Wednesday, March 16, 2011

ziARah

Bila saya bangun pagi semalam, terus saya teringat untuk ziarah nenek saya sebelah arwah emak saya di Sg Buloh. Nenek saya memang dalam keadaan uzur dan kini tinggal bersama emak saudara saya di Sg Buloh. Nenek saya bernama Habsah binti Hitam dan kini berusia lebih dari 90 tahun. Sebelah keluarga saya itulah satu-satunya nenek saya yang masih ada.

Masa kecil-kecil dahulu saya selalu tidur di rumah nenek saya ini. Musim cuti sekolah memang wajib saya tidor di rumahnya di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh. Kiranya saya seoranglah cucu beliau yang rajin nak tidor kat rumah dia walaupun masatu takde TV atau Radio kat rumah dia dan malam pun pakai pelita dan gaslin saja.

Saya seronok tidur rumah nenek saya sebab sebenarnya masa tu saya dapat wang upah. Pertama, pagi-pagi saya akan ikut datuk saya pergi menoreh getah, bukan menoreh pun, tolong-tolong macam tu je, so bila jual getah dapat upah. Kedua, nenek saya ni berjual di Pekan Sehari, jadi saya tolonglah kutip sayur, pisang dan isi dalam guni atau bekas untuk jualan nanti. Masa tu Pekan Sehari ada di Durian Tawar, Triang dan Pekan Sehari Temerloh. Jadi bila habis berjual tu, saya dapatlah upah sikit dari nenek saya. Masa tu kalau dapat RM2 pun kira dah besar sangat. 3 kali pekan sehari dapat RM6 campur upah menatin getah bolehlah seminggu dapat RM10. Kira hebat sangatlah tu.

Saya sampai di Sg Buloh kira-kira jam 12-30 tengahari dan saya singgah beli buahtangan sikit. Banyak gerai jualan di tepi jalan di Sg Buloh menghala ke Kuala Selangor. Saya makan nasi tengahari bersama emak saudara dan bapa saudara saya. Nenek saya sudah makan dah masa tu. Selepas itu saya bersembang dengan nenek saya dan sempat jugak saya lena sekejap sebelah nenek saya.....(haha.....dah tua2 pun tidor kat ketiak nenek) Memang suasana kampung di rumah emak saudara saya tu sungguh tenang dan boleh membuatkan terlena.

Nenek saya sememangnya terlalu uzur dan kini hanya berbaring sahaja. Percakapannya pun dah tak jelas tetapi kadang-kadang ingatannya masih kuat lagi mengingati nama-nama cucu serta cicitnya. Saya ingin menikmati saat-saat bersama nenek saya ini dan berharap akan lebih kerap lagi dapat menziarahi beliau dan berbicara serta mengucup dahinya, insyaallah.

No comments: