Sunday, August 24, 2008

beRitA laGi

1. Semalam 23hb Ogos 2008, Man Troq sekeluarga telah berangkat ke Jakarta untuk bertugas selama 3 tahun di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Pada Selasa 19hb Ogos 2008, saya bersama beberapa rakan-rakan budiMaN seperti Walid, Fadil Sutok, penoreh getah (kebetulan beliau datang untuk membuat pendaftaran dengan Petronas Dagangan di KLCC) dan Lan Kentei telah meraikan Man Troq dalam satu acara perpisahan di Kuala Lumpur. Kitang yang pada mulanya telah bersetuju untuk hadir tetapi terpaksa balik ke Temerloh di saat-saat akhir. Kami bersembang hampir 5 jam sebelum kami semua mengucapkan selamat kepada Man Troq sekeluarga semoga penghijrahan ke Jakarta menjadi titik permulaan kepada perubahan kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera.

2. Pada Khamis malam juga saya sekeluarga telah pulang ke Temerloh untuk menghadiri kenduri kahwin cucu kepada datuk saudara saya di Paya Pulai pada hari Sabtu. Sempat menjenguk untuk mengetahui keadaan rakan-rakan lama di Kampung Bukit Kelulut. Nampaknya ramai yang sedang sibuk berkempen sempena pemilihan cawangan dan bahagian UMNO yang sedang berlangsung sekarang. Macam-macam cerita dan meriah juga dengan pelbagai cara kempen walaupun di Temerloh. TokEmpat, Ketua Kampung memang kenyanglah di hidangkan dengan berbagai-bagai acara dan hiburan. Ahli Majlis pun ada sekali. Banyak wang terpaksa di belanjakan untuk berkempen merebut pelbagai jawatan.

3. Semalam juga iaitu hari Sabtu, Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh mengadakan gotong royong membersihkan kawasan kerana Pondok Orang-Orang Tua yang terletak berhadapan bangunan Darul Izzah telah siap untuk diduduki dan persediaan untuk kedatangan warga tua yang menginap di situ perlu dilakukan. Makcik (emak tiri saya) saya sendiri membeli sebuah pondok di situ berharga RM20 ribu sebuah dengan tujuan untuk di wakafkan suatu hari nanti. Orang-Orang tua yang akan menginap di situ akan mendalami pengajian agama di surau yang telah siap di bina di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Idris dan Tuan Haji Abdul Wahab. Ianya serupa seperti konsep rumah pondok Orang-Orang Tua di Pangsenam, Temerloh cuma di Pangsenam pondoknya sebuah-sebuah manakala di Darul Izzah dibuat dalam bentuk rumah teres. Di Pangsenam, makanan terpaksa di sediakan sendiri oleh orang-orang tua manakala di Darul Izzah, ianya akan di masak oleh pihak sekolah. Banyak pihak menyampaikan sumbangan di Pangsenam manakala di Darul Izzah masih mengharapkan sumbangan orang ramai.

3 comments:

Anonymous said...

ada kawan tanya, ni gambor kahwin siapa ni?

Anonymous said...

Salam Wani,
Ni gambor kahwin cucu Ayahwe Mezah kat Paya Pulai yang saya pergi hari Sabtu dulu. Kenapa Wani, ada kenal sesape ker dalam gambo tu?

Anonymous said...

idok le....

ofis-mate ni ITM Pahang gak, tapi junior jauh le. bila dia tengok ada blog ITM Pahang dia excited le. ada lak gambo kahwin, tu dia tanya siapa kahwin