Monday, October 27, 2008

potLuCk aidiLfitRi

PotLuck Aidilfitri yang di adakan di rumah Kitang pada hari Ahad semalam di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, berjalan dengan sungguh meriah sekali. Kitang selaku tuan rumah bersama-sama isteri Puan Lily menyediakan satay dan nasi himpit istimewa serta meehoon goreng.

Saya pula yang terpaksa ke Terengganu pada petang Jumaat dan bertolak balik pada petang Sabtu dari Terengganu kira-kira jam 3-00 petang dan sampai di KL kira-kira jam 7-00 malam, bertukar kereta terus balik semula ke Temerloh kerumah Abah saya di Paya Pulai pada hari itu juga. Ini kerana saya dan SK nak menyediakan Roti Jala istimewa pada pagi Ahad untuk di bawa ke PotLuck Aidilfitri. Rupa-rupanya memakan masa untuk menyediakan roti jala ni dan setelah bermula pukol 9-00 pagi hari Ahad tu, semua siap sedia pada pukol 3-30 petang untuk dibawa ke rumah Kitang.

Saya sampai di rumah Kitang kira-kira jam 4-30 petang dan sudah berada di sana ialah ASP Mail Polis diA (Ismail Rodzi) bersama keluarganya yang kini berkhidmat di Mahkamah Shah Alam sebagai Pegawai Pendakwaan. Apamz sekeluarga bersama isteri Puan Miza dan baby girl baru Aqeela juga baru sahaja sampai kira-kira 20 minit sebelum saya. Sebelum itu Hakim dan Adenan dbS yang kini bekerja di EPF di Petaling Jaya dan Jalan Raja Laut juga antara yang awal sampai.

Setelah itu Ummi sekeluarga yang datang dari Bilut menziarahi nenek beliau juga sampai membawa kuih-muih. Jadi sambil bersembang dan bertanya khabar kami menikmati makanan-makanan yang di sediakan oleh tuan rumah dan yang dibawa oleh rakan-rakan budiMaN.

Dalam kemeriahan dan kerancakan bersembang tiba-tiba muncul pula Jamal Latif dsS yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Jamal Latif yang datang bersama isteri Puan Norita dan anak-anak beliau seramai 4 orang memang lawak giler dengan slang Peraknya yang masih tidak berubah. Jamal Latif ni sebenarnya duduk di hadapan bilik saya masa di Asrama Remaja Block C masa kita Part 1 dan 2 dulu. Bermacam-macam cerita dan memang lawak giler la Jamal Latif ni. Nanti saya akan siarkan satu artikel khas pasal Jamal Latif ni dengan biodata dia sekali.

Selepas itu sampai pula Roslina dbS yang kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Audit di ROC atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur, bersama-sama ke dua-dua anaknya. Beliau yang berpuasa 6 hari yang penghabisan juga meriah dengan sembang dan cerita-cerita berkaitan kawan-kawan budiMaN. Roslina juga akan menunaikan fardu haji pada tahun ini dan akan bertolak pada 26hb November nanti bersama-sama kedua-dua ibubapanya. Nampaknya akan sekali dengan Wani dcS la nanti, insyaallah.

Akhirnya setelah sembang punya sembang dan Roslina pun selamat berbuka puasa, sekitar jam 8-00 malam kami semua bersurai. Gambar-gambar semasa PotLuck telah dirakamkan oleh Kitang dan insyaallah apabila Kitang selesai mengirimkan kepada saya nanti akan saya siarkan di sini. Buat sementara ni saya cuma ada gambar saya, SK dan Aimin tengah menyediakan roti jala saja hampir 6 jam ...hehe

10 comments:

wani said...

Saya, Sheena, Liza dan Raman memang sekelas masa kat Sek Men Teknik Teganung dulu. 2 orang lagi budak Pahang ialah Shireen Shafie dan Noraniza Mansor. Makcik kepada Nora ni dulu Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah.

Orang lain semua ambil accounting atau Bisness Studies, yg saya gi ambil CS. So bidang saya memang berbeza dengan kawan2 lain.

apamz said...

Tu tangan besor yg tengah mengambil roti jala tu, tgn kwn le tu... tapi roti jala kida/sk memang sedap, tak sia2 prepare sampai 6jam, kwn pun brape kali menambah... Sate pun best gak... (kang marah pulak kitang), pendek kata seme best laa, syabas Abg Zack!!

kitang said...

