Wednesday, August 15, 2007

wANteD dbS JuLy 85


Di atas ni ada beberapa bekas pelajar ITM course DBS batch Julai 85 iaitu batch saya yang sehingga kini tidak dapat dikesan lagi. Kemanakah agaknya mereka ini menghilang dan ada sesiapa BUDIMAN lain yang tahu dimana mereka ni berada? Kalau kita tahu lokasi mereka mungkin kita boleh suruh Walid, wartawan khas kita untuk buat sessi terjah..tak gitu Walid?

Sunday, August 12, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: hiDuP tERLaLu fRagiLe

Dikelilingi oleh kawan-kawan dari pelbagai lapisan masyarakat menyerlahkan pelbagai bentuk kehidupan dan ragam manusia. Saya memang seorang yang suka memerhati gelagat dan perangai manusia sekeliling agar dapat dijadikan contoh teladan dan pengajaran yang berguna. Sejak berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan bekerja sendiri, peluang saya bertemu dengan ramai orang kadang-kadang membuat saya terfikir... Allah swt memperlihatkan kepada saya berbagai bentuk kehidupan dan ragam manusia untuk saya mengambil iktibar dan sebagai panduan untuk kehidupan yang mendatang.

Pelbagai jenis kawan dan manusia yang telah diperlihatkan. Antaranya saya mempunyai kawan-kawan bekas pegawai tinggi kerajaan yang semasa perkhidmatan mereka menjawat jawatan sebagai ketua jabatan dan sebagainya. Semasa bekerja penuh dengan kemahsyuran dan mempunyai pendapatan yang banyak, mempunyai kawan yang ramai dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Namun semuanya berubah apabila mereka pencen dan tidak bekerja lagi. Tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi kemahsyuran dan hidup keseorangan. Ada juga yang hidup dalam kedaifan walaupun semasa bekerja dulu mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Anak-anak yang belajar tinggi tidak dapat membantu dan hanya menambah pening di kepala sahaja. Hidup bergantung kepada duit pencen semata-mata yang mana jumlah sebegitu amat mencabar dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Kini dipandang rendah dan tiada siapa yang memperdulikan.

Ada pula yang amat kaya kerana perniagaannya tetapi jatuh dalam sekelip mata sahaja. Kalau dulunya berbelanja RM10,000 sehari tetapi kini untuk membeli sekotak rokok pun terpaksa menagih simpati kengkawan. Dulu di kerumuni oleh ramai orang kerana mengikuti rentak kekayaannya tetapi kini terpaksa mengikut orang pula atau adakalanya menjadi balaci demi untuk mendapatkan makan dan minum.

Ada pula yang dulunya susah dan tidak berduit langsung tetapi kini kaya raya. Dahulunya terpaksa menjadi balaci kepada orang tetapi kini dia pula menjadikan orang yang diikutnya dulu sebagai balaci. Ada juga jenis yang beringat dan ada juga jenis yang lupa terus segala kepayahan yang lalu dan berbelanja sakan setelah kaya.

Namun begitu golongan yang bekerja sendiri atau berniaga adalah golongan yang amat terdedah kepada risiko tinggi kehidupan yang fragile. Memang golongan berniaga mungkin pada suatu masa berjaya dengan perniagaannya dan hidup dengan penuh kemewahan tetapi ianya boleh bertukar sekelip mata jika perniagaan tersebut merosot. Kadang-kadang bukan kerana mereka ini tidak beringat semasa mewah, mereka menyimpan, mereka membeli aset tetapi apabila perniagaan merosot, semuanya boleh hilang dalam sekelip mata.

Golongan bekerja swasta yang tidak mempunyai pencen juga terdedah kepada risiko kehidupan fragile ini. Walaupun semasa bekerja mempunyai pendapatan yang banyak tetapi semuanya akan hilang apabila mencapai umur pencen nanti. Hanya dapat bergantung kepada duit simpanan dan duit EPF sahaja. Selama manakah ianya boleh bertahan.

Golongan bekerja kerajaan juga tidak jauh bezanya. Walaupun mempunyai pencen yang tetap namun setakat duit pencen tidaklah mencukupi dalam keadaan ekonomi sebegini. Banyak yang terpaksa turunkan standard of living. Cuma yang untungnya kemudahan hospital percuma. Namun begitu masih terpaksa mengharapkan belas ikhsan anak-anak.

Anak-anak juga kekadang tu ramai yang kelihatan elok perangai dan kelakuannya semasa kecil tetapi semuanya boleh berubah juga apabila mereka dewasa dan berkahwin. Kadang-kadang ibubapa sangkakan apabila anak mereka pandai dan dapat belajar tinggi serta mendapat pekerjaan yang baik, mereka akan menjadi anak yang dapat membantu ibubapa di kemudian hari. Rupanya tidak, pelajaran dan didikan yang baik semasa kecil belum tentu dapat menjamin anak tersebut akan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa nanti.

Kesimpulannya, sememangnya hidup ini umpama roda yang berpusing. Sekejap di atas dan sekelip mata boleh turun ke bawah. Qada' dan Qadar itu adalah ketentuan Allah swt keatas manusia yang tidak boleh diubah lagi. Walau apa pun yang kita usahakan yang kita harapkan kebaikan daripadanya, ketentuan yang datang hendaklah kita terima dengan penuh keredhaan dan pengucapan syukur kepada Allah swt. Di peringkat kebanyakan BUDIMAN telah mencapai umur 40an ketika ini, jangkamasa 20 tahun yang akan mendatang ini adalah suatu tempoh penuh dengan peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku kepada kita semua... Semoga kita semua dikurniakan tubuh badan yang sihat sentiasa.

faMiLy diNNeR di bORa OMbaK



Semalam saya sekeluarga bersama semua adik-beradik SK meraikan harijadi ayah SK yang ke 62 di Bora Ombak, Ampang. Seronok dapat berkumpul sambil makan-makan. Ada live band lagi kat situ jadi sambil makan dan rilek dengar muzik dan sembang-sembang. Nasib baik juga kami sampai awal selepas maghrib kerana kebanyakan meja telah di penuhi dengan tempahan samada untuk family gathering dan function syarikat. Petang ni saya ada family gathering lagi dengan adik-beradik saya pula dengan nenek sebelah emak saya dan emak saudara saya di Sg Buloh. Mesti meriah juga nanti sama macam semalam. Next week pun insyaallah saya dan semua adik beradik saya berkumpul sekali lagi kerana kami akan ke Terengganu pula.

Thursday, August 09, 2007

bOb mG


Tadi saya baru berkesempatan untuk buka e-mail saya dan saya lihat ada 2 e-mail dari Muslim dan Bob MG. E-mail Muslim mengandungi gambar beliau bersama-sama Zailan Abu DIA, saya rasa telah dihantar kepada semua kengkawan BUDIMAN, jadi saya simpanlah dahulu. Bob MG pula menghantar e-mail gambar beliau sekeluarga. Dibawah ini saya siarkan e-mail Bob MG yang kini bertugas dengan Majlis Perbandaran Kuantan.

Salam....kida...

Sebenor nya dah lame aku nak tulis profile aku Dan nak kasi gambor family aku tp tak dapat -dapat so ade laa satu gambor yg ade mamat nie ambik mase isteri aku konvo alaa yg malam kite mengetea ngan kou ngan jepun amid Dan kitang tuu tahun 2006 tuu malang nyea mamat nie baru email kat aku tahun nie..heheheh so itu laa dia punye lamae. Aku pun selalu buka blog budiman tq atas usaha kou paling tidak pon aku tumpang dengor lagu sambil buat keja kat opis. Baru nie ade cet dat turun kuantan ade laa ngetea ngan antudan joe. Lepastuu pulak ade zailan Abu turun ingatkan cari kengkawan rupenyea mencari rakan potensi alken agen..heheheh layan gak laa mlm tuuu ngan antu Dan puist .

Any way sekali lagi thank to u and sayang kida Dan jgn lupe EPL dah nak start.....
Reds foreveer...hehheheh

Chow dulu bro......

Tuesday, August 07, 2007

tAkDe idEa


Sudah berapa hari hari saya tak sempat nak jengok blog dan takde idea untuk mengarang artikel di dalam blog. Susah sikit untuk mengarang idea berkenaan blog ini kerana ianya lebih tertumpu kepada konsep bertemakan budak itm pahang. Artikel dan berita-berita yang berkonsepkan demikian sukar diperolehi seandainya saya tidak cari dengan menghubungi kawan-kawan itm dahulu untuk mendapatkan cerita dan berita daripada mereka. Tambahan pula dengan kesibukan kerja dan ini membataskan saya untuk memikirkan idea berkonsepkan demikian. Kalau setakat nak cut n paste artikel-artikel e-mail seperti cerita-cerita tauladan dan sebagainya saya rasakan kurang sesuai kerana lari dari konsep blog ini yang seharusnya membawa cerita dan berita berkaitan aktiviti kengkawan semasa itm dahulu. Hendak memikirkan untuk artikel Topik Ringan Tapi Berat pun nampaknya dah putus idea. Hendak sambung NBI (Nostalgia Budak ITM) pun cerita tu dah lama sangat saya tidak siarkan jadi susah nak refresh balik. Jadi sementara ini janganlah kengkawan terkejut atau risau jika blog ini tidak di update selalu seperti dahulu kerana saya tetap memantau blog ini cuma mungkin bila terputus idea atau tiada berita atau cerita disampaikan oleh kengkawan itm kepada saya, membuatkan blog ini tidak di update macam selalu. Insyaallah kalau ada sebarang berita berkaitan kengkawan yang disampaikan kepada saya akan saya siarkan disini.

