Monday, January 11, 2010

abG jeM ceRitA paSai kaWiN baNyaK La puLoK

Hari ni 4Jan 2010, hari pertama dalam bulan pertama didalam tahun 2010, pagi-pagi lagi abgjemm menyiapkan anak-anak abgjemm utk kesekolah, maklum hari pertama darjah satu pulak tu.. agak sukar juga anak abgjemm nak bangun tambahan pula dia diserang batuk2 malam tadi. Abgjemm harap semua nya OK nanti…

Sahabat Budiman,
Sebenarnya Abgjemm ingin meneruskan pengalaman Abjemm merancangkan pertemuan ‘Ah Long’ dengan salah seorang pegawai tertinggi PDRM dan seorang lagi pengarah salah sebuah Bank utk usahawan tetapi abgjem tengok ada Mat Dwan komen pasal poligami abgjemm rasa elok juga kita sentuh sikit pasal topik yang menjadi kegemaran ramai lelaki budiman ni…. Bukan apa untuk panduan dan mungkin juga satu perbincangan yang ilmiah untuk rakan-rakan budiman…
Nota: Ini semua adalah pendapat dari pengalaman abgjemm semata-mata..

POLIGAMI SATU FENOMENA
Sebut sahaja perkataan hikmat poligami .. tentu ada rakan budiman terutama rakan wanita yang akan melompat sampai ke siling.. ini adalah kerana kesensitifan perkataan ini.., tetapi Abgjemm sebenarnya bukan menyokong amalan ini juga menyangkal amalan ini kerana ianya telah pun digariskan didalam alquran .., Cuma sementelah ia telah disebut didalam surah an nisaa dan sirah rasulullah maka ramailah para suami telah menggunakannya secara langsung atau tidak langsung didalam mendapatkan atau mengukuhkan alasan untuk berpoligami.

Jika rakan ada terbaca tulisan seorang pengamal poligami kalu tak silap prof dr hilmi dari upsi yang mana abgjemm juga bersetuju iaitu poligami juga bisa menjadi sebahagian dari obat kepada masalah sosial sekarang .., kebersetujuan ini adalah berpaksi kepada research abgjemm sendiri dilorong-lorong hitam, bohsia, bohjan (minta maaf istilah ini lebih menepati maksud) mat/minah rempit, kes-kes buang bayi.. kebanyakan nya berpunca dari masalah tidak mahu menerima poligami lalu memilih perceraian atau lebih dahshat lagi berlaku penzinaan sebagai jalan hidup..

Sebagai kontra kepada keadaan ini abgjemm juga melihat kepada permasalahan didalam berpoligami terutama jika melihat dari sudut kemampuan.., sama perti rukun islam yang lima, kemampuan didalm surah an nisa seringkali di salah tafsir ., asal ada uang, dikira mampu.. tidak begitu mudah tuan-tuan.., seringkali rakan2 menanyakan kepada abgjemm tentang ini, respon abgjemm mudah aje.. sebelum nak mimilih jalan poligami, pergilah tunaikan haji terlebih dahulu.., kerana rintangan dan cabaran dimekah adalah hebat, jika bisa diharungi maka layaklah berpoligami.., tak begitu Bilal?.. Mungkin lebih manis jika haji dijadikan salah satu pra-syarat untuk poligami., ini juga merujuk kepada keresahan tuan guru Nik Aziz yang mana kebanyakan lelaki berpoligami hanya untuk mengikikis uang dari isteri kedua yang bekerja , berpangkat dan berpendapatan tinggi.

Seringkali beberapa isu penting samada dilupakan, di buat-buat lupa atau dirasakan tidak penting oleh bakal pengamal poligami didalam masyarakat kita, seperti perasaan orang sekeliling terdekat (ringside) seperti ibu mertua, bapa mertua, bakal ibu mertua dan ipar duai… isteri yang muda juga berkehendakkan cahaya mata… bagaimana jika anda terpaksa bangun dinihari untuk membuat susu untuk anak yang masih kecil sedangkan umur anda dah mencecah 50, bagaimana pula jika timbul hari seperti hari ini anda terpaksa mendaftarkan dua-dua anak anda didalam darjah 1 di dua buah sekolah yang berbeza kan haru-biru.

