Tuesday, May 15, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN - aPaMZ

(Artikel ini telah dikirmkan oleh Ummi semalam)

Salam Kida...Salam BUDIMAN...

Semoga semua BUDIMAN dan family beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalani kehidupan ini selagi nyawa masih di badan. Beruntungnya kita kerana masih bernafas dalam keadaan segar ceria bersama orang-orang di sekeliling yang kita sayangi... Di sini Ummi ingin memberi sedikit perkhabaran tentang keluarga Apamz yang mana kita tahu tentang kemelut/keperitan hidup yang beliau sedang lalui selama hampir 9 tahun kebelakangan ini.

Petang semalam Apamz ada datang ke ofis ummi untuk menyerahkan Borang Yayasan Pahang anaknya yang telah lengkap dan baru diserahkan oleh Pengerusi Rukun Tetangga kawasan beliau tinggal. Memang agak lama borang tersebut melalui proses mendapatkan tandatangan YB kawasan beliau dan terperap pulak oleh Pengerusi RT tu. Sian Apamz... Ummi dah call pejabat YP, mereka masih boleh menerima borang tersebut dan anak beliau masih dalam senarai penerima Bantuan Sekolah Menengah (BSM). InsyaAllah, borang tersebut akan ummi hantar ke Pejabat YP esok pagi.

Di kesempatan pertemuan semalam, Ummi ada bertanya khabar tentang keadaan isteri beliau. (*Bila nak menjenguk dalam van, Apamz kata dia tinggalkan kat rumah sekejap....yang ada hanya Anak Istimewa beliau). Apamz dengan riak muka agak sedih memaklumkan bahawa dia agak risau dengan keadaan isterinya yang telah 3 hari ini tidak makan dan tak lalu langsung menjamah makanan. Ini cukup merisaukan beliau. Menurut Apamz, dalam tempoh sekejap itu saja, isterinya telah kelihatan susut dan dari lampin pakai buang isterinya juga menunjukkan tanda air kecil yang berlainan daripada biasa. Bila ditanya, berapa banyak lampin pakai buang yang biasa digunakan oleh isterinya, Ummi difahamkan satu hari 5 - 6 keping. Memang nampak sangat kebimbangan beliau....hingga dua tiga kali beliau menyatakannya. Ya lah, bila isteri beliau tidak sihat, susah jugalah untuk beliau bawa bersama pergi berniaga di pasar-pasar malam....so faham-faham sahajalah.....Ummi pun ada menyarankan beliau membawa isteri ke hospital dan bertanya apakah ubat yang biasanya diberi. Jelas beliau, biasanya pemeriksaan dibuat dan isterinya hanya diberi vitamin sahaja.

Jadi di kesempatan ini, Ummi mohon kita toleh sebentar kepada sahabat yang seorang ini.....rasanya beliau patut didahulukan dalam kita merangka aktiviti kita yang seterusnya. Ummi pun rasa terkilan sedikit kerana belum berkesempatan untuk menjengah ke rumah Apamz di Balok Makmor sana selama Ummi berada di blog ini. Kadang-kadang rasa macam tak nak mengganggu persiapan beliau untuk berniaga ke, atau Ummi sendiri yang cari alasan...(*tak habis-habis urusan duniawi nih!)...

Setelah memaklumkan hal ini kepada Kudeng petang semalam, beliau ada menyarankan tindakan paling baik yang boleh dihulur adalah kita masing-masing membuat Solat Hajat memohon seikhlas hati kepada Allah s.w.t. agar kesihatan isteri Apamz sentiasa baik dan bertambah baik. Semoga Apamz juga terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan ini. Rasanya, inilah satu-satunya cara terbaik di samping bantuan wang ringgit yang ingin dihulurkan. Ayuhlah kawan-kawan......semoga kita semua masih belum terlambat untuk berbuat apa yang perlu untuk sahabat kita ini Semoga beliau mendapat ganjaran pahala yang setimpal. Amiiinnn....

