Tuesday, March 22, 2011

aRwah ASRi




Amir ada mengirim gambar-gambar beliau bersama Arwah Mohd Asri Ismail semalam. Gambar-gambar tersebut diambil sewaktu Amir pulang ke Malaysia pada bulan Disember tahun lepas yang mana beliau sempat bertemu Arwah di Hospital Melaka. Menurut Amir itulah pertemuan pertama semenjak keluar dari UitM dan rupa-rupanya menjadi pertemuan terakhir dengan Arwah. Al Fatihah dan semoga roh Arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

3 comments:

LaN KidA said...

Salam.

Rupa-rupanya dah 3 orang diB batch Jan 86 meninggalkan kita semua. Arwah Tarmizi, Arwah Azhar dan kini Arwah Asri.

Al fatihah...semoga roh-roh budiMaN ini di cucuri rahmat, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih Amir kerana update dan harap mana rakan budiMaN boleh berkongsi maklumat di masa-masa akan datang untuk kita arkibkan di sini supaya menjadi sejarah untuk rujukan kita semua dan anak-anak cucu kita nanti, insyaallah.

Ummi said...

Salam...

Tu la bila tgk gambar tadi, baca baris-baris nama kat bawah tu..dah 3 orang pergi eh...baru la teringat muka2 ni pernah la nampak dulu, baru lah kenal...tp x perasan la Kida pakai spek eh masa tuh..hehehheh

Al Fatihah buat arwah sahabat2 Budiman yang telah dulu dijemput Illahi, semoga arwah-arwah tenang dan dicucuri rahmatNya jua...amiinn...

myh said...

Takziah untuk Atok dan keluarganya. Ingatan untuk kita supaya ingat akan mati. Tunaikanlah ibadah yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.

Jagalah kesihatan diri kita, kajian di tempat kerja saya mendapati 70% pekerja berumur 40 tahun mengalami penyakit gaya hidup, iaitu obesiti yang menyebabkan hypertension, diabetis dan sakit jantung. Oleh itu pastikan berat badan unggul, pinggang tak melebihi 90cm (perempuan 80cm), tidak merokok dan tidak minum arak, menjaga pemakanan dan kerap bersenam.

Jagalah solat kita, ibadah yang lain serta kelakuan kita supaya tidak mendapat malu besar bila berhadapan dengan Allah.

Mohd Yusof Hussain
DIA86