Tuesday, May 22, 2007

jOM Pi kOnVoi tGk miZa

Bilal ada hantar sms pagi tadi beritahu wad dimana Miza, isteri Apamz berada. Ummi pun ada beritahu di ruangan komen di bawah. Malam semalam SK juga ada beritahu bahawa Ummi dan Rozain ada hantar sms beritahu keadaan Miza. Tengahari tadi Antu pun ada call aku beritahu bahawa beliau dah pergi tengok MIza malam tadi dimana doktor dah masukkan sedikit susu menerusi tiub kepada Miza. Tengahari ini mungkin Antu akan pergi melawat sekali lagi katanya.

Aku pulak dengan phone aku yang tenggelam dalam air dan hilang semua no kontek kengkawan memang susah betul. Memang aku tunggu je la sesiapa yang call. Nasib baik phone tu rosak sebaik saja aku sudah selesai call Apamz tapi masa tu Miza belum masuk hospital lagi la. Nak beli phone baru, dia orang kata boleh repair phone aku tu, jadi terpaksalah guna phone anak aku pinjam sekejap.

Aku cadang kalau ada kengkawan yang nak pergi petang2 lepas habis kerja ke Kuantan ramai2 menziarahi Miza dan Apamz. Boleh balik malam tu jugak. Pergi satu kereta pun takpe, boleh kongsi2 minyak dan tol. Driver pun ramai tak penat sangat. Sekurang2nya dapat beri sokongan moral kepada Apamz pun dah elok rasanya. Petang esok pun elok juga kalau takpun malam ni.

7 comments:

SaYanG kidA said...

Eh tak de org komen pun...mmmh takpelah komen tak penting yang sebaik2nya ziarah apamz n isteri.

SK rasa mesti ramai kengkwn yg kat kuantan tu dah ziarah isteri apamzkan...pada kengkwan yang dah ziarah miza dan apamz, moga allah rahmati dan berkati kamu sume.

kida ni kalau nak gi pun tunggu lah SK... SK pun nak gi tgk miza gak.....

to apamz n miza, anim doakan moga apamz tabah n miza cepat sembuh..ameennnn

Mizi said...

Kehadapan Sdr Apamz,
ingat lagi kat saya tak? kita pernah tinggal satu rumah (tapi lain bilik) di Asrama Bkt Sekilau. Masa tu saya sebilik dgn Joe, Pyan dan Muzafar.....lama tak jumpa ya. Saya dan keluarga berdoa agar Miza segera sembuh, insya'alah bila ada kelapangan nanti, kami pasti akan menemui saudara di Kuantan.

Fadzil Othman,
Weekend ni, 26-29 May aku sefamili bercuti ke Bangkok. Kau nak kirim apa-apa tak, boleh aku suruh Thurai or Sabri belikan utk kau. 8-10 Jun ni aku balik KL, stay di The Legend KL. Kalau kau free, jom kita jumpa, ajak sekali Majid dan Lokman.

lan kida said...

Aku baru call Apamz tadi dan beliau beritahu keadaan Miza tak banyak berubah. Dah 2 hari dia tak berniaga. Esok pun belum tentu berniaga lagi.

Takde ke kengkawan KL yang nak pergi menziarah Apamz ni... Walid, Mat Dwan, Slambe, Kitang, Kentei, Man Troq, Jepun, Mat Rock... ni masa Apamz..masa kita esok..ntah-ntah mampuih sorang2 tepi jalan jer atau tepi tong sampah..

Takkanlah sibuk sampai menziarah kawan yang dalam kesusahan ni sampai tak boleh nak luangkan masa langsung.. Ramai yang antara kita dulu pernah bersama2 Apamz di zaman ITM dan di masa bekerja. Sama-sama makan, tidur, skodeng, guna hifi Apamz, tidur atas tilam Arastu kat bilik Apamz, guna motor GP merah Apamz dsb... tak kenang ke kat kawan kita tu...tak rasa ke sama kesusahan yang sedang ditanggungnya....

Bayangkan kalau kita sakit dan tiada seorang pun datang menziarahi kita...camana rasanya.

Marilah kita sama-sama pergi ziarahi Apamz..kalau takde duit nak pergi..takpelah...kita kongsi sikit sorang..duit minyak..tol...kalau takde duit langsung tapi nak pergi juga pun takpe..kita pakatlah sama-sama. Kita pergi selepas waktu kerja dan balik malam tu juga...

Janganlah kita nanti dikatakan kawan semasa senang sahaja..rupa2nya bila susah... tiada lagi kawan2.

Budak2 BUDIMAN rasanya amat prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai perkara-perkara kebajikan dan kesusahan kawan-kawan. Budak2 BUDIMAN tak sanggup melihat orang2 susah dan pantang dengar kawan2 susah, mesti nak tolong... itulah prinsip budak2 BUDIMAN.

Jadi jom kita pergi ziarah Apamz petang ini, Rabu 23hb Mei 2007 lepas kerja nanti. Sms saya... lagi ramai pergi lagi suka dan dapat menghilangkan sedikit kerisauan Apamz..moral support dsb.

pyan said...

ya sahabat2 yg akan melawat isteri apam n famili...sampaikan slm kami kepada apam n famili. didoakan semoga isterinya cepat sembuh.

walid said...

salam budiman.....
sori lama x masyuk...actually tgh sibuk masuk tender kat ofis nie
anyway.....if jadik nak pegi ptg nie....count walid in...tp mlm ni kena lik gak laa.

Kudeng said...

Assalamualaikum

Walid buat tender Celcom ek?

Anyway, ana mintak maaf tak dapat nak join the trip. I'd loved it very much to go, but I can't. Same situation with Walid now. Deadline 28/5/07 ye tak Walid?

To anyone whose going, sends my best regards to Apamz. Everything that happened and may cometh, are all from Allah SWT.

walid said...

Salam.
kpd smeua BUDIMAN..ari ni call apamz. Miza da di discharged kan..tp still ada difficulty utk makan cuma makan melalui tiub.DR sahkan ada jangkitan kuman pada paru2 Miza. So kita doakan yg terbaik buat apamz n famili. Marilah ziarah beliau.PLEASEEEEE...

Kudeng, mu masuk tender celcom gak ke? if camtu sama laa kita.