Thursday, October 16, 2008

beSday geNG diA

Bulan Oktober ni sebenarnya banyak birthday rakan-rakan budiMaN. Ini pula tarikh-tarikh birthday geng diA yang jatuh pada bulan ini. Saya ucapkan Selamat Harijadi semoga sihat, sejahtera, di murahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga dan rakan-rakan. Di bawah ini saya senaraikan geng diA yang menyambut harilahir dalam bulan Oktober ini.

1. Lan Kentei @ Norazlan diA
LK menyambut harijadinya pada 10hb Oktober 2008. LK yang kini bertugas di CIMB Kuala Lumpur tinggal di Shah Alam bersama-sama isteri Jun dan keluarga. Sudah tamat pengajian separuh masa di peringkat Master di UIA saya rasa. Seorang golfer yang kini jarang-jarang berada di padang golf akibat kesibukan pelbagai urusan. Walaupun jarang menyertai program BUDIMAN secara langsung tetapi amat aktif di belakang tabir dalam sebarang program BUDIMAN yang dijalankan.

2. Apamz @ Norhisham diA
Apamz pula akan menyambut harijadi beliau pada hari ini 16hb Oktober 2008. Kini tinggal di Kuantan bersama-sama isteri iaitu Miza yang mengalami sakit lumpuh dan 2 anak lelaki serta baby girl baru. Apamz berniaga sendiri di pasar-pasar malam di sekitar Kuantan. BUDIMAN amat prihatin dengan keluarga Apamz dan sentiasa cuba memberikan bantuan semampu yang boleh dari masa ke semasa.

3. Walid @ Syed Hamid diA
Walid juga akan menyambut harijadi beliau pada 21hb Oktober ini. Walid kini bekerja di Subang dan tinggal bersama keluarga di Sg Buloh, Selangor. Sering bersama dalam sebarang aktiviti BUDIMAN dan antara pengunjung paling setia blog ini.

4. Kitang @ Zainordin diA
Kitang juga akan menyambut harijadi beliau pada 22hb Oktober 2008 nanti. Kitang yang sering bertindak sebagai Bendahari kepada BUDIMAN juga sering bersama-sama dalam setiap aktiviti BUDIMAN. Kini bekerja di Maybank Bangsar dan menjadi weekend husband kerana keluarga beliau berada di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Isteri beliau Lily juga begitu aktif dalam BUDIMAN dan kini mengusahakan Butik Avon di Mentakab.

Kepada LK, Apamz, Walid dan Kitang saya sekali lagi mengucapkan selamat harijadi. Insyaallah minggu depan ada rakan-rakan budiMaN akan meraikan harijadi mereka ini di Kuala Lumpur dan dengar khabarnya Bob MG diA pun nak datang sekali.

19 comments:

Kraxpelax said...

Hopefully you may enjoy my art, entirely uncommercial.
Ping Desktop / Laptop Wallpapers.
http://kraxpelax.blogspot.com/
Peter Ingestad, Sweden

ummi said...

Salam...Lah! sape pulak yang bernama pelik2 tu masuk iklan kat sini ni??

Kepada LK, Apamz, Waled dan Kitang diucapkan Selamat Hari Lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta berada di dalam lindungan Allah swt. selalu..Diharap bakti dan sumbangan yang dihulurkan akan berkekalan hendaknya...Amiiinn..

wani said...

birthday koi awak ketinggalan. on 14th. ramao betul birthday bulan oktober ek?

(tak malu ek iklan birthday sendiri)

Jun said...

happy birthday to all...muga panjang umo n murah rezeki, selamat dunia akhirah...n tq on behalf LK...

Waleed said...

salam...
trimas buat kida kerarna memperingati umur kami..sebenaqnya..heheeee
anyway kpd mrk yg menyambut birthday bersama bulan Oktober, semuga diberkati ALLAH swt ,semuga dimurahkan dan diperluaskan rezeki,dipanjangkan umur utk lebih beribadah dan setrusnya amin.
Kpd yg telah dan bakal menyambut hari lahir, juga diucapkan agar sennantiasa diberkati ALLAH swt dimana jua anda dan keluarga berada.

sesi ngeteh bole dianjurkan minggu depan,mayb weekend.
Bob/MG ada diKL tapi akan pulang ke Kuantan hari Jumaat dan dtg semula pada Ahad ini utk seminggu.Jadi sesi ngetei bole kot?Kentei..join tau.
p/s Kida , koi da email kat awok artikel Raman.Maaf lambat.

kitang said...

Salam...yg pasti koi memang gumbira/bersyukur kerana masih dapat bersama anda kalian...moga persahabatan/persaudaraan kekal sehingga akhir hayat...moga kita menjadi yg terbaik diantara yg terbaik,dunia akhirat....InsyaAllah...

lan kida said...

Salam,
Wani maaf sebab saya tak tahu besday awak 14hb... Selamat Hari Lahir Wani semoga sejahtera dan dipermudahkan nak buat haji nanti... Insyaallah lain kali saya akan masukkan dalam list.

