Tuesday, May 29, 2007

geNG seNiOr ziARah aPamZ

Baru sekejap tadi lebihkurang pukol 8-00 malam Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa geng-geng Senior kita yang terdiri dari Slambe Sr, Zul Jengka, Norma dan Sheena (DSS) telah berkunjung ke rumah beliau di Taman Balok Makmor, Kuantan. Namun Apamz tiada di rumah kerana berniaga di pasar malam di Taman Tas. Mereka bergegas pula ke Taman Tas untuk menemui Apamz di sana. Walaupun jauh mereka datang sanggup untuk menziarah Apamz, begitulah pengorbanan kawan-kawan sejati. Sheena rasanya datang dari Sabah, manakala Slambe Sr dari Shah Alam sanggup datang dari jauh menziarahi Apamz di Kuantan. Terima kasih dengan keprihatinan kawan-kawan.

1 comment:

walid said...

salam seme.
Tahniah sekalung budi saya tujukan kpd senior kita yg bersusah payah menziarahi apamz sekeluarga hingga ke pasar malam. Tiada apa nak dikatakan sekadar mengharap ALLAH swt memberi imbuhan kpd rakan2 senior kita sekeluarga kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan hendaknya.