Wednesday, October 29, 2008

beSday LaGi

Hari ini 29hb Oktober dan esok 30hb Oktober adalah tarikh lahir beberapa rakan budiMaN. Antaranya ialah :

1. 29hb Oktober
Mizi diB batch Jan 86 (gambar di tengah) hari lahirnya jatuh pada tarikh di atas. Mizi kini bertugas di Kedutaan Malaysia di Songhkla, Thailand. Kalau tengok gambar Mizi di atas, size badan dan raut wajahnya tidak banyak berubah. Dulu masa kat UitM Kuantan dia ni selalu di lihat dengan motosikalnya ( Honda Raider ke atau RXZ... gua tak berapa ingat la beb). Mizi ni seingat saya memang jenis humble punya type dan member kamcing dia dulu masa kat UitM ialah Joe Malady diB. Kalau ada kengkawan yang nak ke Songhkla boleh la menghubungi Mizi ni di tel : 012-6210000. Golfer jugak Mizi ni.

2. 30hb Oktober
Muslim @ FG dsS akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada 30hb Oktober. Muslim kini bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Pandan Indah. Aktif dengan blog beliau "Cinta View Finder" dan masih lagi single trang tang-tang. Size dan raut wajah kalau tengok gambar kat atas memang tak serupa lah dengan actual figure sebenar sekarang tapi kalau kengkawan yang mengenali beliau semasa di UitM dulu tentunya walau tidak pernah berjumpa dengannya akan dapat mengecam beliau dengan segera.

Amir USA diB batch Jan 86 juga menyambut ulangtahun kelahiran beliau pada 30hb Oktober. Amir kini menetap di Amerika bersama isterinya Puan Afizah dan anak lelaki tunggal mereka sudah lebih dari 10 tahun. Kalau tengok gambar Amir (yang di hujung sekali) memang berbeza la dengan size dan wajah sekarang. Dulu Amir ni memang menunjukkan ciri-ciri kehenseman menjadi pujaan wanita (pujaan isteri beliau la...hehe) tetapi dengan size yang dengar khabarnya dah berlipat kali ganda sekarang ni masih lagi tetap menjadi pujaan kengkawan kerana Amir ni memang humble dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Rakan baik beliau dari dulu sampai sekarang ialah Fadil Sutok dbS dan mereka masih selalu berhubung.

Itulah tadi 3 rakan budiMaN yang akan menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini dan esok dan sempena hari ulangtahun mereka ini saya mendoakan mereka semua agar sihat sentiasa, di panjangkan umur, di murahkan rezeki, sejahtera dan berbahagia sentiasa di samping keluarga dan rakan-rakan. Selamat Harijadi kepada Mizi, Muslim dan Amir.

27 comments:

amir-isa said...

Salam Kida...
alhamdulillah asal sihat...nak buat macamana isteri masak sedap semerdang...

Anonymous said...

Salam..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran baut Mizi, Muslim dan Amir...Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bersilaturrahim dengan BUDIMAN..

Mus_Astley said...

Terima kasih kida. Jasa kida suami isteri akan tetap FG kenang. Susah nak dapat kawan yang boleh bertahan selama 20 tahun dengan karenah yang kadang-kadang tak terbendung dek perasaan.

Di hari lahir ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada BUDAK-BUDAK DSS yang tak putus-putus memberi sokongan dan galakan walau di masa susah dan senang. Mereka ibarat keluarga, cubit peha kiri peha kanan bengkak dan lebam.

Kepada ummi, tak da kek special ke untuk FG ?

Kida, size doesn't matter lah !!

Anonymous said...

terima kasih banyak-banyak atas ingatan dan ucapan birthday. Tak buat jamuan sebab semalam saya dan keluarga dah host hi-tea Aidilfitri, wife masih penat, kesian dia. Maybe malam ni cuma keluar makan dengan keluarga dan main saki-baki mercun raya.

Happy Birthday to Amir dan FG.

Amir, hari ini pun birthday Azali Laziman tau. Aku lahir subuh manakala Azali lahir petang.

Anonymous said...

Salam..
Happy besday utk rakan budiman yg 3 ni...Mizi,Fg dan AMir..semuga berbahagia dan mendapat keberkatan dari NYA dan semuga dilimpahi kesejahteraan utk diri dan keluarga.amin.
p/s nak gak rasa kek dari Thai dan US..camner gamoknya rasa kek kat sana yek....kek kat pandan [un boleh gak...heheee

Anonymous said...

Ha ha ha…cakap pasal Amir pujaan wanita ni, aku nak story sikit lah......sebagai orang yg rapat dgn dia, aku tahu sangatlah pasal perempuan2 yg suka hantar surat, ajak keluar/syok kat Amir ni. Tak ada malu-malu langsung. Sampai mak we/tunang orang & lecturer kita pun syok kat Amir ni.

Tapi aku respect lah kat Fezah. Dengan Fezah, Amir pulak yg kena approach dia dulu. Dia dok ingat Amir saja nak sakat or buat lawak kat dia. Padahal Amir memang suka kat dia masa kita orang mula2 masuk ITM lagi.

Ada sorang minah ni siap suruh si Fezah tu tinggalkan Amir sebab dia nak masuk line...kita orang panggil dia ”hantu” sebab? Tiba-tiba aje dia ni mengaku Amir tu pak we dia. Time tu selalu dia bagi makanan kat Amir through kita orang lah.... punyalah desperate nak try Amir masa tu…..Amir tak makan pun, kita orang yg belasah hahaha….aku yg kurang hensem ni pun tak nak kat hantu tu, apa lagi Amir yg hansome tu hahaha…byk lagi cerita ni kalau nak tulis. Cukuplah sampai sini, ini pun teruk aku kena serang nanti.

Amir, selamat hari jadi.

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir sume, moga dimurahkan rezeki sentiasa...ai sebenarnya langsung tak ingat kat bebudak ni...mmmpp...dah tua agaknya...dah hilang ingatan...mana budak2 DIA ek...macam sonyap aje...sumarni, siti rahmah, kay, orkid...dan sume yang sewaktu dengannya...rindu ar...

Anonymous said...

kay tu kay yang mana zola? kalau kay DPA, aku ada no phonenya0199877264. Masa balik Kuantan ari tu aku ada bawa K gi rumah apamz. Orkid ada kat Kuantan. Kot kalau apamz jumpa orkid, suruh le dia visit blog ni.

mati-mati ingat tu gambo hasang CS. wani memang tak leh click muka tu, memang tak ingat langsung, tapi Fezah memang baik ngan Wani sebab wani pernah dok sebilik ngan Ayu masa Part 3. Bila dia cakap pakwe dia nama Amir, hmmmm.... lantak la yg mana satu, not my bisnes. ha ha ha itulah duniaku masa di ITM, tak kisahkan orang

Anonymous said...

sebenornya semalam koi terbaca dakam satu paper... koi teringin sangat nak share ngan kawan2 budiman, sorang lagi pemimpin negara yang lain dalam bulan oktober. sebab ramai bebenor yg lahir bulan oktober ni, meh kita tambah lagi satu

Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang 20 Oktober 1947. ahaks.. 20 tahun kendian kita lak lahir

Anonymous said...

kay tu, kay DIA la wani, kamariah bapoo...tau dia keje kat pejabat audit kuantan, sesama kuantan, tapi tak berjumpa pun...ishk! ishk! (sambil menggeleng-gelengkan kepala...)

Anonymous said...

Salam...Hepi Besday Mizi, FG & Amir...koi doakan awok seme dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,aman bahagia disamping famili tersayang & sejahtera dunia akhirat.
Mizi...ramai yg lahir bulan Oktober ni semuanya pasal Tragedi Oktober! (lagu Awie tu)
Mizi...segan pulak nak join MyBenz,koi pakai Myvi aje...hehehe

Anonymous said...

Amir , bila tengok gambor awk baru le kwn boleh recall skit2 yg mane satu.... Fezah kwn cam & ingat walaupun tak pernah bertegur sapa.

Mizi, kwn takleh lupa bila kita terpaksa berhujan naik motor raider awk balik ke Pekan semata mata nak ambik geran moto GPang kwn yang tersadai kat Balai Polis Kuantan, angkara budak Meg tu.

FG, awk tau macam2 cerita ttg kwn dgn "ehem2". Biarlah ia menjadi rahsia...okay. (FG tu apa sebenarnya?)

Anyway, Happy Birthday to all of you, semoga hidup kalian lebih diberkatiNya.

Anonymous said...

wani & zula,
lama sgt dah kwn tak nampak orkid, dulu adela jugak skali skala bertembung kat pasar malam balok.....

Anonymous said...

apamz,
kwn rasa sungguh terharu krn awk masih ingat lagi kisah tu. Mungkin awk tak perasan, malam tu saya hampir terbabas pada satu selekoh kerana gelap dan hujan lebat. Nasib baik ada lampu dari kenderaan datang, baru la saya perasan yang jalan tu tak lurus. Anyway, saya enjoy hidangan makan malam bersama parent awk pada malam itu.

Anonymous said...

Salam...
hepi besday wat sume budiman yang celebrate bulan ni termsk wani..
bila sebut nama kay tadi trus flashback masa jalan2 amik angin kat pantai balok tu ngan kay dpa sonoknyer masa tu

Anonymous said...

Happy Birthday semua, Muslim, Mizi dan Amir, ataupun sesiapa saja Budak ITM Pahang tak kira la Senior ke Junior ke..yg lahir bulan Oktober ni.

Kitang,sorry tak dapat datang rumoh awok ari tu...

Kida, jumpa isnin nanti,aku dah lama tak main golf...untuk suka2 tu boleh la...

Anonymous said...

"mat rock" tu...ko ke nasrun? Ada lagi ko...ingat zaman belajar, bagi aku ko memang jahat ngat...macam si sarip setan tu la...sori ek..recall aje sket-sket...jangan marah..

Anonymous said...

Zula..ko budok DIA ke? sori la lupa kat awok semua bunga2 DIA...sebab ko orang bukan berkenan sangat ngan perangai aku..tapi itu dulu la...tapi sekarang ni (dah tua) mula la cari rodong rodong...takut besok anok koi syok kat anok awok....susoh juge...kalau boleh cancel awal,,elok lah kita cancel je.....he..he..he...

Anonymous said...

salam....
hehe...yeyeyeyeye.ada yg nak berbesan ke nie?......hehehee...

p/s walid tumpang gumbira jeee...jgn marah ya rodong sekalian.

Anonymous said...

Mid...baru nak cuba join.....itu pun baru buat ucapan Happy Birthday...orang doh pangkah....kah...kah..kah...marah betul budok pompuan DIA kat aku....jangan satu batch Julai 85 dah le...sengsara idup...

Anonymous said...

mat rock
lama tak dengor citer, ape kabor wok lama tak balik batu satu ker

Anonymous said...

ceh mat rock!!! anak aku sume jantan tau...harap2 lambat la sket wat balik menantu...

Aku ingat budak DIA yang suka kat ko, sumarni sorang aje...yang laen, minta maap la...tapi tu dulu2 la kan...

Aku penah ternampak Masrum la kat Ktn, dia ada keje kat sini ke??

Mus_Astley said...

Apamz...

Saya pernah jadi POSMEN tak bergaji untuk awak dulu kan? Rahsia tetap rahsia. Biar pecah diperut. Saya pegang rahsia awak, awak pegang rahsia saya, kay?

FG tu... Fotogenic boleh, fotogebu boleh, fotogenius boleh, fotogambar boleh...
Tapi Lan Apek panggil saya "Fatamorgana", ahaks!

Selamat Semua !

Anonymous said...

Salam,
Mat Rock... Insyaallah Isnin 10hb nanti kita rentap.... perkataan dah lama tak main tu memang biasa la bagi buaya-buaya besar ni... jangan terpedaya! Apa-apa pun kita belasah Anuar Mangkuk diB nanti sebab dia tengah selak sangat bergolfing ni...khabarnya sebelum puasa dulu dia baru start..tu galak bebenor tu.

Zula, Masrom atau sekarang lebih dikenali sebagai Haji Omar ada datang ke gathering budiMaN bersama keluarganya pada tahun 2006 dulu. Masa tu dia kerja kat Syarikat Kurnia Setia Bhd di Kuantan. Mungkin masih kat situ atau dah berhenti dah...tak tau la pulok...boleh check dengan Bob MG tu.

Anonymous said...

Mizi,
kwn tak prasan pun kita dh nk terbabas mlm tu, kwn dah beku dah kat blakang. Sampai rumah kena sembur ngan ayah kwn pulak... malu kwn kena marah depan member....

Anonymous said...

Kamariah bapoo roomate kak zai. koi dah lost contact ngan kak zai koi. masa koi kena tekel ngan mat terap dulu, dia ngan suami dia lah yg jadi sepai koi. rupanya mat terap tu dah ada bini. ceh.

koi ada simpan lagi gambar apek dengan dot dot dot. tapi rasanya wife dia sporting kot. ahaks. cerita lama.... apek yg tak kenal koi

gambar DIA tu, yg kenal apamz, sani dan kitang. kalau tak masuk group ni, mampuih koi tak tau budok tu orang pangge apamz & kitang. yg rambut afro tu apa namanya? yg paling kecik tu?

SaYanG kidA said...

salam semua,

sk mohon maaf pada besday boy n girl...

dah terlewat nya lah wish u all seme2 hepi besday...

moga semua teman2 juga warga budiman yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada bulan october baru2 ni sentiasa sihat sejahtera, dimurahkan rezeki n dirahmati Allah swt..

SK