Monday, December 04, 2006

bUdaK pOmPUaN DIA


Kitang ada berikan saya gambar lama lawatan pelajar-pelajar DIA batch kita ke Terengganu masa kita belajar kat ITM dulu. Saya perhatikan dari gambar tu nampaknya budak-budak perempuan DIA begitu ramai bilangannya. Tapi apa saya fahamkan dari Kitang cuma Khairul Aziah sahaja yang kini bertugas di DBKL yang dapat dihubungi oleh beliau. Yang lain tu tak dapat dikesan. Dalam kita membuat perancangan untuk mengadakan grand gathering ini, penyertaan dari semua bekas-bekas pelajar amatlah dinanti-nantikan. So kalau sesiapa yang tahu di mana mereka semua ini berada harap dapatlah menghubungi saya menerusi e-mail atau phone atau berhubung dengan kengkawan DIA yang lain seperti Kitang dan Walid agar dapat kita ketahui dimana anda berada sekarang. Buangkanlah perasaan segan dan malu kerana kawan-kawan semua amat tertunggu-tunggu, ternanti-nanti dan amat rindukan anda semua yang telah hilang sekian lama.

waLiD piNDah rUmaH

Semalam Syed Hamid dan keluarga berpindah ke rumah sendiri yang telah dibeli oleh nya di Sg Buloh. Setelah sekian lama menetap di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sebuah apartment, Syed Hamid amat gembira kerana cita-citanya untuk mendiami rumah sendiri telah tercapai dan yang penting katanya rumah sendirinya itu ada kawasan tanah untuk berpijak, setelah selama ini hanya duduk di atas kayangan sahaja.

Saya ada menghubungi Syed Hamid semalam dalam pukol 8-30 malam dan dia masih lagi di dalam lori yang membawa barang-barang rumahnya untuk 2nd trip dari Ukay Perdana. Malam semalam beliau sekeluarga mula bermalam di rumah barunya. Beliau juga berkata bahawa masih ada sedikit lagi barang-barang yang tinggal di Ukay Perdana dan akan dibawanya kemudian. Alamat rumah barunya akan diberikan kemudian jikalau ada kengkawan yang ingin bertandang nanti.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpindah ke rumah baru kepada Syed Hamid semoga Allah swt memberikan kediaman barunya berkat kebahagiaan, kesahjeteraan dan kecemerlangan dalam kehidupan beliau sekeluarga.

niCknaMe daLaM cHAtboX

Kalau kawan-kawan semua bersembang dalam chatbox tentu kawan-kawan semua familiar dengan nickname yang ada bersembang di situ. Namun bagi mereka yang sekali-sekala datang bersembang di chatbox Gerai Taman Gelora mungkin sedikit keliru dengan nickname yang ada kat situ. So kat sini aku jelaskan nickname yang ada kat situ.

kidA = Mazlan Mokhtar DBS
SK/ Sayang kidA = Mahanim Mahmud DBS
Niazor = Wan Rozain DBS
Walid = Syed Hamid DIA
Kitang = Zainordin DIA
Awin86 = Abdul Mudzzahar DIB batch 86
FG = Muslim DSS
ZM = Zulhairi DPA
Amir/Mir = Amir DIB
Slumber Jr/TZM = Nizam DPA
Bilal = Azmi DPA
Kentei = Norazlan DIA
JunMrs Lan Kentei = Jun isteri Lan Kentei
Pablo = Shakri DIA
Amid = Abd Hakim DBS
Normah = Normah DBS
Kerbau = Raman Shakri DBS
Dwan/Asta = Radwan Indra DBS
Jepun = Hairul Salleh DBS
Shema = Shema DBS
Fezah = Wan Afeza DIB
Apek = Wan Mazlan DPA
Kla = Shamsul Amri DBS
Bob MG = Nizam DIA
Gonjeng = Zailan Abu DIA

Nickname diatas adalah mereka-mereka yang regular ada di chatbox. Kalau ada yang tertinggal akan saya tambahkan kemudian. Bagi mereka yang baru menyertai chatbox diharap dapat memberikan profile diri kepada saya atau menerangkan nama sebenar apabila ditanya oleh kengkawan. Janganlah berasa malu atau takut untuk menerangkan diri sebenar kerana lebih manis dan beradab rasanya kalau kita bersembang disini bila menerangkan diri kita sebenar. Jangan nanti sampai dikata kurang ajar mak bapak tak ajar masuk kerumah orang tanpa memberi salam, tak memperkenalkan diri dan cuba bersembang seolah-olah dia tu tetamu dirumah tersebut.

