Wednesday, May 18, 2011

beRita

1. Ceramah untuk Freshie UitM Pahang yang sepatutnya berlangsung pada 25hb Mei 2011 untuk slot Alumni UitM Pahang ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diberitahu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kelak. Saya ada menganjurkan golf pada 25hb sempena dengan ceramah tersebut dan nampaknya terpaksalah ditangguhkan juga.

2. Saya ada mencadangkan di dalam Event di FaceBook untuk mengadakan PotLuck Perkelahan/BBQ budiMaN di Port Dickson pada 29hb Mei 2011 bertempat di Pantai Telok Kemang bermula jam 10-00 pagi. Ini sebenarnya nak menyampaikan hajat Cadangan BBQ yang tertangguh dahulu seperti yang dicadangkan oleh Mat Dwan tempohari. Walaubagaimanapun Event ini terpulang kepada sambutan kengkawan semua. Saya ingat Event ini kita boleh membawa makanan sedikit seorang untuk BBQ sambil anak-anak kita mandi laut dan kita boleh beramahmesra antara kita semua. Setakat ini cuma 2 orang yang menyatakan keinginan untuk hadir iaitu Dzul Oink diB dan Mat Dwan sendiri. Jadi semuanya masih belum pasti lagi dan mungkin kalau ada 7-8 keluarga insyaallah akan kita teruskan.

3 comments:

Ummi said...

Assalamualaikum Kida, sonok dgr nak buat potluck tuh...teringin nak join, tp xleh laa...jadual penuh time tuh...kenduri kendara pak sedara di Sg. Nerek dan kursus setiap Ahad....sampaikan salam buat kawan2 Budiman yea..

LaN kidA said...

Waalaikumussalam Ummi...Lama tak jumpa Ummi dgn Abg Nu...insyaallah lain masa kita ketemu. PotLuck ni pun belum tentu lagi bergantung kepada penyertaan. Takat ni hanya ada beberapa org sahaja..tgk camne sehingga Rabu ni samada nak diteruskan atau tidak.

Bilal said...

As Salam
Kida, Ceramah untuk freshie mohon beri tarikh baru segera agar dapat di blok awal awal dlm diary.. Kwn punya scdl selalunya 2 months ahead dah mula penuh. Bilal