Mungkin juga diusia-usia begini (maklum saja gas pun dah nak habis) ada rakan-rakan wanita budiman telah diusha atau diapproach oleh suami masing-masing untuk berpoligami..ermm, bagimana respon kakak-kakak sekelian.. terus melenting atau merajuk, mendiamkan seribu bahasa,,(ingat,, diam tanda setuju). Sebelum abjemm memberi sedikit tips rasanya eloklah abgjemm mengimbas beberapa rakan abgjemm punya alasan untuk berpoligami.

Kes Pertama, mamat ni orgnya waraq (tapi tetap simpan gf) agak berjaya dalam bisnes, punya anak 5 .. 4 lelaki 1 perempuan. 3 dari anak lelaki yang abgjemm kenal memasuki sekolah tahfiz. Isterinya sangat baik hati, lemah lembut dan begitu anggun sekali, apabila diajukan soalan ini, isterinya bertanya kembali seperti biasa, ‘apa yang abang rasa kurang dan bolehkah saya perbaiki.., sebab saya belum tentu boleh menerima poligami. Lalu mamat tu mengatakan bahawa tiada apa2 kekurangan malah amat bersyukur sekali tetapi ‘Allah telah menguji abang dengan seorang isteri dan abang berjaya membentuk keluarga bahagia, kini Allah mengurniakan satu lagi wanita untuk abang membentuk sebuah lagi keluarga bahagia… ‘. Tapi sudahnya berakhir dimahkamah syariah jua…

Kes Kedua, seorang rakan fasih berbahasa cina dan rupa pun macam cina, sekembalinya dari US, terus mengahwini seorang gadis berbangsa cina setelah 5 tahun berkahwin tidak dikurniakan zuriat tetapi disebabkan terlalu banyak campurtangan keluarga, rakan saya terpaksa melepaskan isterinya… Berkahwin sekali lagi, pun dengan wanita cina juga, sama juga ceritanya selepas 5 tahun Cuma bezanya ibu mertua rakan abgjemm ni dekat nak meninggal dunia meninggalkan wasiat supaya beliau berpisah dan dihadapkan dengan wang RM120K. Lalu rakan abgjemm berpisah dan mendermakan wang tersebut kepada rumah-rumah anak yatim. Selepas itu beliau bertemu jodoh dengan seorang lagi gadis berbangsa cina, kali ini beliau berhati-hati dan tidak mendeclarekan perkahwinan tersebut sehinggalah isteri beliau itu sangat bersedih hati melihat keadaan suaminya lalu meminta beliau untuk berpoligami dengan salah seorang sahabatnya yang juga bekerja sama ofis dengan rakan abgjemm ini…. Panjang juga kesah rakan abgjemm ni, selepas perkahwinan itu, isteri cina beliau pula terasa ‘inferiority complex’ setelah melihat madunya yang juga rakannya berjaya menimang cahaya mata… lalu meminta untuk mendeclare perkahwinan yang hamper berusia 2 tahun… kini isteri melayu pula agak berat hati untuk menerima deklarasi tersebut. Alangkah komplicatednya… tetapi AlhamduLillah rakan abgjemm berjaya didalam menguruskan perkara tersebut dan perkahwinan mereka berkekakalan sehingga kini….