Berkenaan acara Grand Gathering pun saya rasa kita tangguhkanlah dahulu kerana tiada sambutan setakat ini, mungkin di lain masa nanti kita bincangkan balik. Kalau tak dapat buat tahun ini mungkin kita boleh buat tahun depan atau pada masa yang bersesuaian nanti.

Saya ada bercadang dalam bulan Ramadhan nanti kalau ada rezeki dan sambutan kengkawan, mungkin kita boleh adakan acara kebajikan kita bersama-sama anak-anak yatim lagi dengan mengadakan majlis berbuka puasa, pemberian sedekah dan sebagainya. Insyaallah dalam bulan Ramadhan nanti akan saya anjurkan acara tersebut dan akan saya siarkan artikel tersebut di sini nanti. Maybe kita boleh buat sempena menyambut genapnya setahun umur blog ini pada 28hb September 2007 nanti yang bersamaan 16 Ramadhan 1428 yang jatuhnya pada hari Jumaat. Sementara ini kalau ada kengkawan yang boleh mengenalpasti rumah-rumah anak yatim yang bersesuaian untuk kita mengadakan acara tersebut amatlah dialu-alukan. Moga-moga ianya menjadi kenyataan.

Sessi teh tarik dan PotLuck kalau ada kengkawan nak umumkan di sini bolehlah hubungi saya melalui e-mail atau telefon dan menyatakan maklumat terperinci tentang acara yang ingin diadakan. Bolehlah saya siarkan disini.

Thursday, August 02, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN


Semalam pagi saya sempat ke Pasar Selayang untuk sarapan. Memang selalunya saya ke sana untuk sarapan pagi kalau ada kelapangan. Ini kerana foodcourt di Pasar Lama Selayang tersebut menjual pelbagai jenis makanan pagi yang bermacam-macam samada makanan selera Pantai Timur, Utara, Selatan dan pelbagai kuih-muih. Laksam, Nasi Berlauk, Nasi Kerabu, Nasi Ganja (Perlis), Lontong, Mee Rebus Johor dan berbagai lagi. Sampai di sana saya bersama 2 orang lagi rakan saya yang selalunya mengiringi saya ( Kolonel Nasir dan Major Che Yahya ) terus bersarapan bersama-sama Kudin Mekanik yang telah saya call sebelum itu untuk join kami bersarapan.

Sebelah tengaharinya semasa meneruskan berbagai urusan seperti biasa, saya terima sms dari Raman Kerbau memberitahu bahawa Sidi@ Che Dat ada di Kuantan bersama-sama Antu mengajak saya bermain golf di Maran pada sebelah petangnya. Oleh kerana mempunyai urusan yang tidak sempat di bereskan pada sebelah pagi, saya terpaksa menolak jemputan ke Maran Hill Golf Club.

Pada lewat petang pula, saya juga terima panggilan daripada Bilal yang dalam perjalanan pulang ke Kuantan bertanyakan pendapat saya berkaitan acara Grand Gathering yang bakal dianjurkan nanti. Pada masa itu tidak sempat berbual lama dengan beliau kerana saya tengah berurusan dengan seorang tetamu dari Australia. Harap Bilal boleh sampaikan idea perancangan beliau menerusi e-mail kepada saya supaya boleh saya siarkan di sini nanti.

Wednesday, August 01, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: aKtiViti maLaM dikL

Malam-malam di Kuala Lumpur kalau nak di bandingkan dengan suasana malam di kampung saya di Temerloh jauh berbeza. Di KL ni aktiviti malam tak berhenti-henti. Kalau kita tengok kat KL ni masih ada orang yang pakai tie dengan longsuit sampai pukol 3-00 pagi. Kalau jumpa orang pakai macam tu kat kampung saya pukol 3-00 pagi, mahu rasanya orang kampung hantar ke Hospital Tanjung Rambutan.