4 comments:

LaN KidA said...

Salam seme,

Nasib baik dah boleh masuk komen balik. Semalam SK dah hubungi Rozian minta tolong dia uruskan kalau Apamz nak masukkan Miza ke Hospital Kuantan. Rozain pun dah hubungi sendiri Apamz.

Call Apamz lewat petang semalam dan dia beritahu condition Miza makin lemah. Minta dia untuk hantar Miza segera ke hospital supaya boleh mendapat rawatan takut bila tak makan dan tubuh makin lemah..perkara2 lain pula yang timbul seperti buah pinggang dsb. Apamz kata beliau nak tengok keadaan Miza malam nanti.

Apamz juga dah 5-6 hari tak berniaga kerana terpaksa menjaga Miza yang sakit dan punca kewangan beliau terjejas. Cadang untuk kita semua buat collection bantu Apamz.

Minta tolong Bilal untuk pergi ke rumah Apamz pagi ni bagi melihat condition Miza dan tengok bantuan sebagaimana yang BUDIMAN boleh berikan.

Harap kawan2 semua dapat call Apamz untuk bertanya khabar Miza dan kalau yang dekat2 di Kuantan tu bolehlah ziarah sekali untuk tengok kawan kita yang mempunyai isteri yang sakit dan anak yang istimewa itu. Ntah makan ke tidak beliau, ntah tidur ke tidak beliau, dengan tiada punca pendapatan akibat tidak berniaga.. sokongan kawan2 lah amat diperlukan sekarang.

ummi said...

Salam...

Baru je call Apamz..katanya, pagi ni Miza nampak dah lalu makan dan ada tambah sikit...Lega sikit dengar, alhamdulillah..semoga bertambah-tambah sihat Miza. Tapi Ummi tetap minta dia bawa Miza pergi medical check up.

InsyaAllah akan jengok Miza dalam waktu terdekat ni..harap2 takde aral. Sesiapa geng di Kuantan yang nak join sekali..meh le sekali kita pakat2 pergi..bagi sokongan moral sikit kat Apamz..

Di samping itu, jangan lupa kita mohon pertolongan Allah s.w.t jua untuk Miza..Itu yang paling baik kita boleh lakukan dalam waktu2 sebegini..

lan kida said...

Kepada sesiapa yang call Apamz,
Tolong minta akaun bank dia supaya kita boleh terus siarkan kat sini untuk kawan2 yg nak derma boleh bank-in terus dalam akaun beliau.

Handphone gua masuk air la beb. Masuk air betul2. Habis dengan memory card dgn phone..semua gone..tenggelam ..blurp..blurp dalam air... jadi gua lost semua no kengkawan start pagi ni... mana yang call gua then gua dapat no balik... tu pun sementara ni pakai phone Aimin anak gua dulu...gua pun tak berapa reti sgt nak guna, nak msg etc.

Jadi minta tolong sesiapa yang ada phone Apamz supaya dapatkan no akaun bank beliau.

ummi said...

Salam....

Kepada semua yang ikhlas hati ingin memberi bantuan/sumbangan kewangan kepada Apamz...hanya Allah swt jua lah yang akan membalasnya..Boleh lah on-line ke Account BIMB: 06-019-02-0651908.
Ini bukan paksaan, kalu nak memberi biarlah ikhlas dan "sorokkan tangan kiri"...

Memang Apamz x nak bagi mulanya... beriya benar dia xnak susahkan kawan-kawan BUDIMAN ni...tapi Ummi pujuk dan paksa gak dia bagi no akaun tu..Ummi cakap, Apamz jangan fikir apa2..xda apa nak dimalukan..Ummi kata kitaorang yang rasa malu dengan Apamz...

Menurut Apamz, selepas masuk air tadi Miza semakin bertenaga sedikit.. dia pun rasa lega. Alhamdulillah..

K, salam.