehingga jam 3 pagi bersama-sama ayah, makcik dan anak-anak saudara saya.

Hari Isnin pula kami pulang ke Kuala Lumpur dan sebagai meraikan harijadi emak Anim pada 30hb April yang lalu, kami sekeluarga bersama adik-beradik Anim mengadakan Jamuan Makan Tengahari di Restoran Puti Bongsu Batam (Nasi Padang) di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur bersama emak dan ayah Anim. Meriah jugak kami makan kat situ dengan lauk-pauk Nasi Padang yang sedap-sedap.

Alhamdulillah saya sekeluarga menikmati a very good weekend bersama-sama adik beradik saya, ayah dan makcik saya serta adik-beradik Anim bersama ayah dan emak mertua saya. Insyaallah coming weekend ni ada satu trip keluarga dari Sabtu sehingga Rabu menyeberangi Tambak Johor dan hopefully it will be a very nice outing for the family.

No comments: