Sunday, July 29, 2007

tEh taRiK wANgSa mELaWati

Hari Jumaat malam yang lepas berlangsung sessi teh tarik BUDIMAN di Restoran Bidayah, Wangsa Melawati dengan di hadiri oleh Charlie Koy DIB, Rodzi DIB, Arash DPA, Fadil Othman Wisma Putra, Walid dan Kitang. Bilal dan Lan Kentei ada menelefon memberitahu tidak dapat hadir pada malam itu dan kami semua berteh tarik sambil membincangkan acara Grand Gathering. Semua yang hadir bersetuju untuk menyampaikan kepada saudara Bilal selaku penganjur utama Grand Gathering nanti bahawa Grand Gathering di adakan dalam bentuk dinner samada di Hotel seperti Hilton KL, Shangrila, Sheraton Imperial, Concorde dll atau di Dewan Perdana Felda atau tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Kengkawan juga suggest kalau cost per head mahal, mungkin Bilal boleh aturkan untuk kengkawan buat installment monthly sikit-sikit 3-4 bulan sebelum Grand Gathering dinner itu. Tarikh yang dicadangkan oleh kengkawan sekitar bulan Disember 2007 nanti. Kengkawan banyak kata kalau nak buat event 2-3 hari banyak menyusahkan jadi lebih baik buat dinner untuk BUDIMAN dan spouse sahaja. Harap saudara Bilal ambil maklum cadangan tersebut.

6 comments:

Bilal@Azmi said...

Salam
Just a personal opinion, nak buat kat KL - Ok juga.. nak buat dinner pun OK juga.. tapi kalau spouse je yang datang akan timbul satu masalah yang menghalang orang lain datang.. mana nak letak anak.. siapa nak jaga anak dll. Namapun grand gathering..mungkin Kita buat tempat yang murah agar makan pun murah tapi berkualiti dan semua dapat dihimpunkan atas tujuan yang sama. sekadar idea 5 sen je..

Kida.. ngeteh lagi malam ni jom..

Wsslm

Pabiyen Sitok said...

pada sesiapa yg ada no tel Raman Boss, harap dapat passkan ke wani 0192701251. Kami group DCS nak wat gathering pertama selepas 18 tahun tak jumpa pada 18 Ogos ni di Nur Lembah Pangsun. PAda DCS lain yg nak join boleh contact wani atau Kader di 019-2110099

Gathering spot kalau nak wat utk keluarga juga kita wat kat FRIM Kepong. tapi problemnya kalau kita budget utk kehadiran yg ramai, tapi datangnya tak ramai tu yg payah. Lgpun kalau dah ramai, masing-masing bawa anak, kalut ngan anak tak sempat jumpa kawan. Sesekali boleh kot titipkan kat penjaga

SaYanG kidA said...

salam wani...
gathering tu tuk geng DCS jer ker? kirim salam jerlah kat geng2 DCS tu yea...

iyelah wani, masing2nya pendapatlahkan... ada yg suka bawak family ada yg suka pergi sendiri...tapi kalau animlah, anim lebih suka bawak family jadi boleh kenal mesra dgn family masing2.

nak tanye sket wani, nape tak wat tuk sume course wani???

lan kida said...

Bilal,
Sorry, baru sampai rumah dan baca msg awak ngajak ngeteh. Dah lewat dah gamoknya sbb hari pun dah pukol 11-30 malam ni, koi tak kisah tapi awok la ada ceramah esok pagi... lain kali la kita atur pulok.

Mus_Astley said...

Salam semua...

Teruja @ terperanjat juga nama FG naik lagi untuk mengepalai kursus kelas FG. Anyway and by the way, kami DSS pun ada planning untuk mengadakan Hari Keluarga DSS pada end of December ini. FG dah pun berbincang dengan Ummi mengatakan kita nak reroute our family day kepada Grand Gathering ini. Dan ini cuma cadangan sahaja. Harap2nya Kudin DSS dan Amin (selaku presiden kami) akan bersetuju dengan bab ini. Kida dan Bilal. Fokus kepada ketua yang dilantik setiap kursus rasanya lebih mudah untuk monitor, cadangan saya. Saya akan update perkembangan Grandgathering ini dan akan cuba menggiatkan dengan sokongan dan usaha keras kawan-kawan semua.

Salam sayang.
FG

ZM said...

Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Pada koi "tepuk dada tanya hati dan perasaan", bukan tanya pada selera. Persoalannya apakah motif gathering? Just for dinner? friend? family? or .......?