Sebenarnya saya tahu tarikh birthday dia orang ni semua sebab dia orang beritahu saya, mana yang tak beritahu tu memang saya tak tahu pun... jadi tolonglah kengkawan dapat beritahu saya awal tru email ker jadi boleh saya siarkan kat sini dan kengkawan lain dapat tahu dan boleh wish something.

lan kida said...

Walid, dah dapat email awak tapi gambor takde lagi Kitang hantor.

Kitang, mananya gambor?

kitang said...

Salam....laaa Kida,awok x dapat lagi gambo tu ke!...koi dah antor kat e-mail awok 1st week Raya lagi...
Tak pa,koi antor sekali lagi.
Wassalam.

wani said...

gambar2 yg kita ambik biasanya dalam format bitmap. kalau nak hantar ke e-mail baik convert ke jpg dulu. kita bukan nak masuk pertandingan fotografi of the year kan? so kualiti gambar jpg pun dah cukup baik.

caranya, buka gambar tu guna Ms Paint. Semua komputer yg guna Windows ada MS Paint. Kalau boleh tukar saiz dia guna kemudahan stretch. strech ke 50% horizontal dan vertical. kemudian save as jpg

lan kida said...

Terima kasih Wani,
Betul sesangat tu... pakai bitmap tu ada sesetengah gambar sampai 3mb sekeping...jenuh. Kalau pakai jpg dalam sekitar 300kb je sekeping.

Tapi jpg pun masa ambik gambar jangan laa pakain resolution tinggi sangat. Betul la kamera rodong2 bnyk canggih sampai 8 megapixel tapi set kat 2 megapixel pun dah cukup elok dan boleh dapat resolution 1260 x 960 dan gambar boleh saiz sekitar 300-400kb. Kalau pakai 8 megapixel atau set quality Fine atau very fine, sekeping gambar mau jadi 3mb...kan banyak pakai space tu. Gambar takde lah elok mana pun cuma gambar tu size dia bapok laa besarnya sampai screen komputer 17 inci pun tak muat.

Sekian dari koi yang bukan pandai sangat pun bab fotografi ni.

SaYanG kidA said...

salam semua,

selamat ulangtahun kelahiran pada semua teman2 yang menyambut pada bulan october ini. moga teman2 di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat sejahtera sentiasa.

walid, kitang besday kek mana tuk SK? SK nak cheese kek tau ngeeee..

apamz said...

Terima Kasih, kerana mengingati besday kome2 seme ni, & tima kasih juga krn mengingatkan kome umo kome dah bertambah setahun lagi. Dah jodoh gamaknya ke 4-4 org ni dicampakkan kedalam kelas Cik Noraini Mohd Nasir pada julai 87, bagai ada "kimia" sejak daripada itu Kami bagaikan adik beradik & ianya tak pernah berubah sampai sekarang, kwn amat2 menghargai semua itu.... LK, Walid, Kitang selamat arijadi diucapkan semoga beroleh keredahaan dariNya dan beroleh kejayaan Dunia &akhirat. Begitu jugak utk ummi & wani dan juga sahabat budiman yang besdaynya jatuh pada bulan oktober ini... ada lagi sorang, kwn ingat sgt sbb besday dia sama tarikh dgn kwn iaitu Alias (DIB). Apa khabo dia skg ye... Trima kasih pada LK kerana call kwn personally utk wish Hepi besday, siap nyanyi lg, kwn x ingat pun besday dia (sorry LK...) & seperti biasa sempena bertambahnya umur kita ni sama2 kita ingat mengingati, bak kata omputeh tu,life begins at 40, dan juga perlu diingat Penyakit juga selalunya begins at 40's jugak. So kwn2 makan tu control skit & bwk2 la bersenam.... he he nasihatkn org konon...

wani said...

aik, apamz baru 40 ka? go ne kawan dah 41?

apamz said...

Kwn baru je 40+1 (tp dlam surat beranak Aqeela umur kwn baru 40 tau) bukan apa....cuma sekadar nak mengingatkan kita-kita yg di sekitar 40an (40's) ni...

Mus_Astley said...

Assalamualaikum...

Kida, wwak juga tertinggal birthday saya... huhuhuhu... 30 Oktober (jatuh pada hari Khamis)...

HARI ITU JUGA (30 Oktober), harijadi Amir Michigan. Kami share the same birthdate.

Yahoo... Hidup Scorpio!!

lan kida said...

Salam
FG, saya ingat tu tapi saya sebenarnya nak buat posting tu pada 30hb Oktober nanti tak nak la buat in advance... takpe laa..nanti on 30th saya siarkan lagi

wani said...

orang scorpio kena tunggu, sekarnag masih turn libra OK?

Mizi said...

Napa ramai sangat yang lahir dalam bulan Oktober ni? Patut la my fren yg kerja di Secret Rescipe cakap depa kena buat extra kek bila tiba bulan Oktober. By the way, my birthday pun dalam bulan Oktober jugak, 29/10.

Teringat masa kerja di Manila dulu, bila pergi keluar nitelife, GRO akan cakap hari tu birthday dia, esok orang lain datang pun dia cakap birthday dia, lusa pun birthday dia, kira hari-hari birthday dia...