Tuesday, July 24, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN

Berikut petikan jemputan Bilal untuk mengadakan sessi teh tarik besar-besaran bagi membincangkan Majlis Grand Gathering yang akan dianjurkan nanti. Harap kawan-kawan semua dapat menghadirkan diri dan memberikan sumbangan idea semoga perancangan tersebut menjadi kenyataan.

Bilal said...

Salam

iNvItAtIoN FOR MAJLIS MENGETEH BESAR=BESARAN !!
Koi nak ajak kawan jauh dan dekat, mana yg ada kelapangan untuk berbincang pasal Grand Gathering yg di cadangkan pada awal Disember.. Rodong-rodong sekitar lembah kelang TOLONG LAH HADIR - yang diluar lembah Kelang seperti di Nilai ke.. di Sg Buluh ke.. di Thailand ke NX ke.. (Ooopss..) kalau dapat hadir samalah SEKALI JE.. sebab ini Grand project.. ana perlukan maklum balas dan penglibatan ramai. Next week ana ada di KL pada 24,25,26,27, 29,30 dan 31. So harap dapat cadangan bila tarikh sesuai dapat kita jumpa.. Tempat ana leave it to everybody yang selesa untuk semua bertemu...Harap sambutan tak mengecewakan

7 comments:

LaN KidA said...

Salam,
Aku ikut je tarikh dan tempat kawan-kawan suggest. Cuma nak tengok berapa ramai kat sini yang betul-betul serius nak membantu dan mengadakan acara grand gathering ni...

Kalau ramai yang tak nak involve rasanya baik kita batalkan saja grand gathering ni.. Kalau balik2 muka tu jugak yang nak buat kerja dan yang beriya2 nak pergi.. baik toksah lah...

Apa-apa pun kita tengok respon untuk perjumpaan ni dari anda semua dan sejauh mana sumbangan dan penglibatan tenaga, idea dan komitmen yang boleh disumbangkan oleh kengkawan semua.

Anonymous said...

Koi setuju dengan Kida, takde komitmen baik batalkan saja grand gathering. Lagipun semua orang tengah sibuk sekarang ni dengan anak2 dan kerja yang bertimbun.

Koi memang tak boleh bagi komitmen dan sumbangan...kalau jadi koi pergi..tak jadi tak yah pergi.

Kesimpulannya tak payoh la buat grand gathering ni.

Salam
Mat Trang Tang Tang

ummi said...

Salam..
Nk tanya jer, grand gathering ni untuk family BUDIMAN sekali ker or BUDIMAN (individu) sahaja??

Utk join sesi discussion tu, tak lah kot. Tapi kalu nak wat keje pasni, selagi daya ummi tolong. Tapi janganlah nak mengalah awal2 lagi..Tengok respon dulu lagi baik kan...

charlie said...

Assalamualaikum,,

Insayallah kalau 30, 31 kwn bole join the session. Dengan rezeki dan kesihatan yg Allah taala beri ni bole la kwn memnyumbang sesikit.Godong.. kwn rasa keje ni keje baik..memangla keje baik tu payah nak buat.. Kwn tabik spring godong yg merencane.. Harap ramai lagi godong yg "bukan muka tu je" yg dapat sertai.. Moh La weh..

Anonymous said...

gathering ni untuk uols aje ke or untuk sumer batch? hehehehe saja aje tanya...

TokSkoot said...

Salam,

Memula setkan dulu tarikh mengeteh. Aku kalau Jumaat malam atau sabtu malam, Insyallah.. tapi bergantung jugak dgn lokasi.. masih belum khatam lagi jln di KL nie.

Bab2 grand gathering.. Insyallah membantu setakat terdaya

Bai

pyan said...

Salam Bai...dah jadi mat motor kau yea...jgn jd mat rempitan udah...tumpang naik skuter bole..hehehe..nanti aku beli jaket kuning baru matching..:)