Sunday, January 03, 2010

2010

Semalam saya, Sutok, Walid dan Apek JiB (Jamming In Brainstorming) sambil pekena goreng pisang panas di ofis Sutok di Gombak start pukol 4-00 petang dan habis kira-kira jam 9-30 malam. Banyak cerita dan idea-idea baru.

Hari ini pula tentunya ramai rakan budiMaN yang sibuk menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah dan ada yang menghantar anak-anak ke asrama untuk memulakan persekolahan esok. Ada yang ke MRSM, Sekolah Sains, Sekolah Integrasi, Tunku Kursiah, MCKK, SDAR, Sekolah Teknik dan lain-lain lagi. Ramai juga anak-anak budiMaN yang cerdik-cerdik masuk ke sekolah berasrama penuh ni. Bagi yang biasa-biasa pula macam anak saya, persiapan macam biasa sahaja cuma hari ni dah bermula kehidupan dia orang tanpa PS2, PSP dan juga My Space.... kena tarik balik beb.

2010 juga ada beberapa budiMaN akan memulakan langkah baru dalam kehidupan. Walid dah berhenti kerja mulai 1hb Januari lalu dan akan memulakan perniagaan gerai makan di Kampung Baru dalam masa terdekat ini. Apek dpA pun akan memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan juga khabarnya. Sutok pula katanya akan meneroka perniagaan lain dan kalau boleh nak tinggalkan bidang kontraktor ni sebab katanya peluang kerja-kerja kontrak makin slow. Nak harap rakan budiMaN yang jadi Ketua Pengarah ker atau KSU Kementerian pun, takde lagi yang sampai ke tahap tu.

2010 yang baru menjelma di harap akan membawa sinar baru dalam kehidupan beberapa rakan budiMaN. Harapan 2010 kita boleh saksikan beberapa rakan budiMaN yang akan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. 2010 harap ada rakan budiMaN yang berjaya mengetuai sesebuah jabatan kerajaan atau sekurangnya menjadi Pengarah Jabatan Negeri, berjaya menjadi CEO public listed company atau berjaya mengetuai sesuatu bahagian dalam pergerakan politik. Ada beberapa individu budiMaN berpotensi mencapai status di atas sebenarnya.

2010 juga jangan sekali-kali kita lupakan sebilangan rakan budiMaN yang kehidupannya semakin hari semakin kabur harapannya. Dalam mengejar kejayaan kehidupan, ramai rakan budiMaN sebenarnya terhimpit dengan kesesakan ekonomi yang semakin meruncing. Kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan sebenarnya menimpa ramai budiMaN. Jadi harapan 2010 lebih banyak amal kebajikan akan dapat di lakukan budiMaN terutama bagi rakan budiMaN yang telah berjaya sikit tu, toleh-tolehlah kebawah dan ambillah tahu tentang kesengsaraan sebilangan rakan budiMaN kita yang lain. Bantulah seberapa boleh yang dibantu. Kemudian tolonglah beritahu kepada rakan budiMaN lain, jangan fikir kita beritahu tu sebab nak menunjuk tetapi sebenarnya nak beritahu rakan budiMaN lain supaya mereka pun boleh bantu sama. Janganlah terikut dengan sebilangan fikiran yang mengatakan tak payah nak tunjuk2 lah bila tolong orang atau kawan. Itu silap. Nawaitu kita kena perbetulkan. Kita tunjuk kerana kita nak rakan budiMaN lain turut sama membantu bukan duduk diam jer syok-syok tengok blog ni lepas tu buat tak tahu jer. Nak membantu RM10 pun tak mahu lepas tu kutuk belakang lagi. Harap mentaliti sebegini di 2010 akan berubah dikalangan budiMaN.

2009 menyaksikan amat kurang aktiviti amal di lakukan budiMaN. Tiada yang mengajak dan tiada yang nak proposed. Dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dimana budiMaN begitu banyak melakukan aktiviti amal baik dengan orang kampung dan juga anak-anak yatim serta tahfiz. Harapan 2010 aktiviti amal budiMaN akan mengatasi pencapaian kita yang lepas-lepas.

6 comments:

LaN KidA said...

Salam,
Gambar awek misteri pakai tudung tu terpaksa saya keluarkan dan gantikan dengan gambar caddy siam masa saya main golf dengan Mizi diB Konsulat Songkhla tahun lepas.

Bagaimanapun insyaallah gambar awek tudung tu akan saya siarkan dalam satu artikel lain dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun kepada sesiapa yang dah tahu sape nama awek tudung tu boleh jer nak tengok gambar tu dengan google nama beliau dan browse website yang diberikan.

kerbau said...

rasa mcm pernah tgk gambar ni, kat mn yek..................kah3

Mat Dwan said...

cun tu kodok siam caddy... tu yang buat aku nak g main golf ngan Mizi gak tu.. .18 hole ke 19 hole...?

Mizi Songkhla said...

Hi Mat Dwan,

jom la dtg main golf di Songkhla, ajak member-member Budiman sekali buat golf trip ke sini. Cuma 5-6 jam dari KL.

Kelebihan caddy disini ialah bila hang dapat par, dia senyum, bila hang dapat birdie, dia kiss, bila hang dapat hole-in-one, dia........

Man Teruq said...

Salam Mizi, huh hebat tu kalau golf di Songkla..di Jakarta pun ada jugak mcm tu cuma di sini kalau awok ob ke, pukul bersimpang siur ke layanannya tetap sama dan kalau hole ini one, dia nak ikut awak balik..hehehe.

waleed said...

Salam
Pembetulan.
Walid resign start 1/1/2010 with 2 months notice.So mayb tolak campur, tgh bulan Feb 2010 baru abis. Kesilapan yg tak disengajakan.

p/s..Truq...truq...