Thursday, January 28, 2010

seJuKNyaaa! 2


Saya baru balik dari Casino The Boulevard yang terletak di bawah hotel saya di Grand Hyatt. Casino tersebut bersambung antara Grand Hyatt dan Hard Rock Hotel. Memang besar seluas stadium Bukit Jalil rasanya. Puas berjalan dalam tu. Sampai juga la hajat nak tengok camne rupa casino ni. Dalam casino tu tak boleh ambil gambar tetapi rupa-rupanya semua ada, disco, live band dan meja judi serta mesin-mesin slot. Makanan dan minuman semuanya free dalam casino. Siap ada feeder bas lagi nak kemana-mana, semuanya percuma.

Pagi semalam pula, sementara SK sibuk bermesyuarat, saya 3 beranak berjalan-jalan sekitar City of Dreams dan terus ke Macau Peninsular yang dihubungkan dengan jambatan. City of Dreams terletak di Pulau Taipa sementara Macau Peninsular pula sebuah pulau lain. Rupa-rupanya bas-bas di sini semuanya percuma kerana setiap casino menyediakan feeder bas. Kami sampai di Macau Peninsular kira-kira jam 11 pagi dan terus kami berjalan-jalan ke Fishermen Wharf dan pekan Macau. Betul seperti yang saya baca dalam internet sebelum ini, Macau rupanya tiada shopping complex. Semua bangunan besar adalah casino. Venetian, Sands, Wynn, MGM semuanya casino. Hanya adalah kedai-kedai di dalam casino tersebut tetapi semuanya branded punyer kedai seperti di Pavilion. Luis Vitton, Prada, Marc Jacobs, Coach dll. Harga barang toksah tanya la tetapi itupun saya rasa kalau beli kat KL murah lagi dari beli kat sini. Contoh baju Asworth kalau kat KL paling murah boleh dapat RM60 tapi kat sini paling murah RM400. IPod Apple kalau kat Low Yat boleh dapat RM300 lebih kat sini RM700. Banyak bezanya. Kat sini pula tiada barang immitation lebih2 lagi barang China, tadak pun.

Makan pun mahal kat sini. Saya tengok kat kedai biasa pun paling murah makan nasi cecah RM30. Kat Grand Hyatt jangan cerita la. Paling cikai breakfast set pun RM120. Rupa-rupanya SK kata ada geng Macau dia beritahu gaji eksekutif biasa kat sini cecah RM20-30 ribu seminggu beb. Patut ler mahal..dah jadi macam Japan plak.

Hari ini insyaallah saya nak explore ada beberapa tempat lagi yang sengaja saya simpan tak pergi semalam. Sebabnya kat sini tak banyak benda nak tengok pun. Betul kata dalam internet forum yang saya tengok...Macau ni tempat casino jer dan branded product.

No comments: