Thursday, August 14, 2008

beRita

Ada beberapa berita yang ingin saya sampaikan kepada kengkawan semua.

1. Apamz ada sms kepada saya lewat petang tadi memberitahu bahawa isteri beliau, Miza telah dibenarkan pulang ke rumah kerana beliau telah sihat dan tidak mengalami contraction lagi. Kandungan Miza yang baru mencecah 32 minggu perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya 35 atau 36 minggu untuk dilahirkan, insyaallah. Semoga Apamz dan Miza serta anak-anak mereka akan tabah dalam menanti saat-saat kelahiran baby baru itu nanti.

2. Semalam Bendahari budiMaN, saudara Kitang ada menelefon saya memberitahu bahawa sumbangan di dalam Tabung Amal budiMaN kini berjumlah RM550. Sebelum ini sebanyak RM300 dari Tabung Amal budiMaN telah di sumbangkan kepada Apamz sewaktu Miza di masukkan ke Hospital tempohari. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan insyaallah apabila keadaan memerlukan nanti Tabung tersebut akan di salurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan dan akan di siarkan di dalam blog ini nanti.

3. Program AGGP ( All Guys Golfing Party) yang di cadangkan untuk di adakan di Maran Golf Club samada pada 23 atau 16 Ogos nanti di tangguhkan dahulu kerana tarikh yang sesuai tidak dapat di tentukan. Sebilangan golfers budiMaN yang ingin menyertai AGGP ada mencadangkan tarikh-tarikh tertentu tetapi bercanggah antara satu sama lain. Antara yang ingin menyertai dan menghubungi saya seperti Che Dat, Antu, Mat Taib, Anuar Mangkuk diB, Fadil Sutok, Charlie Koi, Man Troq dan 2-3 orang kengkawan yang lain ( saya dah lupa siapa .... hehe..dah tua, asyik lupa je). Insyallah dalam 1-2 hari ini akan saya umumkan samada AGGP akan diteruskan dalam 2 minggu terdekat ini atau di tangguhkan dahulu sehingga selepas Aidilfitri.

4. Man Troq diA juga ada menghubungi saya memberitahu bahawa beliau sekeluarga akan berangkat ke Jakarta untuk berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pada 23hb Ogos ini. Sebelum itu beliau akan membawa beberapa barangan rumahnya untuk di simpan di Kuantan pada 16hb Ogos ini. Mungkin minggu depan jika ada masa yang sesuai satu sessi teh tarik farewell boleh di adakan untuk Man Troq sebelum beliau berangkat ke Jakarta. Abg Mie diB (Suhaimi) yang bekerja di Kementerian Pertahanan ada menghubungi memberitahu beliau ingin berjumpa Man Troq dan ingin turut serta jika ada teh tarik farewell ni. Insyaallah akan di usahakan.

3 comments:

Anonymous said...

kida,

saya akan pulang bercuti di KL pada 15-17/8 dan 20-24/8. Kalau organise farewell Mat Trop time tu, sms saya di nbr 012-6210000, insyallah saya akan join. Once di Malaysia, saya terputus hubungan dengan internet.

Kejap lagi dah nak bertolak dari Songkhla, Expected Time Arrival KL 7.00 malam.

Mizi, Songkhla

LaN KidA said...

Mizi,
alright nanti gua calling2 lu...insyaalah minggu depan ada satu sessi dengan Man Troq. Nanti gua beritahu.

Anonymous said...

KAN LEBIH BAIK BANTU SAUDARA APAMZ DAN PENOREH GETAH DARIPADA MENYIBUKKAN DIRI BERMAIN GOLF. APA KATA KENGKAWANZ....