Salam...terimakasih pada seme yang hadir...seronok wer meraikan kengkawan.
Kida...pandai awok menjala...pas ni kita gi melukoh lak pulok!
Anim...kari tu memang best,2 3 kali koi dok perangat.Next Ramadhan bole lah bukak stall kat bazar!
Apamz,koi x sangka awok datang...ingat dah x ada rodong DIA yg datang...memang seronok nengok awok makan,sampai bantal anok pun tertinggal!...hehehe
Kehadiran Jamal DSS memang x disangka-sangka...bini dia peramah habis,sempatlah Pn Lily tu dptkan tip2 biz.
Sekali lagi...terimakasih seme

lan kida said...

Salam,
Kitang, gambo geng diA batch Jan 86 tu koi dah terima. Koi tunggu gambo yang lain2 ni.... rodong ramai nak negok ni. Koi ada gambo tangan Apamz tengah mencekau roti jala tu je la hari tu koi ambik masa kat rumah awok. Berborak sakan sampai lupa ambik gambo.

Yang sebenarnya selama 6 jam buat roti jala tu, tugas koi ialah memasak kari ayam tu, SK tebar roti jala dan Aimin tukang lipat melipat... jadi kari yang sedap tu hasil usaha koi la ...berpeluh-peluh sakan ketiak koi membuat kari ayam tu...mamak style...jadi maklumlah hari Ahad tu pulak panas giler kat Temerloh...berpeluh sakan koi menggodel kari tu...tu yang sedap sangat tu sebenarnya...hehe

Kesimpulannya kalau nak buat kari ayam sedap kena buat masa hari tengah panas terik dan berpeluh sakan...barulah ada ummph... tu petua mamak tairu dari India ajor..takde dalam buku tu.

lan kida said...

Lupa plak nak tanya... Apamz..petua nak buat ice-blended sedap goner gaya pulok?

ummi said...

Salam..
Sori lambat nk ucap terima kasih sebab lepas subuh semalam (Selasa) Ummi out-station ke K.Tganu nak cari sample batik untuk ofis, malam baru sampai rumah..Hari ni baru msuk ofis.

Kitang - Terima kasih sebab sudi tepon abg Nu masa kami kat Lurah Bilut dan pelawa ke rumah..jadi tu pasaii lah datangnya donut tepi jalan je..hehee...

Anim & Kida - Roti jala n kari ayam tu sedap! X sia2 duk menjala 6 jam..Tapi Ummi x larat nk makan banyak sebab kenyang lagi, dah lewat lunch kat rumah nenek aritu..Lain kali buat lagi eh! Roti jala pun cantik, pandai aimin lipat eh! - Rugi x mintak tapau sikit sbb x puas makan..(*muka x malu dah nii..)

Lily - Time kasih atas layanan ramah mesra yang x penah kurang dari dulu sampai laa nii..hehe..Kuih Hodoh yang Kitang beli tu sedap!!

Dan yang paling seronok bila tiba2 Jamalatif masuk majlis...wakakaaa..memang kelakor giler!! Jamal, time kasih sudi pusing ke Temerloh wpun nk g Putrajaya...rezeki kita nak jumpa ek! Rasanya last sekali jumpa thn 2001 masa DSS Gathering di D'Rhu Beach Resort Cherating dulu..

Ummi pun baru perasan yang Roslina ni ex-ABS Temerloh rupanya, my junior..bila diingat2 balik, yeap! memang senyum dia tetap x berubah..! Sakan borak, lupa pulak nk amik no phone Roslina aritu..

wani said...

Alahai sopannya Ummi panggil Roslina, kami panggil Sheena je. ni ha no phonenya 0192008646

apamz said...

Kida,
alaa buat tak tau pulak, petua nak bagi air sedap ni kwn blajor dari awk jugok masa kita meniaga air durian belanda & pink guava kat bukit cerakah dulu… Senang je...ambik cerek... senyap senyap isi air paip mantah, bila dah penuh baru boleh cakap kuat2, “tepi tepi air panas, air panas” then slambe jer isi dalam chiller untuk dibancuh…..hehehehe….
tapi skg takdela guna air paip mantah, skg guna air bertapis…beyond water dari zhulian, tak lame lagi nak bertukar ke RX water..

lan kida said...

Apamz,
Bukit Cerakah tu idea koi ker?... Rasa koi idea anak Dato' Jabar...sapa ke namanya...Farita kan? Takkpun idea anak pompuan VV Aboo... sape namanya pulak...Zarina... Tapi best sekali kita pergi ekspo kat Jengka la. Engkau ingat kisah rumah berhantu tabur daun kering tu...aku sampai ni tak boleh lupa.

apamz said...

kida,
woooo itu rahsia paling agung tu!!.. klu diorg dpt tau tu kita punya angkara, lumat kita...kwn rase tu lah kerja yg paling dajal yg pernah kwn buat secara berkumpulan.... kah kah kah... sampai tido dlm keta laa bebudak pompuan tu dibuatnya...kah kah kah...!!