Sunday, July 15, 2007

teTaP maChO


Dalam banyak kawan-kawan bekas UiTM batch Julai 85 yang saya sudah jumpa selepas 22 tahun di Kuantan dahulu ada beberapa orang yang saya rasa masih kelihatan macam dahulu tanpa sebarang perubahan bentuk fizikal yang ketara. Antaranya yang saya boleh namakan di sini adalah seperti :

1. Syed Hamid @ Walid
2. Sidi @ Che Dat
3. Khirusham @ Puis

Yang lain-lain tu saya rasakan mengalami bentuk perubahan fizikal yang samada begitu ketara atau terdapat sedikit perubahan fizikal. Seperti Slambe, Kitang, Lan Kentei, Man Troq, Jepun, Mat Dwan, saya rasakan ada sedikit perubahan fizikal sahaja dan masih boleh diingati seperti tahun 85 dahulu. Ada juga yang langsung tidak boleh di cam dan mengalami perubahan fizikal hampir 70% seperti Bilal dan Mat Rock. Mat Rock lagi teruk sampaikan masa saya buat Golf Reunion 2004 dahulu di Bkt Beruntong, kawan-kawan yang berada bersama beliau di Bilik Persalinan hampir kesemuanya tidak mengenali dirinya.

Budak-budak pompuan pula saya tak nak komen la kerana banyak yang saya jumpa hampir tidak boleh di cam langsung atau kalau boleh cam pun memang dah banyak out of shape betul. Maybe ada juga yang saya tak jumpa tapi anda semua terjumpa dan tengok kawan kita samada lelaki atau pompuan yang masih maintained macam dulu, mungkin boleh cerita sikit kat sini....

8 comments:

walid said...

salam seme n kpd kida.....gambo kawei tu .adusssssssssss

p/s kida, skrg fizikal dah lain la..ala2 mat rok dahhhh

Ghost rider said...

Salam Walid...awok memendam rasa wer?

radwan said...

kida...

amacam kalu kita listkan ahli budiman yang kawin lebih dari satu...

he3...

lan kida said...

Dwan,
Ahli BUDIMAN yang kahwin lebih dari satu tak ramai..batch Julai 85 aku rasa 2 orang je..satu Temerloh..satu Jengka... yang INGIN kahwin lebih dari satu maybe boleh listkan tapi yang MAHU kahwin lebih dari satu tu susah sikit mau listkan...bahaya!!!

Walid..apasal memendam rasa? Gambo tu nostalgia apa... bukan senang nak bergambor gitu wer.

bilal said...

Salam..
Kotkot nak tanya pada yang maintain fizikal tu.. apa rahsia anda..?
Pada yang banyak berubah tu (He..he..) apa rahsia anda ? sbb yg maintain pun adakala jelous..

ada yang dah kahwin lebih satu tu.. apa rahsia anda..? Dan yang INGIN kahwin lebih satu tu apa pulak rahsia anda..

Bagi diri koi..
Biar lah rahsia

Mizi said...

Kida,
nak tanya sikit, napa nama aku, dwan dan jun kat ruangan komen ni warna biru, sedangkan kebanyakan nama yang lain tu warna hitam? Pelik tapi benar...

SaYanG kidA said...

mizi, sk jawab kat sini jugaklah soklan mizi tu..kot2 mizi tak leh tgk jwbn kat chat box..

yg ada line dan kaler biru tu sbbnya ada account google tak kiralah samada email atau google blog.

contoh kalau mizi tak sign in mana2 google (email atau blog mizi) nickname tu warna itam... tp kalau mizi dah log in email atau blog jadi bila komen kuar lah line n kaler biru tu...

walid said...

Salam BUDIMAN,
memendam raser? xder apa2 laaa..
Gambo tu mmg nostalgia. kenang daku dlm doa mu.....heheheeee