Monday, May 28, 2007

ziARah aPaMZ daN miZa

Semalam saya dan SK sekeluarga berpeluang menziarahi Apamz dan Miza di Kuantan di rumahnya di Taman Balok Makmor, Kuantan. Saya sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11-30 pagi Ahad dan kami sampai di Kuantan kira-kira jam 2-30 petang lalu terus menuju ke Gerai Rojak Ayam di Taman Gelora. Ummi dan anak pompuannya dah siap menunggu kami di sana dan kami bersama-sama menikmati Rojak Ayam sambil di buai deruan angin laut.

Selesai menikmati Rojak Ayam, kami bertolak pula ke rumah Apamz yang terletak di Taman Balok Makmor, Kuantan. Kami sampai di rumah Apamz lebih kurang pukol 4-00 petang dan di sana Kitang dan Lily sekeluarga juga sudah sampai setengah jam awal dari kami. Lily dan Kitang bergotong-royong membersihkan rumah Apamz, mop lantai, bersihkan dapur. Sementara itu Ummi pula menjerang air dan membuat air minuman. Apamz pula telah menyediakan Ice Blended Special untuk kami sambil menikmati kuih-muih yang kami bawa.

Keadaan Miza nampak segar sedikit walaupun beliau tidak boleh makan macam kebiasaannya. Cuma boleh makan bubur sahaja. Kelihatan kegembiraan yang jelas di wajah Apamz dan Miza dengan kehadiran kawan-kawan semua. Shafiq anak sulong Apamz yang duduk di asrama juga ada semalam tetapi demam manakala anak istimewa Apamz yang ke 2 juga ada.

Setelah berada lebih kurang 2 jam di rumah Apamz, kami semua beredar di mana Kitang dan Lily pulang ke Temerloh manakala saya sekeluarga di pelawa oleh Ummi untuk singgah di rumah beliau. Terus dari rumah Apamz, kami menuju pula ke rumah Ummi yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan dan sempat mandi dan menukar pakaian untuk program seterusnya iaitu Solat Hajat di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Isyak. Abang Nu suami Ummi tiada di rumah kerana bertugas di Tioman tetapi tak henti menelefon untuk memastikan kami selesa sepanjang berada di rumahnya.

Sementara saya pergi ke Masjid Besar Kuantan, SK dan anak-anak saya tinggalkan di rumah Ummi. Saya sampai di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Maghrib dan tidak lama kemudian Bilal dan anak-anaknya sampai, begitu juga Joe Malady DIB dan Puis (Khairusham DBS). Antu DPA juga sampai dengan anaknya manakala Apamz sampai sejurus sebelum Solat Isyak bermula. Sebaik memulakan Solat Isyak, lampu masjid terpadam semuanya dan di fahamkan seluruh bandar Kuantan telah mengalami blackout.

Walaubagaimanapun dalam kegelapan pekat malam dan cuaca panas, kami lebih kurang 10 orang tetap meneruskan Solat Hajat bagi mendoakan Miza agar dapat dipulihkan kembali dengan berimamkan Bilal. Bilal juga membacakan doa dengan mendoakan agar Apamz sekeluarga akan tabah dan cekal dalam menghadapi segala ujian Allah dan agar Miza dapat dipulihkan kesihatannnya kembali.

Selesai kami Solat Hajat, kami semua pergi pekena Sup Tulang di padang MPK berhampiran Masjid Besar dan bersembang berkaitan aktiviti BUDIMAN dan beberapa perancangan berkaitan eMay yang bakal berlangsung.

Selesai pekena sup tulang, kami semua bersurai dan saya kembali kerumah Ummi untuk mengambil SK dan anak-anak saya dalam keadaan hujan yang amat lebat. Saya di hidangkan oleh Ummi dengan satay Kuantan dan lebih kurang jam 11-30 malam barulah saya sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Meredah hujan lebat dengan kelajuan minima, alhamdulillah akhirnya saya sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 2-30 pagi. Dan pagi tadi Dona DSS menelefon saya memberitahu bahawa beberapa kawan-kawan beliau akan ke Kuantan hari ini untuk menziarahi Apamz dan saya maklumkan kepada Apamz tentang berita tersebut. Gambar-gambar semasa di Kuantan akan saya siarkan kemudian.

3 comments:

Anonymous said...

Salam seme.
Terharu ngan kelapangan masa yg korang dpt bersama apamz di kuantan dan menunaikan solat hajat.
semuga ALLAH swt jua yg membalas masa korang.Mmg walid nak sgt pegi tp spt kudeng DSS...tendet ofis amat memerlukan tenaga dihujung minggu jadi terpaksa la walid mengundurkan diri dari lawatan tersebut. Insyaallah walid sefamili akan singgah kesana jika cuti approved.Semuga keceriaan,kesihatan dan kesejahteraan apamz sefamili bertambah2 dan juga kpd rakan BUDIMAN yg telah berpenat lelah menziarahi dan menunaikan solat hajat semuga diberkati ALLAH swt jua keats anda semua.

p/s sedih n terharu x dpt bersama

samraeh said...

Salam Semua, saya perkenal kan diri saya, Samrael Hasan (DOL)intake Jan 1986. Sama sekolah St Thomas dengan Syed Azman (DIA), Joe Maladi (DIB)...ada sorang lagi lupa nama tapi bekas tekong s/takraw st thomas.

Terharu dengar kisah Apamz, ada jugak sesekali jumpa apamz masa dia berniaga kat pasar malam Balok, jumpa pun sekadar salam & bertanya khabar & ada jugak dia bercerita ttg penyakit anak dia & tapi aku tak tahu pulak kisah isteri nya yg sakit. Lepas kisah APAMZ ni tersiar pada batch saya, adalah kenkawan dari batch menghulurkan sedikit bantuan keewangan & mengamanah kan saya untuk menyampaikan kepada Apamz.Dimasa kan datang kalau diadakan sembahyang hajat di kuantan, harap dapat menghubungi saya.

Sekian, wassalam

LaN KidA said...

Salam perkenalan Samrael. Terima kasih atas keperihatinan saudara dan rakan-rakan batch saudara kepada Apamz. Memang tujuan kita disini selain untuk mengeratkan silatulrahim antara kita semua tanpa mengira batch, tanpa istilah senior dan junior (cuma utk intro diri sahaja) ialah untuk membantu sesama kita terutama bagi yang dalam kesusahan setakat yang termampu oleh kita. Ini adalah tujuan kita selain dari beberapa aktiviti kebajikan lain yang kita jalankan.

Harap dengan lebih ramai yang sanggup mengenalkan diri lebih banyak lagi maklumat berkaitan BUDIMAN atau Budak ITM Pahang yang dapat dikumpulkan dan sekiranya ada di antaranya yang mengalami kesusahan dan memerlukan bantuan rakan-rakan silalah sampaikan maklumat tersebut di sini atau berhubung dengan saya di telefon, e-mail dsb.

Samrael, lu tak bagi lu punya phone no, camne kita orang nak contact lu. Sms kat gua phone no lu nanti. Gua punya phone no ada kat muka depan blog tu.