Friday, July 27, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN - siRi 3

Saya cadangkan malam ini kita adakan sessi teh tarik bagi membincangkan cadangan untuk mengadakan Grand Gathering seperti berikut :

Tarikh : 27hb Julai 2007
Masa : 9-00 malam
Tempat : Wangsa Melawati ( seperti yang telah di offer oleh Charlie Koy di bilik mesyuarat pejabatnya) Di Wangsa Melawati ni pun banyak tempat ngeteh dan ada nasi lemak ayam kampung. Lokasi Wangsa Melawati ni kalau ikut MRR2 dari Ampang ialah kita akan jumpa exit Giant Melawati dan selepas itu exit Wangsa Melawati. Exit tu ada Stesyen minyak Petronas dan didepannya ialah kedai-kedai Wangsa Melawati.

Walaubagaimanapun sessi teh tarik ini bergantung dengan kehadiran kawan-kawan semua yang ingin menyumbang buah fikiran dan komitmen demi menjayakan Grand Gathering nanti. Oleh itu harap kepada sesiapa yang ingin hadir dapat menyatakan diruangan komen atau menelefon/sms kepada saya atau Bilal.

10 comments:

walid said...

salam.
sblum walid stat keje..confirm mlm ni?..insyallah walid tiba ngan keter 'transformer'....TRANSFORMSSSS..

SaYanG kidA said...

SK setuju sgt dgn komen Kida dlm artikel yg lps, "kalau tak nak involve baik batalkan saja". Tapi ada pulak yg beri komen jgn mengalah dululah apalah.. Jadi yang nak buat sangat gathering tu sila tampil kedepan jgn cakap jer.

Pada AJK2 yg dah dilantik semasa pregat tu tunjukkan commitment anda. Kalau tak dapat hadir atau tak sanggup jadi AJK cakaplah agar memudahkan kerje sume org.

SK mmg tak nak jadi AJK wakil wanita (sudah beritau dlm komen yg lps) tapi SK akan bantu untuk contact bdk2 pmpuan yg SK kenal.

p/s Sebenar2nya SK cuma nak datang jer sbgai jemputan ke gathering. SK tak mo wat keje lansung.

Anonymous said...

ajk atau bukan ajk tak penting,tapi utk menjayakan satu2 project 'TEAM WORK'mesti ada.KALAU SEMUA TAK NAK JADI AJK tapi hanya nak jadi JEMPUTAN aje susahlah sikit!!!!!!

KITANG said...

Salam Jumaat...InsyaAllah, kalu x ada aral melintang,akan menghadirkan diri utk sesi ngeteh/discussion ni.
AJK ni penting untuk melancarkan perjalanan apa2 keja/projek...tapi yg bukan AJK/rodong2 lain pun kena juga participate untuk menjayakan perjalanannya...

NIGHT RIDER said...

Walid...koi datang ngan moto sportbike baru koi...Honda CBR 954

SaYanG kidA said...

Message dari Kida-:
"Tonite discussion CANCEL!"

sbbnya kida kata so for only walid yg respond untuk datang meeting @ teh tarik for gathering discussion yg lain????

SaYanG kidA said...

eh sape plak anonymous nih? kita punya sukalah nak jadi jemputan ke apa ker. sekurang2 nya kita telus tak suka nak sorok2 anonymous konon!

sbb susah nak dapat team work tulah SK cakap mcm tu. ko ckp bnyk pulak anonymous cuba ko lead wat gathering!

ummi said...

Salam...
Xpun, agih je lah apa-apa kerja yang patut kat Ummi, insyaAllah ummi akan usahakan jugak wpun dari jauh. Sebab ummi pun x reti banyak cakap... cakap bagi semangat boleh la, kalu mengurangkan semangat ummi x reti.

LaN KidA said...

Oleh kerana kurang sambutan maka kita adakan teh tarik juga dengan 3-4 orang malam ini kat wangsa melawati pukol 9-00 malam ini.

Jun :) said...

sori la ek..baru online, kat kul 11 dah ni...x tau citer....bese la, selalu dah mlm2 ni br tau berita..heheh..amponnnn!