Monday, October 20, 2008

potLuCk aidiLfitRi

Kitang ada menelefon saya dari Temerloh pada hari Sabtu lepas dan dengan cadangan beberapa rakan-rakan budiMaN, maka telah dipersetujui untuk diadakan satu PotLuck Aidilfitri budiMaN seperti berikut :

Tarikh : 26hb Oktober 2008 (Ahad)
Masa : Mulai 3-00 petang
Tempat : 12, Jalan TJ 5/7, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang (Rumah Kitang)
No Phone Kitang : 019-7567799

Semua rakan-rakan budiMaN tidak mengira batch di jemput hadir dan majlis ini akan di adakan secara PotLuck, jadi bolehlah kengkawan membawa juadah masing-masing untuk kita sama-sama bertemu dan bersilatulrahim antara rakan budiMaN dan keluarga kita semua nanti. Harap kepada yang akan hadir untuk mencatit di ruangan komen agar kemeriahan dan excitement untuk bertemu rakan-rakan berterusan sehingga ke hari PotLuck itu nanti.

8 comments:

apamz said...

Yey ye... no 1!!....
Kalau tak silap kwn, Bilal pun ada buat open house pada tarikh & masa yang sama.... camne ni.. mane satu nk gi ni...

ummi said...

Salam..amboii sukanya Apamz..aah laa..Bilal ada gak sms ajak ke rmh dia 26hb tu..Tapi ummi ni pun dlm serba salah sebab pada tarikh tersebut adik abg Nu nak pindah ke Kuantan, lorinya smpai hari tu..serba salah lak x tolong..xkan nk tinggal je..pada hal awal2 pun cadang nak balik Lurah Bilut jenguk nenek yang memang dah uzur..dalam serba salah ni..x tau mana satu nk ikut ni..huhuuu..

kitang said...

Salam...confirm jgn x confirm!...ada rezeki nak udar Sate Warna2 Cinta Bkt Bendera,spesial tau!...kuah kacang dia,perghhh!!!boleh makan gitu je!
Takut gak,nanti ada yg datang dok bilang lidi sate je....hehehe

Anonymous said...

siapakah didalam gambar-gambar itu ? listkan lah...dah lupa lah

lan kida said...

Salam,
Alamak, camne ni Kitang....

Anonymous...sorry yer buat masa ni saya mmg tak layan kalau komen dalam anonymous ni... kenalkan diri dulu baru saya beritahu siapa dalam gambar tu.

wani said...

kiri sekali apamz. siapa tak kenal budak paling tinggi batch kita? sebut nama ramai tak kenal, cerita pasal fizikal, semua orang tau. yg sebelah apamz tu apa nama dia? biasa tertengok, tak tau nama je

NANA said...

yang kanan sekali tu zailan ke?

apamz said...

Yang disebelah apamz tu skg bergelar Lt Komander Man Teruq (Syed Azman - DIA). Yang di kanan sekali tu bukan zailan tapi mie Mahmud. Zailan berdiri antara kitang dan Pyan.
Gambo ni pernah kluar kat blog ni pada 29 November 2006, senarai nama pun ada di situ.
Kelakor ye tengok gambo lame2... Ingat nk kirim jugok la kat kida gambo LK dgn rambut "afro" nye... kah..kah.. LK jgn mare...