Kepada kengkawan yang suka skodeng pula dan masih malu-malu atau segan untuk menyertai chatbox, buangkanlah rasa segan tersebut dan marilah kita bersama-sama bersembang dengan kengkawan mana tahu hasil sembang tersebut mungkin membawa manfaat kepada kita. Ini kerana kita boleh bertanyakan hal-hal yang kita tidak faham kepada kengkawan atau bertanyakan sesuatu perkara yang mustahak.

Sunday, December 03, 2006

raHMat RamaDHaN - nuKiLaN aWin86

Dah lah ko tak nak balik dengan dia..ko kutuk lagiks dia!! Ko lupa ker ko kata dia budak kampong lah..jongos lahhh..tak handsome lahh! Apa..ko fikir ko bagus sangat ker? Aku tahu ko cantik ..ramai peminat…tapi tak baik ko sakitkan hati dia cam tu! Dia ikhlas nak ajak ko balik cuti dengan dia..satu bas! Bukannya luak pun….terngiang-ngiang kata-kata L di telinga aku yang tak pekak nie.

Ya Allah…sombongyer aku! Betulkah itu kata-kata aku??? Betulkah? Ya Allah…kenapa aku tak teringat langsung sumpah seranah atau cacian aku pada D. Sampai macam tu sekalikah pandangan aku terhadap D?

L…sumpah…aku tak cakap pun cam tue…aku tak tahu pun D nak ajak aku balik cuti satu bas dengan dia! Sumpah….bagai nak tersembur biji mata aku menatap wajah L.
Alahai A….bukan aku sorang dengar cacian ko pada D tu! Ko tak percaya ko tanya MA dan Z. Diorang pun dengar kutukan ko tu! Kat dewan makan lagiks…dengus L padaku.
Ya Allah…kenapa aku tak ingat semua tu??? Kenapa???? Cuak sungguh aku memikirkannya.
Tak apalah L..kalau betul aku yang cakap macam tu, aku minta maaf sungguh-sungguh. Mungkin aku tak sedar ketika aku melafazkannya. Aku hargai niat baik ko tu L. Macamana pun …..terima kasih sajalah L…..luahku kesal.

Hari demi hari berlalu. L, Z dan MA memandang aku penuh dengan kebencian. Ya Allah …..kenapa aku tak ingat peristiwa itu? Aku dipinggirkan mereka dalam semua segi. Dalam bulan Ramadhan yang mulai itu, aku tabah mengharungi hari-hari yang berlalu berseorangan. Tiada lagi hilai-tawa Z, L dan MA. Aku betul-betul keseorangan biarpun L tinggal sebilik denganku. Apatah lagi kami berdua serumah dengan D! Pernah airmataku menitik dalam pinggan nasi yang kugunakan semasa berbuka puasa! Sesungguhnya masa itu aku rasa amat sunyi berada di rantauan orang!Ya Allah …peritnya RamadhhanMu kali ini.

Ramai kawan sekampus yang memerhatikan aku keseorangan ke hulu hilir. Tiada lagi bertemankan kawan-kawan rapatku. Tapi kuasa Allah itu Maha Besar….sedang aku dan kawan-kawanku membawa haluan masing-masing, tiba-tiba aku dikejutkan dengan pengakuan oleh L bahawa D kini telah menjadi buah hati barunya!

Ko gila ker L? tanya aku pada L. Bukankah ko kata D tu pangkat pak sedara dengan ko? Tanya aku pada L.
So what? Kalau dah jodoh aku…ko nak cakap apa? Jawab L sombong.
Aku tak kesah L ..dengan sapa pun ko nak couple..tapi kenapa D? Kenapa dengan orang yang ko kata nak kenenkan pada aku dulu tu? Tanya aku sinis pada L.

Ditakdirkan Allah, minggu kedua Ramadhan itu MA telah masuk hospital kerana menghidap demam panas dan aku telah mengambil kesempatan itu untuk melawatnya.
Maafkan aku A…aku tau ko tersiksa dengan perlakuan kami. Tapi …itu bukan rancangan aku ..kata MA perlahan.
Rancangan? Apa maksud ko MA? Tanya aku dengan penuh minat.
Aku tak sampai hati tengok ko keseorangan macam nie..kata MA lagi.
Aku rasa terharu A… terharu sangat… sebab ko sanggup melawat aku biarpun aku, L dan Z buat ko cam tue…kata MA.

