Tuesday, October 28, 2008

aGGp 2008 - All GuyS goLfiNG paRty

Pagi tadi Antu Raya @ Amy Jarr dpA - jutawan budiMaN ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau ingin menganjurkan AGGP 2008 kerana khabarnya ramai kengkawan budiMaN ingin merebut trofi AGGP 2007 yang sekarang ini di sandang oleh beliau semasa acara Gathering budiMaN 2007 di Kompleks Belia Maran dahulu. Pada mulanya beliau bercadang mengadakan AGGP 2008 pada 12hb November 2008 tetapi setelah berbincang dengan beliau maka tarikh tersebut di awalkan seperti berikut :

Acara : All Guys Golfing Party 2008 (AGGP 2008)
Tarikh : 10hb November 2008 (Isnin)
Masa : 2-00 petang
Tempat : Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur
Bayaran : RM65 untuk non-club members dan RM55 untuk club members bagi Green Fee, Buggy dan Buffet Dinner. Kalau buat pada hari lain weekdays maka bayarannya ialah RM85 untuk non-club members dan RM55 untuk club members.

Menurut Antu setakat ini yang telah confirm untuk pergi ialah Mat Taib diB, Anuar Mangkuk diB, Haji Charlie Koy diB dan beberapa kengkawan yang lain. Saya rasa kalau dapat 2-3 flights pun dah cukup elok dan meriah. Kepada sesiapa yang ingin menyertai boleh berhubung dengan Antu sendiri di tel : 012-9860005. Mungkin selepas golfing kita akan ada acara lain pula selepas itu pada sebelah malamnya nanti. Boleh suggest kepada Antu.

6 comments:

mizi said...

Hi Kida,

Saya dari dulu memang teringin benar nak join AGGP ni, tapi selalu tak kesempatan. Nampak gayanya AGGP 2008 pun macam tu juga. Niat nak rebut trofi tu memang jauh sekali sebab bola selalu OB, yang seronoknya dapat berjumpa kawan-kawan lama sambil bergolfing.

zula said...

awok mer bole la maen golf, anak-anak tinggal kat umah, wife jaga, abes kalo kami nak maen netball gak, boleh tak awok mer pulok jaga anak and masak??? tak acilah...tapi ai pun tak leh maen gak...hehe..saje je wat jeki kat awok mer sebab dapat berkumpul manjang dengan geng-geng...!!!

mizi said...

Zula,
main golf ni boleh kurangkan tekanan. Lupa seketika anak-bini bila tengok bola golf tu melayang kat udara.

Kida,
Hari Isnin ni, 3/11/2008, saya ada di KL. Kalau awak free, jom kita pergi menebas kat Kinrara. Tee-off pagi sebab petang, 2.30pm saya kena bertolak balik ke Songkhla. Kalau ok, beritahu saya sebelum Jumaat, nak masukkan golf set kat dalam kereta.

lan kida said...

Salam Mizi,
Macam dalam sms aku hantar tu la... tak dapat la nak main pagi Isnin tu...kalau petang insyaallah tadak hal... lain kali la nampaknya.

mizi said...

kida,
ok, no hal. Saya akan cuba calling member lain. Maybe next time bila saya cuti panjang kat KL, kita set satu hari main golf.

lan kida said...

Salam semua,
Malam tadi (6/11/2008), saya bertemu dgn Antu di KL dan berbincang berkenaan AGGP 2008. Setakat ini yang telah mengesahkan penyertaan ialah :

1. Antu (Amy Jarr dpA)
2. Mat Taib diB
3. Charlie Koy diB
4. Anuar Mangkuk diB
5. Hanif diB
6. Halim dpA
7. Raman dbS
8. Mat Rock diA
9. KidA dbS

Yang hampir untuk confirm ialah :

10. Lan Kentei diA
11. Jepun dbS
12. Sutok dbS
13. Joe Malady diB
14. Amin dsS
15. Sidi dpA

Yang di jangka last minute menyertai di anggarkan dalam 4-5 orang lagi dimana Antu dan Hanif sedang mengusahakan beberapa kengkawan budiMaN yang lain.

Tempat setakat ini tiada perubahan walaupun ada yang mencadangkan Bangi Golf Resort. Pilihan utama masih seperti asal iaitu Kinrara cuma di harapkan kengkawan akan dapat hadir lebih awal kerana kita akan t off sharp jam 1-00 petang. Harga pakej pula telah meningkat RM5 menjadi RM70 per person.

Apa-apa masalah atau penyertaan sila berhubung dengan Antu seperti no phone yang diberi dalam artikel.

Salam.