Monday, July 02, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: tAk cUkUp dUit

Malam tadi seperti biasa saya free sikit dan balik awal ke rumah setelah beberapa malam mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sehingga lewat malam. Jengok ke blog BUDIMAN dan e-mail saya, tiada apa yang menarik kecuali beberapa e-mail berkaitan kerja. Tak tahu apa idea nak di cetuskan sebagai artikel dan akhirnya setelah pekena sebatang rokok Peter Stuyvenson, datang pula ilham dengan tajuk seperti di atas. Sambil-sambil tu sempat juga saya saksikan F1 France GP di TV2 sementara menunggu US Woman Open di Channel 83 pada pukol 2-00 pagi nanti.

Tak cukup duit. Sindrom tak cukup duit sebenarnya telah melanda dari zaman dahulu lagi sejak kita semua remaja sehinggalah ke hari ini. Dengan keadaan harga barangan dan taraf hidup yang semakin tinggi, sindrom ini nampaknya menjadi parah dari hari ke hari baik dikalangan kita semua di sini mahupun orang ramai di sekeliling kita. Dengan keadaan pendapatan yang tidak banyak berubah kepada golongan makan gaji kepada pendapatan yang tidak menentu bagi golongan yang berniaga, keupayaan untuk berbelanja makin lama menjadi makin terhad.

Persoalannya di sini, benarkah semua pihak merasakan keperitan kesan ekonomi atau ianya tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Kalau kita lihat samada di media elektronik mahupun internet, keluhan sebilangan masyarakat terhadap kesan ekonomi yang semakin perit sering di luahkan. Namun begitu kita lihat ramai juga di antara kita yang masih boleh menukar kereta baru yang mahal, berbelanja ke luar negara atau berbelanja secara mewah.

Kadang-kadang kita lihat sebilangan mereka-mereka ini apabila bersama orang lain sering menunjukkan bahawa mereka tidak berduit dan amat tertekan dengan keadaan ekonomi yang mencengkam. Namun di sebalik hakikatnya, mereka ini ada mempunyai simpanan yang banyak dan boleh pula berbelanja samada untuk pelaburan perniagaan atau membeli harta dan berbelanja besar. Jenis manusia macam ni kadang-kadang teh secawan pun tunggu member bayarkan dan buat muka seposen jer macam takde duit.

Sebut pasal member bayarkan ni ada macam-macam jenis sebenarnya. Ada setengahnya kalau dengan kawan-kawan memang mereka ni nak tunjuk mereka tak berduit kononnya. Atau kalau dalam sesuatu sessi bersama kawan-kawan tu, ada pula kawan yang nampak senang sikit, maka jawabnya member yang nampak senang tulah terpaksa membayar segala bil. Yang konon tak berduit tu mampus satu sen pun tak nak keluarkan duit dia.

Kadang-kadang keadaan macam tulah yang membuat kita tertanya-tanya, betul ke masyarakat amat tertekan dengan kenaikan kos taraf hidup dan tidak berduit atau sebenarnya hanya kita seorang yang tidak berduit. Orang lain kata je tak berduit. Tapi kereta baru, rumah baru, perabot baru, melancung oversea... iskh..iskh...kata pokai tak cukup duit atau nampak macam tak berduit. Pening..pening...

Jadi minta pendapat kawan-kawan pula la...camne yer?

10 comments:

Anonymous said...

bagus la kida buat topik2 camni... boleh membuat kita terfikir akan hakikat... tapi satu jer la.. kalu dah nak keluar rm untuk belanja kengkawan jangan la mengharap apa2 balasan,,, ikhlas bukan e-class...
kengkawan pun jangan la asik menempek jer,,.. macho la sket.. sesekali 'draw' apa salahnya...

Anonymous said...

salam...apa la yg payah sgt...takyah tunggu yg senang jer nak byr...kita pakat kongsi..abis citer...satu utk engkau..satu utk aku...dua utk engkau..dua utk aku...muafakat kan lebih baik.

p/s alhamdulillah..rezki sentiasa ALLAH berikan..pandai2 la kita uruskan dgn baik.

Anonymous said...

wah bagus nye mat dwan n walid... ni mesti rajin belanja kengkwn...baguslah cam tu tak elok kedekut2 kan...nanti mat dwan n walid nak gi ngeteh blanja sk sekali eh..

*tongkat dagu tunggu call dr mat dwan*

p/s mat dwan jemput sk dgn e-class pastu blanja sk dgn ikhlas ahaks!

Anonymous said...

bila baca artikel ni terutama yg last para artikel. mmg ada segelintir manusia begitu...kata tak de duit tapi tgk2 belanja wah cam dah tak tau wat mende dgn duit tu. buat sk teringat la plak pd satu usrah yg sk pernah hadiri... tak baik kata tak cukup duit nanti tuhan bagi betul2 tak cukup duit baru tau (allah tarik balik rezeki).. kita kena selalu bersyukur pada allah swt atas kurniaan rezeki dariNya.

p/s pada sesiapa yang melimpah ruah rezeki Allah berikan, disamping berbelanja sakan sedekah2kanlah sket pada yang serba kekurangan barulah berkat hidup tu...*wink*

Anonymous said...

Salam sumer,
For the 1st time mencelah..

Rata2 penyakit ni menyerang sume golongan. Tak kirala yg 1)mmg dr asal x cukup2,2)yg dah cukup pas tu x cukup pasal belanja x ikut kemampuan atau 3)yg dah ok tapi biz down/vss/retrench atau bla bla..Dlm 3 golongan ni yg perit skali yg ke 3.sbb by that time dah commit mcm2 komitment tetiba jatuh ..tu yg smp tergadai rete benda..mmg sian..Hidup ibarat roda ..mgkn arini kita kat atas..esok lusa lom tau lg..kena ingat2..Dan jgn mudah pndg rendah pd kekwn yg sengkek bila kita senang..Minta Allah murahkan rezki kita sumer..Amin

Anonymous said...

ada org banyak duit tapi hidup merempat-rempat
macam duit tu boleh bawak ke kiamat
ada org tak ada duit tapi hidup berhemat2
sampai boleh kahwin empat
ada orang ada duit tapi guna macam naga
sekali ada makan semua kemudian ternganga nganga
ada orang "macam" ada duit tapi sebenarnya tak berduit (macam aku)
ada orang macam berduit tapi pura2 takde duit (macam dwan)
ada orang memang berduit dan orang tau dia berduit (dari stailnya, macam kida)
ada orang masih tertanya2...apa itu duit? (macam baru keluar dari hutan, macam....)
apa-apa pun, dunia sekarang perlukan duit..takde duit duinia pun tinggalkan kita...macam kera..

brabus

Anonymous said...

bukan nak komen bukan nak rekemen...
apa2 hal sendri mau ingat aisyehmennn....

p/s maykue n anonymous...siapa yek?? bila la nak ngeteh ngan rodong..sk join skali tau.

Anonymous said...

To Walid, SK rasa SK tau sape anonymous (brabus)

ok walid SK tunggu walid ajak ngeteh.

Anonymous said...

salam sk..
brabus ni..tentu koporat besor...tul tak sk..tp bunyi dia imbas2..beram***..jgn marah aaa...

p/s maykue ???

Jun said...

salam..jun suke topik ni...hehehe..cam bese rasa aje, wahahaha...
ala, mana penah cukup..
lagi besar gaji..lagi besar belanja, bila turun gaji..susah nk turun belanje..tp bila gaji kecik, belanje besar gak..so, ikut tang mana pon..mmg x pernah cukup...donia ni cam tu lah..heee. bersyukur aje dgn ape yg ader....!