Monday, August 11, 2008

bReakiNg neWS

Malam tadi kira-kira pukol 11-15 malam saya terima sms dari sahabat budiMaN penoreh getah memberitahu beliau mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada. Lebihkurang pukol 12-00 malam saya terima sms lagi memberitahu beliau dalam perjalanan ke hospital. Dan semasa artikel ini ditulis, beliau baru sahaja keluar dari bilik X-ray dan masih menunggu keputusan doktor. Semasa saya berjumpa beliau pada minggu lepas, beliau ada memberitahu bahawa beliau sukar bernafas, mengalami rasa menyucuk di dada sebelah kiri dan berasa lenguh serta kebas di bahagian badan sebelah kiri. Saya ada beritahu beliau supaya pergi ke hospital kerana boleh mendapat pemeriksaan lengkap. Harap-harap beliau tidak mengalami sesuatu yang serius. Insyaallah akan saya maklumkan perkembangan sahabat kita itu dari masa ke semasa nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Penoreh getah telah discharge dari hospital kira-kira jam 4-00 pagi tadi. Beliau telah sms kepada saya sebaik keluar dari hospital dan alhamdulillah keadaan beliau tidaklah begitu serius. Mungkin tekanan fikiran membuatkan beliau menjadi kurang sihat begitu. Mudah-mudahan beliau dapat mengatasi semua itu dan sejahtera sentiasa.