Kes Ketiga, juga rakan yang telah di rekomen oleh isteri untuk menikahi rakan nya yang telah lama menjanda beranak 3, rakan abgjemm ni bolehkata ok dari segi perawakan, appearance, kewangan dan tuturbicara boleh dikatakan lelaki idaman wanita lah… Setelah persetujuan dicapai, calun madu isteri kawan abgjemm pun membuat sedikit keramaian makan2 bersama rakan2, kengkawan termasuk abgjemm juga menghariri majlis… malangnya sebelum tamat majlis, isteri rakan abgjemm telah kalut mengajak rakan tersebut pulang. Rakan tersebut menurut aje. Esok paginya rakan memberitahu rancangannya untuk berpoligami telah musnah semuanya kerana apabila isteri beliau diwaktu hendak ketandas kelmarin telah melalui bilik tidur ‘pengantin’ yang telah dihias indah dan sejak dari itu beliau merasa gundah gelana lalu membatalkan hasrat untuk membenarkan suami berpoligami…

Itulah beberapa kesah rakan2 abgjemm yang telah, akan dan bercita-cita untuk berpoligami… Mcamana dengan kakak-kakak sekelian,.. dapat jawapannya kepada persoalan ini… Nasihat abgjemm apabila telah diapproach, janganlah melenting tak tentu pasal.. katakan kepada beliau perkara sunnah dan kebenaran didalam surah An nisaa adalah perkara besar dan tidak harus di lihat sebagai humor atau sesuatu yang remeh… kerana ia pastinya melibatkan ramai pihak dan bisa merobah hala tuju kehidupan. Memanglah niat kita baik, tetapi kadang2 yang kita lihat adalah warna yang hijau sahaja, warna yang kelabu terlindung disebalik kehijauan.

Kepada rakan2 lelaki budiman pula jika ada menyimpan hasrat untuk berpoligami, atau mempunyai ‘kekasih hati’ lain mahupun sudah mengahwini seseorang baik diseberang atau dimana sahaja, sebaiknya buatlah deklarasi kerana ‘it is better to deal with devil that we know rather than angel that we do not know’ dan cubalah renungkan hadis ini – Dari Abdullah ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda ‘tiga jenis lelaki yang pada hari kiamat yang akan didalam timbunan kasturi, pertama orang yang melaungkan azan lima waktu disiang dan malam hari, orang yang mengimami dalam keadaan mereka menyenangi dan ketiga mereka yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.’ HR Tirmizi

Abangjemm – Setia pada yang satu

13 comments:

Anonymous said...

Kawin banyak ni aku tak minat la abg jem...simpan girlfriend banyak aku minat...takde commitment dan tak payah nak fikir susah2. Jaga bini satu jer cukup.

Bila nak girlfriend panggil jer...no commitment no string attached...bahagia.

Girlfriend kalau tak suka kita cari girlfriend lain.. apa susah. Tak payah nak fikir2 pasal sedara dia, adik beradik dia la, mak bapak dia la.

Masalah sesetngah lelaki ni cepat cair bila jumpa pompuan...tu yang sampai kawin lagi satu tu...when u are married u have to be cruel when someone fall in love with u.. senang no string attached or one nite stand...habis cerita...kepala tak sakit...rumahtangga pun selamat.

Kalau kat KL ni banyak yang jenis looking for someone just to be companion without commitment...macam slogan Nike...Just Do It! Jangan jadi Tiger Wood dah...

Tapi yang betulnya dont la involved with all this extra marital relationship ni...senang jangan cari pasal, ikut saranan Islam dan live happily with your family.

Tapi kalau dah banyak godaan mendatang tu maklumlah umur 40an memang gadis 20an cukup berkenan zaman ni...be prepared to be cruel or no string attached or one nite stand..that's it.tutup buku...balik rumah jaga family, dudk diam2 pakai kain pelekat, mahgrib pegi surau, pukol 10-00 mlm masuk tidur.

Life without love is life full of emptiness. Life with a young lover is life full of energetic, adventurous and motivation. So get someone young budiMaN and get spoil.

Tamarulan said...

