Friday, March 11, 2011

beRitA

Ada beberapa berita yang saya sampaikan di sini, antaranya :

1. Mat Dwan pada hari Rabu baru-baru ini telah ke Raub untuk berjumpa Doktor Pakar Jantung yang juga sahabat beliau masa di sekolah dahulu. Beliau ditemani oleh Slambe Jr. Doktor memberitahu beliau bahawa keadaan jantungnya adalah lemah dan sememangnya memerlukan rawatan lanjut termasuk kemungkinan pembedahan bypass. Mat Dwan juga ada sms kepada saya meminta saya sampaikan ucapan terima kasih beliau kepada semua rakan2 budiMaN yang telah menelefon, menziarah dan mendoakan kesihatan beliau. Kepada rakan budiMaN yang tidak berkesempatan lagi, saya di sini amat berharap agar dapat menziarah Mat Dwan kerana keadaan beliau amat memerlukan sokongan kita semua di sini.

2. Fadil Sutok pada hari Rabu baru-baru ini telah berada di Alor Star kerana ayah beliau turut menjalani pembedahan di sana. Ayah beliau yang menziarah keluarga di Kedah telah jatuh sakit dan terpaksa di rawat di Alor Star. Saya mendoakan agar ayah Fadil kembali sembuh dan sihat sediakala. Amin

3. Shake dsS ada menelefon saya untuk meminta maklumat bagi pendaftaran Alumni UiTM Pahang yang akan di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM Pahang. Insyaallah Alumni UitM Pahang akan mempunyai sebuah jawatankuasa penaja sebelum satu mesyuarat penubuhan dan pemilihan jawatankuasa sebenar di adakan nanti. Harap semua bekas pelajar UitM Pahang tidak kira batch mana sekalipun akan mendaftar sebagai ahli Alumni dan bersama-sama menggerakkan Alumni itu nanti.

4. Golf budiMaN insyaallah akan diadakan pada 16hb Mac 2011 ini bertempat di Berjaya Hill Golf Resort di Bukit Tinggi dan saya telah berbincang dengan Amy Jarr untuk menyelaraskan penyertaan rakan budiMaN. Golf budiMaN sebenarnya hanyalah bertujuan untuk rakan budiMaN berkumpul dan bertukar fikiran serta mengetahu kabar antara rakan budiMaN.

3 comments:

ali said...

semoga mat dwan, guru besar dan rakan2 yg mempunyai masalah kesihatan cepat sembuh. ada hikmah disebalik kejadian.AMIN.

Mat Dwan said...

TQ bro ali dan rakan2 BudiMan, InsyaAllah saya akan beriusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini, doa dari dan sokongan dari rakan2 saya dahului dengan rasa terharu dan Terima Kasih.
Kita berusaha, Allah menentukan...

LaN kidA said...

Salam,
Semalam Fadil Sutok ke Loq Staq lagi sebab nak ganti jaga ayah dia katanya. Ayah beliau didapati mengidap kanser perut atau colon cancer dan memerlukan pembedahan segera. Semoga Fadil sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga ayah beliau akan cepat sembuh.

Golf budiMaN yang sepatutnya berlangsung pada 16hb ini terpaksa di tangguhkan kepada suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak kerana 2-3 orang budiMaN yang nak menyertai demam dan tidak sihat.

Kepada Mat Dwan semoga tabah menghadapi dugaan dan insyaallah dengan rawatan susulan dan pembedahan jika ada nanti, akan lebih sihat lagi dari sekarang ini, insyaallah. Ramai kengkawan saya yang dah berumur lebih dari 60 tahun juga mengalami blockage yang banyak seperti Dwan tetapi setelah rawatan dan pembedahan, kesihatan mereka menjadi lebih baik lagi dari kita yang berumur 40an ini.

Sape nak pegi tgk Mulyadi pulak ni di utara tu....ada kengkawan nak join tak...sms saya.