Sebenarnya saya hendak ceritakan pengetahuan saya berkaitan beberapa aktiviti malam dan tempat-tempat menarik di sekitar KL untuk di kunjungi pada waktu malam. Kalau nak makan malam bersama keluarga atau family dinner, ada beberapa tempat menarik seperti Restoran Cerana di Cheras, Restoran Tupai-Tupai berdekatan DBP, Restoran Kunang-Kunang berhampiran MRR2, Restoran Nelayan Titiwangsa, Satay Hj Samuri di Kajang atau kini yang berdekatan KL seperti di R&R Awan Besar dan Taman Melati Utama. Ini kiranya untuk yang low budget sekitar RM400-RM500 untuk makan lebih kurang 10-12 orang. Ada juga satu tempat yang saya suka bawa keluarga untuk makan seperti di Restoran Ampang Yong Tau Fu ( makan nasi dengan Yong Tau Fu sup) atau di Western House di AU Keramat (western food murah). Kalau nak tempat yang mahal-mahal pun ada juga seperti Eden Garden, Bon Ton Restaurant ( Nyonya food), Melting Pot Concorde, Thai Restaurant Pasific Regency, Saloma Bistro, Roadhouse Grill, Victoria Station (pernah sambut annivesary candle light dinner dgn SK sekali kat situ) dan lain-lain lagi.

Kalau nak rilek-rilek sambil makan snack atau benda-benda ringan, saya suka dekat Nailis Ampang atau Sentul, Bora Ombak atau Coffee Bean dan Starbuck. Boleh lah kalau nak lepak sambil mengunyah-ngunyah dan sembang-sembang. Selain itu kalau kat Subang boleh pergi macam Gazebo, Summit Subang ( ada a few snack places) atau di Damansara macam Uptown Damansara atau The Curve yang ada beberapa restoran seperti TGI Friday, Penang Food dan lain-lain. The Curve pun sesuai untuk lepak-lepak sebab ada music dan suasana pun rilek jer. Katanya dekat Sri Hartamas pun happening jugak seperti tempat Uncle Don dan banyak khabarnya tempat hangout kat situ. ( Pernah sekali dua pergi tapi dah tak ingat dah)

Kalau nak lepak restoran mamak pulak kat KL ni malam-malam memang meriah. Nak pulak time bola EPL malam Sabtu. Dengan screen besar, kedai mamak ni memang lah meriah. Kalau kat KL saya suka pergi Restoran Lotus, Pelita dan NZ kat Wangsa Maju. Tapi mostly restoran mamak kat KL ni dah besar-besar dan penuh dengan orangramai malam-malam.

Kalau nak clubbing pulak... hmm.. kalau tempat untuk baya-baya kita ni, Hard Rock Cafe boleh lah sebab budak kecik (remaja) tak berani pergi sebab mahal. Budak kecik pergi Planet Hollywood dan The Zouk. Selain itu ada juga disko jalanan seperti The Beach, Aloha, Rum Jungle, Modesto dan lain-lain lagi. Kalau dulu masa muda pernah bawak SK pergi Tin Mine dekat Hilton KL ( sekarang ni Mutiara Hotel) tapi khabarnya dah tak happening tempat tu. Dulu-dulu kalau nak ikut kat area KLCC tu penuh disko seperti BeetleNut dan LaBamba, Jump, Fire dan Branigan.

Tapi kalau tak suka hingar bingar disko dan live band current music, boleh jugak pergi rilek-rilek sambil dengar music Jazz seperti di Restoran Alexis, Menara GE. Syok juga dengar Jazz ni seperti Dave Koz, Sharizan, Sheila dll. Banyak kerabat Pahang kekadang lepak situ seperti Tg Puan Pahang, Sultanah Pahang dll. Selain tu kalau nak dengar live band ni di Asian Heritage juga banyak tempat menarik. Nak karaoke boleh pergi News Ampang, Songbird, The Red Box atau Bangsar KTV, ni macam tempat family karaoke la. Kalau yang ber GRO tu, banyak juga tempat seperti Vegas, Club Twin, Crown, Bintang Palace, Superstar dan lain-lain. Kalau dangdut, sorry, saya kurang pengetahuan sikit sebab kawan-kawan saya takde yang kaki dangdut, jadi tak pernah dengar cerita dia orang.

Lepas clubbing ni, orang KL selalunya lepak makan dulu sebelum balik rumah. Tempat-tempat makan ni seperti Sup Ekor Mamak di Jalan Doraisamy, Nasi Lemak Kg Baru dan Suzy Corner. Tempat-tempat ni paling meriah dalam pukol 3-00 pagi. Macam-macam rupa dan jenis manusia boleh jumpa time ni kat situ. Artis, Dato, Tan Sri, sebut jer.

Tulah serba sedikit tentang nightlife atau aktiviti malam kat KL ni yang saya pernah explore atau kengkawan saya pernah explore dan ceritakan kepada saya. Mungkin kengkawan lain ada pernah explore tempat lain yang lebih menarik boleh lah ceritakan kat ruangan komen nanti. Seronok juga kekadang explore KL di waktu malam terutama tempat-tempat makan sambil buat family dinner dan gathering. Ini kerana bermacam rupa tempat yang menarik boleh ditemui. Ok. Selamat Malam KL.