Tuesday, May 08, 2007

faNtaSi atAu rEaLiti

Akhirnya gua terpaksa mengalah jugak dengan cuaca panas dan tak cukup tido. Tekak gua pun dah rasa perit dan gua dah rasa seram sejuk macam nak demam. So gua makan bubur yang SK buat dan telan panadol dan ubat batuk untuk cuba melegakan sikit rasa demam gua ni. Sambil duduk-duduk mengadap Golf Channel 83 Astro yang anak-anak dan bini gua dah mula bising sebab gua asyik buka channel tu saje, datang pulak idea gua nak merapu dan gua bingkas bangun ambik laptop SK.

Gua sebenarnya terbayangkan keadaan BUDIMAN 10-15 tahun lagi. Masa tu umur kita semua dalam lingkungan 50-60 tahun. Maknanya sekitar tahun 2017-2022 kalau di izinkan Allah sampai kita semua ke tahun-tahun tersebut. Masa tu rasanya ramai antara kawan-kawan kita dah berjaya dalam bidang masing-masing. Slambe Jr mungkin dah jadi pemegang saham terbesar Mydin dan mungkin dah bergelar Tan Sri Nizam. Mat Dwan pula mungkin dah jadi tokoh konglomerat yang berjaya dan bergelar Datuk Seri Radwan. Mungkin masa tu Datuk Seri Radwan dah pun memegang saham beberapa syarikat yang tersenarai di BSKL. Lan Kentei pula mungkin dah pun menjadi CEO CIMB dan bergelar Tan Sri manakala Puan Sri Jun mungkin dah menjadi seorang chef seleberiti yang berjaya dengan program masakan di TV3 dan Astro Ria. Man Troq pula mungkin dah jadi Panglima Angkatan Tentera (PAT). Antu, Ummi, Jepun, Kudin mekanik, Padil Sutok, Mizi, Kitang, Che Dat, Niazor, Muslim, Syed Hamid, Bilal, Apek, Kudeng dan lain-lain pula semuanya telah berjaya membentuk konglomerat masing-masing atau dalam jawatan masing-masing. Begitu juga dengan kawan-kawan BUDIMAN yang lain.

Masa tu kalau nak ajak kawan-kawan BUDIMAN ngeteh pun mungkin semuanya datang dengan driver masing-masing dengan X5, 525i, S320, SLK 230, Brabus, Lambhorgini, Ferrari dan mungkin juga Proton Iswara 1.5i tahun 1992 yang dah berumur 25 tahun pada masa itu (kereta antic gua tu beb). Ngeteh pun mungkin lah tidak di restoran mamak lagi. Sessi teh tarik BUDIMAN masa tu maybe dekat Pasific Regency, Melting Pot, Cabana Café atau Alexis. Sekali sekala mungkin lah dekat Suzy Corner sekadar nak mengenang nostalgia tempat tu.

Masa tu nak minta projek pun senang sebab kawan-kawan kita semua dah top position macam Slambe, Mat Dwan, Man Troq dan lain-lain lagi. Kontrak MINDEF dah ok sebab ada PAT Tan Sri Datuk Syed Azman. Jadi kengkawan boleh tumpang senang bersama. Masa nilah nak guna kroni, proksi dan sebagainya. Jadi mana kengkawan yang masih susah tu bolehlah kita bantu untuk senangkan mereka. Lagipun projek banyak, sedara mara pun dah tolong, apa salahnya bantu kengkawan plak. Lagipun kalau bubuh proksi kengkawan, BPR tak siasat, kalau bubuh sedara gerenti kena beb.

Dalam bidang pendidikan pula kita ada Bilal yang pada masa itu sudah setaraf dengan Prof Dr Fadzillah Hj Kamsah dengan khidmat dan program motivasinya. Bilal pun dah bergelar Prof Datuk Dr Azmi masa tu. Kita juga ada Prof Amir dan Prof Afezah yang pada masa itu mungkin dah jadi Naib Canselor USM, UPM atau universiti2 lain. Senanglah anak-anak kita nak masuk universiti.