Sebut pasal kahwin aku naik semangat balik,amid semangat mid, Dr Ismail Tambi kata org lelaki ni kalau tenguk pompuan ni semua dia nak rogol, betul mat dwan, lelaki kecik lagi buas, tak caya tanya sidi lateh,kalau nak kahwin tu kahwin ajelah, ada rakan budiman yg belum kahwin, contoh nya anak cikgu ali dan cikgi zainab kat bentong, anak mahmood budak paloh, farah kat kuantan, bak kata rakan budiman tu kahwin tu sodap, pyan pun menyesal dpt gelaran lelaki melayu terakhir kahwin, yg untung rakan abg jemn yg muka macam cina tu, dpt kahwin byk kali, dpt rasa macam2, tapi asyik rasa limau mandarin aje, patut dia rasa kari ke, burger ke, tempe ke, tempoyak ke, shushi ke, apapun dia tetap betuah, betul raman shakri, ada pulak rakan budiman dah berhenti kahwin, muak agaknya, dan telah meniggalkan isteri buat selama2nya pun ada, apapun saya tahu ramai rakan budiman berhajat nak tambah tapi ada byk faktor halangan, tenguk aje tiba2 ada najiha, ramai yg bersemangat balik, tiba2 jadi abg lid, abg ker, boleh tahan gatal tu, betul apek?, last sekali aku sampai sekarang terkenang suara merdu budak dss dulu, iaitu aliza alang ahmad, depa panggil ely kot, sk ada ambil gambar bersama dia dulu, ok lah kpd yg ada hajat boleh daftar kat mizi, kita tenguk siapa yg dapat......

matdwan said...

Bro.., jangan jadik cam mat brenseq bro..., napsu je banyak, tenaga x de., kena pandai membezakan antara napsu dgn tenaga bro.., kang naya anak org.. hehehe

Anonymous said...

nice story,,

yusri-outsider.blogspot.com

Anonymous said...

Mat Dwan...viagra ada, biji hitam ada...macam2 ubat ada...nafsu boleh dicipta... pompuan tak boleh manusia cipta.

Tamarulan said...

Alamak, terlupa pulak aku perihal mat brengsek, dia dapat kereta secondhand, mungkin recon agak nya, tapi dia cool,mungkin dia nak ikut Rasulullah, cuma satu saja dia ni, Rasulullah suka naik kuda manakala mat brengsek ni suka main kuda, walau bagaimanapun dia ni baik orangnya, anak watan bangau.

matdwan said...

bro, mat brenseq mmg dari mula nak carik keter 2nd hand, sbb dia kata keter brand new lum tentu brand new.., kdg2 org dah test drive.. hancus aki.. saper nak tahu tarikh lahir mat brenseq..<?

Tamarulan said...

Umur mat brengsek ni ...mmmm lebih tua dari antu raya, pun tua dari mat dwan tapi muda dari zohri budak dcs tu, lebih 45tahun tapi belum sampai 50tahun,muda dari payit, lebih kurang sama dengan sarip setan dan sidi, dah 48tahun umur dia kot.

matdwan said...

wa caya lu bro..
birthday dia 13.1.62.., gf banyak mmg seronok aki.., tapi skali kantoi makan tak abis aki.. pengsan

johan said...

salam
aik ade juge yg masih minat kat alley (haliza anak pak alang)tu

johan

abgjemm said...

ello bro

elly ni mmg cun dan oustanding lagi.., skali jumpa dah rasa cam setahun bermesra.., pernah terjadi beberapa pergaduhan diantara beberapa rakan abgjemm yang berebutkan si elly anak cekgu alang nie.., anyway elly you created nice memories 2 me. tq

JOHAN said...

SALAM,
AIK BANG JEMM PUN ADE SCAND...DGN ELLY KE...INGAT KAWAN GUA JE...
ADE SWEET MEMORI (TANPA GULA)DGN ALLEY.....


JOHAN

mohamad said...

HAPPY BIRTHDAY TO ME.
awk me ni sema tak cekap, kes macam ni pun tak boleh nak stl.