Aku tak pernah buang kawan MA…lagipun aku tak tahu cerita pun kenapa aku diperlakukan macam nie. Aku tak ingat pun aku pernah caci D macam yang korang katakan dulu. Demi Allah…MA! Balas aku perlahan.
Sebenarnya…..itu semua rancangan L! L tertarik hati bila mendengar luahan perasaan D untuk berkawan dengan ko…sebab itu dia reka cerita macam tu!
Mulanya L malu sebab D tu pangkat pak sedara dengan dia tapi dia tak sangka yang D juga berminat dengan orang seperti kita! Kata MA tersekat-sekat.
Sebab itu dia reka cerita yang ko kutuk D kaw-kaw macam tu dan mintak tolong kami bekerjasama dengannya! Pada D juga dia menceritakan perkara yang sama…sambung MA lagi.
Ya Allah …MA…sampai macam tu sekali??? Tanya aku sambil kugeleng-gelengkan kepalaku yang tak pening pun.

Aku akur dengan pilihan L walaupun masih bersedih kerana diperlakukan begitu oleh kawan-kawan baikku. Sanggup mereka mempertaruhkan hubungan baik sesama sahabat semata-mata kerana menurutkan hasrat hati!Syawal yang dinanti, semakin menjelang tiba. Hubungan aku dan MA serta Z pun kembali terjalin seperti biasa. L dan D pula sedang asyik melayari bahtera perhubungan mereka tanpa restu……dari aku laaa..heheheheee….Sapa lagiks????

Saturday, December 02, 2006

jaNGaN paNiK

Blog akan kehilangan html command kerana server google sedang diperbaiki so chatbox, lagu dan iklan-iklan semuanya takde. Harap google boleh membaiki masalah ini secepat mungkin.

4 haRi yaNG buSy




Mula dari hari Khamis 30 November sampailah ke hari Ahad 3 Disember ni memang aku busy giler dan tak sempat nak update blog dengan artikel - artikel terbaharu. Dengan ada beberapa hal kerja yang perlu disettlekan dan beberapa kengkawan yang datang ke KL untuk berjumpa serta beberapa aktiviti keluarga sehingga Ahad ni, schedule aku pack giler. Ni pun aku baru balik ngeteh dengan Kerbau dan Kitang serta SK dan aku gagahkan jugak bersengkang mata untuk tukar lagu dan tulis ucapan harijadi Normah yang sepatutnya aku buat semalam, walaupun jam dah tunjukkan pukol 3 pagi.

Khamis lepas aku sempat berjumpa Che Dat di padang golf di Nilai Spring dan selepas itu kami pergi ke kedai Slumber Jr dan makan malam bersama. Slumber belanja makan ayam golek Nilai kat sebuah gerai berhampiran kedainya..memang best. Selepas balik makan malam dengan Slumber aku terus ke Suzy Corner kerana Kerbau, Kitang, Padil dan Syed Hamid ajak minum teh di sana untuk bincang berkaitan grand gathering. Kat Suzy Corner pun sampai pukol 3-30 pagi barulah selesai. Habis kat Suzy tu aku ada discussion business lagi dengan member sampailah pukol 5-00 pagi kat Pandan Perdana.

Then siang Jumaat selepas sembahyang Jumaat jugak pack dengan aktiviti kerja dan malam ada family outing lagi dengan adik ipar aku sekeluarga tapi sempat jugaklah ngeteh dengan SK, Kitang dan Kerbau yang nak balik ke Temerloh pekena sup dekat Jalan Doraisamy sampai pukol 1-30 pagi tadi. So sembang-sembang pun sampai rumah dekat pukol 3-00 pagi, lalu aku capai jugak notebook ni untuk update lagu dan sedikit artikel ni. Hari ni aku akan ke PD kerana anak2 aku dah ada kat sana since pagi Jumaat gathering dengan keluarga side aku so tidur semalam kat sana dan Ahad nanti baru balik KL. Insyaallah malam Ahad nanti aku buat artikel2 baru untuk tatapan korang Isnin nanti dan ada beberapa artikel dari Awin dan FG yang pending aku tak siarkan lagi. Aku jugak nak tulis satu artikel berkaitan lagu Ayah dan Ibu ni....

haPPy birTHdaY nOrMaH

Semalam 1hb Disember genap umur Normah 39 tahun. Selamat Harijadi Normah, semoga di panjangkan umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia sekeluarga. Sorry kepada Normah tak sempat nak siarkan ucapan ni semalam kerana saya busy sesangat dengan urusan-urusan peribadi dan kerja sampai nak masuk dan update blog pun tak sempat.