Kehidupan kengkawan pun masa tu dah naik taraf sesuai juga dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga. Mungkin ada yang dah pasang 2 atau 3 mengalahkan sahabat kita di Temerloh dan Jengka. Mungkin masa tu kita boleh tengok kawan BUDIMAN kita di suratkhabar dengan tajuk Datuk R berkahwin dengan artis terkenal AF siri 20. Kelas beb. Mungkin kita akan terima kad undangan perkahwinan yang kita sangka anak kawan BUDIMAN kita punye kenduri tetapi rupa-rupanya kawan kita sendiri yang nak kahwin lagi. Biasalah beb, tokoh korporat, peminat keliling pinggang, tak payah cari, dia datang sendiri.

Mungkin juga antara kawan BUDIMAN kita ada yang jadi tokoh politik dan menjawat jawatan penting dalam parti. Senanglah kita semua nak minta tolong. Nak minta surat sokongan dan sebagainya. Mungkin masa tu Mizi atau Fadil Othman dah jadi KSU Wisma Putra atau mungkin dah jadi KSN, senanglah nak masukkkan anak kita dalam perkhidmatan kerajaan. Che Dat pula dah jadi KSU Kementerian Belia dan Sukan.

Seronok betul bila fikir-fikirkan kalau dapat tengok kawan-kawan sekeliling kita semua berjaya. Mungkin kita yang tidak berjaya pun akan dapat tumpang sekaki. Kalau kita lihat mereka-mereka yang sudah sampai ke peringkat itu sekarang ini, pada masa ini, semuanya dengan di kelilingi oleh kawan-kawan lama mereka. Baik KSU, Ahli Politik, Tokoh-tokoh Korporat dan Konglomerat, semuanya menaiki tangga kejayaan bersama-sama kawan-kawan masing-masing. Sebab itulah kita lihat yang rapat dengan mereka-mereka itu adalah kroni dan kawan-kawan. Malah kalau kita nak berjumpa dengan mereka kita akan lebih selesa dipertemukan melalui kawan rapat mereka daripada mengadakan pertemuan melalui Setiausaha Politik, Setiausaha Eksekutif dan sebagainya. Dan sememangnya negara kita sudah tersemai dengan sifat-sifat mendahulukan kawan atau orang-orang yang rapat dalam segala hal baik untuk perlantikan jawatan, pemberian projek atau apa saja perkara yang dirasakan penting kerana melalui kawanlah perbincangan dapat dijalankan secara lebih mesra, penuh kepercayaan dan direct supervision.

Harap-harap fantasi ini menjadi reality.

8 comments:

ZM said...

hello kida...jgn kau nak merapu pula. hehehe... awok masih tak leh lawan Man Rapu..hihihi... tapi tak pa lah kida merapu lah awok dari tak de artikel kan. Hebat juga fantasi awok yer. Mudah2an fantasi awok menjadi realiti. Tapi rasanya koi tetap maintain low profile dulu, kini dan selamanya... hehehe

lan kida said...

Salam ZM... lama tak nampak di sini..Apa khabar..Sihat? Rapu pesan hari tu masa dia balik cuti sekejap suroh merapu..ni idea dia la ni sebenarnya...

jun said...

ekeke...kida, demam teruk tu...!

Anonymous said...

huhuhu...memang sah demam teruk, tak kebah2 ni. rodong2 doakan semoga tan sri kida cepat sembuh.

tapi klu nak bayangkan seronok gak, SK jadi novelis terkaya cam Rowlings (Harry Potter), dan lain2

sl jr

Bilal said...

Ammmiiiinnnn..
Kena kerja kuat.. doa kuat.. jadikan fantasi itu realiti..

ma dwan said...

Koi sokong bilal...

Sama-sama la kita berdoa agar fantasi menjadi realiti... macam AF

Anonymous said...

salam......kalau jadi cam AF..x leh jadi realiti sbb kai SMS..kena usaha n rajin n ikhlas.....baru ada klasssssss..
p/s...hamba pun kena camtu gak..

Anonymous said...

tapi kan, koi rasa Bilal blh jadi Menteri klu dia nak masuk politik. talent dah ada tu. Silap2 blh jadi PM atau TPM.